Assalamualaikum. Saya Shima, juga dikenali sebagai KakMah. KakMah adalah seorang ibu kepada 2 orang cahayamata. KakMah nak kongsikan pengalaman KakMah menggunakan salah satu item dalam ShakleeBaby iaitu Massage Oil, pada anak-anak KakMah.

Hati ibu mana tak risau kalau anak-anaknya demam. Betul tak? Kalau seorang je demam, takpe lagi. Tapi kalau sekali dua demam, memang tak keruan jadinya. Begitu juga dengan pengalaman KakMah sendiri, dengan 2 orang anak KakMah, Syafi Aisy dan Syafaa Ayra.

Kisahnya masa tu, sepatutnya KakMah bawa mak dan ayah KakMah ke IJN. Malam sebelum tidur, anak-anak ok je bermain, lompat sana sini, termasuk Aisy. Dalam pukul 4 pagi tu, KakMah usap kepala Aisy. Memang selalunya kalau KakMah terjaga tengah malam, KakMah suka usap kepala anak. Tapi waktu tu memang terkejut sangat sebab kepala Aisy panas sangat. Tahu dah la dia demam.

Aisy pun rupanya tak tidur sangat, tak lena. KakMah kejutkan dia, pujuk dia makan ubat. Alhamdulillah, sekarang ni dah senang nak makan ubat. Tak perlu bersilat lagi. Hehe. Lepas tu, KakMah ajak dia mandi. Aisy pun dah faham. Kalau dia demam, memang KakMah selalu mandikan dia. Mandi guna air biasa, in shaa Allah, panas badan tu boleh berkurangan.

Masa nak siapkan tu, KakMah ambil ShakleeBaby Massage Oil yang ada chamomile, lavender, dan rosemary tu, KakMah sapukan ke badan dan kepala Aisy. KakMah lumur je banyak-banyak. Sambil selawat, zikir dan doa, semoga Allah mengizinkan untuk Aisy kebah secepat mungkin.

Kami meneruskan perjalanan dari Seremban ke IJN seperti yang dirancang. Dalam hati memang berdoa semoga Aisy cepat kebah. Alhamdulillah, dah nak sampai Sungai Besi tu, bila KakMah usap kepala Aisy, dah tak panas dah kepala dia. Syukur sangat. Bila sampai IJN pun, Aisy ok sangat. Tak meragam. Makan pun berselera.

Dalam beg memang standby ubat demam dan Massage Oil ShakleeBaby. Selang 4,5 jam lepas pertama kali bagi ubat pagi tu, KakMah bagi lagi sekali ubat demam dan sapukan Massage Oil. Alhamdulillah, demam Aisy terus kebah. Malam tu ok dah dia. Dah takde demam. Ubat pun KakMah dah tak bagi. Syukur sangat.

Tapi, selang beberapa hari, Ayra pula demam. Perasan Ayra demam masa pukul 4 pagi, sebab bila dia terjaga nak minum susu, badan dan mulut rasa bahang panas tu. KakMah buat benda yang sama. Bagi dia minum susu, bagi dia makan ubat, lepas tu lumur ShakleeBaby Massage Oil. KakMah buka baju dia biar panas badan keluar.

Bila Subuh tu, rasa badan Ayra dedar lagi. KakMah sapukan lagi Massage Oil pada badan Ayra, kepala dia terutamanya. Sambil-sambil selawat, zikir, doa. Hari tu, KakMah kena kerja seperti biasa. Hati tu berbelah bahagi, tapi sebab cuti pun tak ada, tawakal juga pergi kerja dan hantar Ayra ke rumah pengasuh macam biasa. Siap pesan kat pengasuh, kalau badan Ayra panas lagi, whatsapp KakMah dan beritahu.

Masa on the way ke rumah pengasuh tu, Alhamdulillah, badan Ayra tak panas sangat dah. Kebah demam dia. KakMah bekalkan ubat demam dan Massage Oil pada pengasuh. Bila dah tengahari, KakMah tanya pengasuh keadaan Ayra. Alhamdulillah, pengasuh kata Ayra dah tak demam dah.

Ya Allah, memang bersyukur sangat. This not happened one time tau. Memang setiap kali anak-anak KakMah demam, KakMah lumur dan sapukan ShakleeBaby Massage Oil tu kat badan, kepala mereka. Dan Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab it works. Demam anak-anak sangat cepat kebah.

ShakleeBaby Massage Oil ni dihasilkan daripada chamomile, lavender, dan rosemary yang digunakan sejak turun temurun untuk membantu menurunkan suhu badan dan mengurangkan ketidakselesaan kerana demam. Kita usaha, ikhtiar, selebihnya kita berdoa dan tawakal pada Allah.

Doakan kesihatan anak-anak KakMah sentiasa baik dan dilindungi Allah selalu ya.

BAGAIMANA CARA NAK BELI SET SHAKLEEBABY INI?

Mudah je. Untuk Belian atas talian, boleh terus klik pada butang di bawah. 🙂

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 6 times, 1 visits today)
[TESTIMONI] DEMAM ANAK LEBIH CEPAT KEBAH SELEPAS GUNAKAN MASSAGE OIL DARI BABYSHAKLEE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Click To Folllow My Blog

Get the latest posts delivered to your mailbox: