7 Sebab Kenapa Anda Mesti Minum Air Putih

By | November 28, 2017

 

 

Adakah anda gemar minum air putih atau anda lebih gemar minum air manis atau yang ada perisa? Saya pasti, tidak semua orang suka minum air putih. Malahan, pernah ada seorang sahabat saya berkongsi bahawa, jika beliau minum air putih sahaja dalam satu hari, tanpa ada air manis, ia boleh menyebakan beliau rasa mual. Jadi, bagaimana dengan anda?

Kita sebenarnya dah terlalu terdedah dengan tabiat yang gemarkan minuman yang mengandungi gula seperti soda atau jus. Namun, minuman ini sebenarnya adalah tidak elok kesihatan tubuh badan kita. Jadi, hari ini, saya nak berkongsi 7 Sebab Kenapa Kita Mesti Minum Air Putih. 

1. Kulit Cantik Bebas Jerawat

Jika anda inginkan kulit yang cantik, jadikan minum air putih sebagai amalan. Ini adalah kerana, air putih membantu untuk meningkatkan keadaan kesihatan kulit. Bukan setakat melembapkan kulit, malahan, ia juga membantu mengurangkan masalah jerawat. Berbanding air soda, bukan setakat mengandungi gula yang tinggi, malahan ia juga adalah penyebab masalah jerawat. Jadi, untuk menghilangkan jerawat, anda mesti berhenti daripada mengambil air soda. 🙂

2. Meningkatkan Konsentrasi Dan Daya Ingatan

Tahukah anda, jika tubuh badan dehidrasi, organ yang pertama akan dipengaruhi adalah otak. Jadi, untuk meningkatkan kadar konsentrasi dan daya ingatan yang elok, banyakkan minum air putih. Lebih banyak badan anda hidrasi, lebih mudah untuk mengingati perkara-perkara penting dalam hidup anda, seperti tarikh lahir pasangan anda. 🙂

3. Kesihatan Otot

Air merupakan benda asas yang memainkan peranan penting, semasa kita melakukan aktiviti fizikal, seperti mengangkat benda berat ataupun semasa bersenam. Apabila kita melakukan aktiviti fizikal, tubuh badan kita akan mengeluarkan peluh. Air peluh yang dikeluarkan, jika tidak digantikan dengan air, maka tubuh akan mudah dehidrasi. Dehidrasi Bukan hanya boleh merosakkan otak, malahan begitu juga dengan otot.

4. Melangsingkan Tubuh

Air sangat penting bagi tujuan menurunkan berat badan. Tahu tak, dengan pengambilan air putih sebenarnya, kita boleh “memperdayakan” perut yang lapar, dengan cara mengenyangkannya dengan air tadi. Secara tidak langsung, apabila perut dah kenyang, anda pun kurang mengambil air. Bahkan air putih adalah 0 kalori. Best tak? hehee

5. Menyingkirkan Toksin

Pernah tak anda membayangkan, berapa  banyak toksin yang perlu buah pinggang anda kena proses setiap hari? Lebih-lebih lagi, jika anda adalah seorang penggemar kepada makanan-makanan segera. Jumlah makanan yang terlalu banyak, adalah sangat sukar bagi buah pinggang untuk memproses, tanpa kehadiran air. Jika anda kurang mengambil air putih, bermakna risiko anda untuk mendapat penyakit buah pinggang adalah sangat tinggi. Jadi, demi kesihatan buah pinggang, mulai saat ini, jadikan air putih sebagai salah satu menu kegemaran anda pulak.. hehe 🙂

6. Mengurangkan Masalah Sembelit

Adakah anda mengalami masalah sembelit akhir-akhir ini? Kemungkinannya adalah anda gagal untuk minum air putih yang mencukupi. Jika ia berlaku sekali dua, mungkin tiada masalah. Tetapi, jika anda kerap kurang minum air putih dari yang sepatutnya, risikonya adalah sistem pencernaan anda gagal berfungsi dengan sempurna.

7. Mood Swing & Sakit Kepala

Pernah tak anda tiba-tiba merasa bahawa anda sedang mengalami mood swing atau sedang sakit kepala? Tahu tak anda, mood swing dan sakit kepala adalah tanda awal badan anda sedang mengalami dehidrasi. Jadi, pastikan anda mengambil air yang mencukupi setiap hari.

Berapa banyak air putih yang perlu di minum dalam sehari?

Pengambilan air putih adalah tidak sama bagi setiap individu. Ia adalah bergantung kepada usia, berat, tinggi, pekerjaan serta musim di kawasan anda. Namun, kebanyakkan doktor menasihatkan, agar mengambil air putih, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

 

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 16 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge