Tingkatkan Daya Ingatan Dengan Zat Besi

By | November 20, 2017

 

” Di mana kunci kereta tadi”

” Yah, ingat tak nombor telefon Cik Habsah semalam?”

” Mana pula kain tudung hijau yang aku lipat hari tu?”

Beginilah kalutnya jika dalam keadaan tergesa-gesa perkara penting pula terlupa.

Ada orang menyalahkan umur yang semakin tua atau kerja pejabat semakin banyak. Namun perlu diingat pemakanan dapat mempengaruhi konsentrasi dan daya ingatan. Makanan juga mempengaruhi kecerdasan.

Jika kebiasaan anda tergesa-gesa sebelum pergi kerja. Minum pagi seadanya. Ubat tabiat ini. Cubalah saranan berikut:

  • pastikan anda minum pagi sebelum pergi kerja
  • masukkan sepotong buah-buahan, sehidang bahan bijirin seperti nasi, roti atau mi dan sumber protein ke dalam sarapan pagi.

Sebagai contoh, minum pagi yang ringkas mungkin anda boleh mulakan dengan dua keping roti yang disapu keju, sebiji oren dan segelas susu tanpa lemak untuk minum pagi.

  • Bahagikan pengambilan makanan harian kepada empat hingga enam hidangan sehari secara serata.
  • Elakkan mengambil makanan berat dan banyak pada satu-satu ketika ia akan mengalihkan pengaliran darah dari otak ke perut.
  • Bukankah kita akan selalu rasa malas dan mengantuk selepas makan tengahari atau makan malam yang berlebihan?

Jika anda ikuti nasihat ini, anda mungkin akan merasakan anda semakin bertenaga dan kekuatan mental anda bertambah cergas selepas tiga atau empat minggu.

Otak adalah tisu yang mudah lapar. Walaupun jisim otak membentuk 2% dari keseluruhan jisim badan tetapi ia menggunakan 30% dari jumlah kalori yang masuk ke dalam tubuh. Ia juga cerewet. Tenaga yang diperlukan oleh otak perlu datang dari karbohidrat yang berkualiti tinggi. Walaupun kita tidur, otak masih memerlukan tenaga. Minum pagi yang sempurna adalah cara terbaik untuk menggantikan tenaga yang diguna oleh otak sewaktu tidur.

Zat besi membantu membawa oksigen dari paru-paru ke tisu-tisu badan termasuk otak. Apabila kadar zat besi dalam darah rendah, tisu akan dahagakan oksigen. Ini menyebabkan badan rasa lemah, kurang daya ingatan, konsentrasi menjadi lemah, kurang motivasi dan kurang daya kerja.

Wanita sering mengalami kekurangan zat besi kerana mereka datang haid setiap bulan, mengandung dan menyusukan bayi. Seorang wanita dewasa memerlukan 15 miligram zat besi setiap hari dan digunakan oleh tubuhnya sebanyak kira-kira 10 miligram.

Bagaimana untuk menambahkan zat besi dalam badan?

Makanlah makanan seperti hati, kerang, daging, bijirin dan kacang-kacangan dan sayuran hijau. Vitamin C seperti jus oren membantu penyerapan zat besi dalam saluran makanan.

atau supplemen Shaklee – Vitalea Multivitamin

 

Klik DI SINI untuk belian atas talian

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge