Tips Penyusuan Bayi Mengikut Usia – Part #2

 

Bayi (usia 6 bulan ke atas)

  • Bayi yang berusia 6 bulan ke atas sudah boleh diberi makanan tambahan. Sekiranya para ibu memilih untuk terus menyusukan sahaja, tahniah! Bukanlah satu kewajipan untuk memberi bayi anda makan sebaik sahaja bayi berusia 6 bulan.
  • Bayi yang diberi makan tetapi masih mengekalkan susu ibu sepenuhnya dipanggil Fully Breast Feed atau FBF.
  • Mulakan suapan sebulan yang pertama dengan memberi puri buah-buahan untuk sekali sehari biasanya pada waktu makan tengah hari. Puri tidak perlu dicampur dengan apa-apa bahan lain seperti bubur dan susu ibu. Boleh mulakan dengan epal, carrot, pear, pisang, avocado (lecek sahaja), labu, brokoli, celery dan sebagainya dengan cara mengukus dan diblendkan sehingga hancur.
  • Jika bayi anda belum bersedia, jangan paksa. Elakkan dari beri nestum segera. Homemade pilihan terbaik.
  • Bulan kedua, boleh mula memberi bubur bercampur puri tersebut dan bayi anda pasti sukakannya. Boleh juga campurkan 2 3 buah sekaligus.
  • 2 minggu berikutnya, Perlahan-lahan perkenalkan bayi anda dengan ikan isi putih dan bilis, ayam, sayur dan daging. Nasi, sayur, ayam dan daging masih perlu dikisar halus supaya bayi tidak tercekik. Isi ikan perlu dihancurkan. spaghetti yang direbus hingga lembut juga boleh. Begitu juga dengan mee suah. Roti dan biskut tanpa krim juga baik untuk bayi anda.
  • perkenalkan bayi anda kepada pelbagai jenis sayuran, buahan dan daging. Ini baik untuk mengelakkan bayi anda dari menjadi seorang picky-eater.
  • ketika bayi berusia hampir 12 bulan, boleh mula berikan nasi yang dihancurkan atau dilenyek tanpa perlu diblend.
  • Note: Telur belum sesuai diperkenalkan bimbang alergik. Madu tidak sesuai untuk bayi berusia 1 tahun kebawah. Garam, gula dan kicap juga tidak diperlukan oleh bayi anda. Kekacang mungkin mendatangkan alergik. elakkan dari memberikan bayi anda apa jua bentuk makanan segera.

 

 

 

 

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 27 times, 1 visits today)

Fatimah

Seorang ibu kepada tiga orang anak perempuan yang comel. sanggup berhenti kerja sebagai Pengurus dalam sebuah jabatan, di Syarikat Besar, demi menjaga sendiri anak-anak. Menjadikan Bisnes Online Shaklee sebagai bisnes sendiri yang boleh di buat di rumah, bagi membantu lebih ramai orang untuk mengamalkan cara hidup sihat dengan memilih produk semulajadi sebagai makanan tambahan utama. Kini merupakan Founder untuk Group A2M Family, bagi mencapai tujuan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang ingin menjadikan bisnes Shaklee sebagai sumber pendapatan utama atau sampingan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Click To Folllow My Blog

Get the latest posts delivered to your mailbox: