Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Anak-Anak Kecil

By | December 6, 2017

Alhamdulillah, kami baru sahaja selesai menunaikan umrah, bermula dari tarikh 19. Nov bertolak dari Malaysia, terus ke Madinah. Dan kembali ke Malaysia, pada 28. Nov, bertolak dari Jeddah.

Banyak sebenarnya pengalaman yang menarik yang kami lalui sepanjang berada di Tanah Haram Madinah dan Tanah Haram Mekah. Mungkin bagi yang dah pernah pergi atau yang pernah mendengar cerita dari ahli keluarga yang pernah pergi, mesti tahu dan faham apa yang kami telah lalui. hehe

 

Hari Pertama di Tanah Haram Madinah (19. Nov)

Alhamdulillah, kami bertolak tengah hari waktu Malaysia, dan selamat sampai di Madinah jam 5.30 petang, waktu Madinah. Perlu di ingatkan, perbezaan waktu antara Malaysia dan Madinah adalah 5 jam. Jadi, tempoh perjalanan dari Malaysia ke Madinah adalah 8 jam.

Waktu kitaorang sampai ni, dah masuk waktu maghrib di Madinah. Jadi, sebab kita kan musafir, jadi kitaorang buat solat jamak takhir dan qasar di hotel. Proses pemeriksaan passport di airport madinah, turut mengambil masa dalam 2-3 jam. Syukurlah waktu tu, orang tak ramai. Sebab saya pernah dengar, kalau orang ramai, tempoh pemeriksaan passport boleh mencecah sampai 5-6 jam menunggu.

Kitaorang sampai hotel, lebih kurang 9 lebih malam. Sebab perjalanan dari airport ke hotel pun mengambil masa, lebih dari 30 minit.

 

Hari Kedua di Tanah Haram Madinah (20. Nov)

Syukur sangat-sangat, kami dapat hotel yang cuma perlukan 5 minit je nak jalan kaki ke Masjid Nabawi. Jadi, memang kalau nak solat di Masjid Nabawi, memang tak delah nak rush sangat. Asalkan dengar je azan, terus pergi. Jangan tunggu-tunggu. InshaAllah, memang sempatlah untuk sampai masjid dan solat berjemaah.

Keistimewaan solat di masjid Nabawi ni, diaorang akan laksanakan solat jenazah, setiap kali selesai solat fardhu. 🙂

 

Kawasan Raudhah pada bahagian yang ada notis. Kat kawasan ni lah orang akan bertolak-tolakkan. Masing-masing cuba ambil kesempatan untuk tunaikan solat sunat di kawasan ini.

 

Pada hari kedua ni, kitaorang di bawa melawat Raudhah, Perkuburan Baqi dan Maqam Rasulullah. Bagi yang perempuan, cuma  berpeluang untuk ke Raudhah. Sebab kawasan perkuburan Baqi dengan Maqam Rasulullah, berada di kawasan solat lelaki. Jadi, memang tak chance lah untuk tengok. 🙂

Bagi yang plan nak bawa anak-anak ke Raudhah, cubalah pegang kuat-kuat. Kalau yang masih umur bawah 3 tahun tu, boleh angkat dan peluk biar kejap. Jangan longgar. Kalau rasa risau, bagus beri pada ayah dia untuk pegang. Nak bagi ayah dia pegang, kena bagi anak tu sebelum bergerak ke masjid. Sebab lelaki dan wanita akan di pisahkan.

Saya sendiri bawa 3 orang anak yang masih kecil, 6 tahun, 5 tahun dan 2 tahun. Memang bergelutlah jugak bila kena tolak dari belakang. Seboleh mungkin, memang tak bagi lepas tangan anak. Kalau tak, anak boleh jatuh dan orang akan pijak. Bahaya. Kalau ada bawa family lain, mintalah diaorang pegang sorang-sorang anak. Macam kitaorang, memang takde family lain yang ikut. Anak-anak pula, tak nak ikut babah diaorang. Memang melekat lah tiga-tiga tu dengan saya. hehehe

Perlu diingatkan untuk anda ada membawa plastik untuk menyimpan selipar atau kasut anda, bagi mengelak ia hilang.

 

Hari ketiga di Tanah Haram Madinah (21. Nov)

Hari ni pula, kitaorang ada buat lawatan ke Masjid Quba, Jabal Uhud dan pasar Kurma. Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba, dan menunaikan solat sunat 2 rakaat di dalamnya, akan mendapat pahala 1 umrah.

Hari ni, hari yang paling sejuk yang pernah saya rasa, sebab suhu di Madinah masa ni mencecah 18 degree. Setiap hari ada hujan. Cuma bezanya, hari pertama kami sampai, hujan dia waktu subuh, dan berhenti waktu dalam pukul 6 lebih macam tu. Berbanding pada hari ketiga, hujan dia dari waktu subuh sampai pukul 8 lebih.

Kami singgah di masjid Quba dalam kehujanan. 🙂

 

Hari keempat di Tanah Haram Madinah (22. Nov)

Hari ni adalah aktiviti bebas. Mana-mana yang nak shopping tu, boleh je shopping. Even pada hari kedua tu, dah mula yang shopping, sebab kitaorang sebelah petang memang tak de aktiviti.

 

Gate no 8, antara gate untuk masuk ke kawasan solat jemaah wanita di Masjid Nabawi.

 

Hari kelima di Tanah Haram Madinah & Hari Pertama di Tanah Haram Mekah (23. Nov)

Hari ni hari terakhir. Rasa sedih je nak meninggalkan Madinah. Sebelah pagi, kitaorang berkumpul untuk tunaikan ziarah wada’. Sebagai tanda hormat kita tinggalkan Madinah.

Dan, hari ni juga akan bermula hari kami untuk tunaikan umrah.  Kami melakukan niat di miqat Bir Ali, sebab kami bertolak dari Madinah. Jarak perjalanan dari Madinah ke Mekah, lebih kurang 6 jam.

Sampai di hotel, rehat sekejap untuk makan, barulah kami mula melakukan tawaf, saie dan tahalul. Bagi mereka yang bawa anak-anak, bolehlah sewa kerusi roda melalui agen, dan gunakan kerusi roda untuk bawa diaorang tawaf, saie dan tahalul. Macam kitaorang, pergi menggunakan Tabung Haji Malaysia, memang kitaorang sewa kerusi roda dari diaorang. 100 riyal untuk jaminan bagi 1 kerusi roda. Kalau kerusi roda dan hantar balik, maka duit 100 riyal tu akan di kembalikan semula.

 

Hari Kedua di Tanah Haram Mekah (24. Nov)

Hari ni adalah aktiviti bebas. Mungkin diaorang nak bagi peluang untuk berehat, sebab penat selepas tunaikan tawaf dan saie. Macam kitaorang, mula buat tawaf pukul 10 malam. Selesai semua sampai tahalul, jam dah pukul 3 pagi. hehe..

Sebelah malam tu pula, ada sedikit tazkirah untuk post mortem ibadah umrah hari ni. Mana tahu ada yang buat silap ke, atau yang langgar 13 pantang larang untuk mereka yang buat umrah ke.. Kalau ada yang buat pantang larang ni, silap hari bulan, memang akan kena bayar dam.

 

Hari ketiga di Tanah Haram Mekah (25. Nov)

Tak de aktiviti khas. Jadi ramai yang buat umrah sunat secara bersendiri masa ni.

 

Nampak tak kaabah tu.. Saya berani ambil dari jauh je dari jalan masuk , sebab ada dengar-dengar yang tak boleh ambil gambar dalam masjidil haram.

 

Hari keempat di Tanah Haram Mekah (26. Nov)

Ada lawatan ke arafah serta Jaaranah. Ada 6 tempat yang kitaorang pergi, cuma ni je yang saya ingat. hehe.. Sesiapa yang nak buat umrah sunat, bolehlah mulakan niat di Jaaranah, sebab Jaaranah ni pun salah satu Miqat yang ada di luar Mekah.

 

Hari kelima di Tanah Haram Mekah (27. Nov)

Lawatan ke Hudaibiyah. Hudaibiyah ni pun salah satu miqat. Kalau nak buat umrah sunat hari ni, bolehlah berniat di sini. Antara pengalaman yang best kitaorang pada hari ni adalah peluang melihat unta di depan mata. Siap beli susu unta lagi tu. hehe

 

 

masa posing macam ni, mutawif cepat je pesan. Jangan duduk dekat sangat dengan unta. Risau dia tendang nanti. hehe

 

Hari Keenam di Tanah Haram Mekah (28. Nov)

Hari terakhir. Dah nak balik Malaysia sebelah malam ni. Jadi, hari ni kenalah buat Tawaf Wada. Bagi wanita yang period, anda di kecualikan. Tapi bagi yang boleh solat tu, wajib kena buat tawaf wada.

 

anak-anak, kalau sebut pergi masjid memang eksited nak ikut. Antara sebabnya adalah peluang untuk minum air zam-zam puas-puas. hehe

Hotel As-sofwah, di mana menara jam tu betul-betul di belakang anak saya.

 

Rasa macam tak puas je bila dapat jejak ke sini, tapi tahu-tahu dah nak balik dah.. Macam cepat sangat pula masa berlalu.

 

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

(Visited 27 times, 1 visits today)

One thought on “Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Anak-Anak Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge