8 Mitos Penyusuan Bayi Yang Perlu Anda Ketahui

By | November 25, 2017

 

 

Menyusukan bayi tidaklah sukar tetapi akan menjadi rumit bila ada pelbagai nasihat yang mengelirukan terutama kepada yang baru pertama kali bergelar ibu. Percaya atau tidak, antara tip kejayaan penyusuan ialah bergantung kekuatan mental ibu itu sendiri.

 

Hanya ibu yang memahami kesihatan tubuh badannya mampu untuk memberikan yang terbaik. Ini kerana ada kalanya campur tangan orang sekeliling boleh menyumbang kegagalan penyusuan. Jadi apa kata teruskan membaca artikel di bawah agar anda tidak keliru.

 

Mitos 1 : Susu tidak mencukupi untuk hari-hari terawal kelahiran

Fakta 1: Kebiasaan untuk hari-hari awal kelahiran terutama buat pertama kali, bayi akan menghadapi masalah ‘lacthing’. Pengeluaran kolostrum pada hari-hari awal kelahiran lebih dari mencukupi untuk perut bayi. Dapatkan bantuan jururawat yang bertugas untuk membantu bayi anda menyusu dengan betul.

Mitos 2 : Ibu perlu membasuh puting payudara setiap kali sebelum penyusuan

Fakta 2 : Tidak perlu. Ini akan menyebabkan kesakitan semasa penyusuan kerana air basuhan akan menghilangkan pelembap semulajadi yang melindungi puting susu ibu.

Mitos 3 : Minum air yang banyak akan meningkatkan pengeluaran susu.

Fakta 3 : Betul. Minum air yang mencukupi sangat penting kepada ibu yang menyusu untuk menggantikan air yang keluar dari badan kita. Air yang tidak mencukupi menyebabkan badan kekurangan air dan mengganggu tahap pengeluaran susu. Tetapi jika anda telah minum mencukupi, pertambahan kuantiti air dalam badan tidak akan membanyakkan susu anda. Amalkan minum segelas air selepas penyusuan.

Mitos 4 : Jumlah susu yang dipam menjadi petunjuk jumlah susu yang badan kita hasilkan

Fakta 4 : Pengeluaran susu menggunakan ‘breastpump’ tidak sebaik apa yang payudara dapat dilakukan melalui proses penyusuan secara terus. Jumlah susu yang berjaya dipam juga berbeza mengikut individu. Sekiranya ibu merasakan susu yang di pam tidak cukup, tetapi bayi membesar, buang air kecil dan besar dengan normal usah risau. Badan anda lebih mengetahui susu yang diperlukan oleh bayi.

Mitos 5 : Ibu perlu berhenti menyusukan anak jika mengandung.

Fakta 5 : Tidak benar. Bergantung kepada kesanggupan dan tahap kesihatan ibu untuk menyusukan anak. Dapatkan nasihat daripada doktor jika anda mempunyai masalah kesihatan.

Mitos 6 : Jika bayi cirit birit atau muntah, ibu perlu menghentikan penyusuan

Fakta 6 : Ubat terbaik untuk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susu ibu. Hentikan makanan lain buat sementara, tetapi teruskan penyusuan.

Mitos 7 : Menyusui menyebabkan payudara kendur.

Fakta 7 : Payudara kendur disebabkan oleh bertambahnya usia dan kehamilan. Bukan kerana penyusuan bayi.

Mitos 8 : Payudara kecil, tidak dapat menghasilkan banyak susu

Fakta 8 : Payudara kecil dan besar sama-sama mampu menghasilkan susu. Pengeluaran susu tidak bergantung pada saiz payudara anda.

 

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 9 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge