Tips Penyusuan Bayi Mengikut Usia – Part # 1

By | November 12, 2017

Setiap ibu ingin memastikan bayi mereka diberi penyusuan susu ibu. Kerana susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi. Namun, kekerapan bayi menyusu adalah berbeza, berkadaran dengan usia mereka. Jadi, hari ini saya nak share dengan pembaca semua, tips penyusuan bayi yang berusia 0-6 bulan.

 

 

Bayi (usia 0 -6 bulan)

  • Susukan bayi anda sebaik sahaja menerimanya. Inilah masanya untuk bayi anda belajar latching buat kali pertama.
  • Di awal kelahiran antara tempoh 0-5 hari bayi biasanya menerima kolustrum iaitu susu likat berwarna kuning sebagai antibodi. Jangan panik jika tidak keluar susu putih seperti ibu yang telah sedia menyusu kerana ianya normal dan ianya mencukupi untuk bayi anda. Kolustrum yang dikeluarkan hasil marmet iaitu perahan tangan atau hasil pam hendaklah dihabiskan oleh bayi. Jangan buang! Suap gunakan sudu ke mulut bayi.
  • Kejutkan bayi anda dari tidur setiap 2jam. Ianya juga penting untuk membantu bayi kekal aktif dan dapat melawan jaundis sekiranya ada.
  • Selepas pengeluaran kolustrum selesai, barulah susu putih akan keluar dalam bentuk hindmilk dan foremilk. Hindmilk lebih pekat dan berlemak berbanding foremilk.
  • Harus di ingatkan, bayi menangis bukan kerana dia kelaparan sahaja tapi kerana faktor lain seperti penyesuaian diri dan mungkin juga sakit tali pusat yang sedang mengecut. Pada masa ini ibu dan bayi masih sama-sama belajar untuk menyusukan dan disusukan. Pastikan ibu dan bayi berada pada posisi yang betul untuk mengelakkan kemelecetan.
  • Stok susu bagi ibu yang akan bekerja boleh mula disimpan sebaik sahaja susu putih telah keluar. Eloklah sekiranya tidak dibazirkan begitu sahaja terutamanya jika ibu akan bekerja.
  • Dalam tempoh ini juga, para ibu dinasihati untuk kekal menyusu secara eksklusif (exclusive breastfeeding, EBF) iaitu bayi hanya minum susu ibu semata-mata tanpa perlu diberi air masak atau makanan tambahan lain seperti nestum atau air nasi. Ini kerana usus bayi masih lembut dan masih belum dapat menerima sebarang cecair atau pepejal lain. Ada kes kematian bayi berlaku disebabkan usus pecah. Nauzubillah!
  • Mengenai terma EBF, bayi yang diberi makan ubat tidaklah terbatal EBF nya kerana ubat tersebut tidaklah sampai ke tahap mengenyangkan. Sebaiknya, minimumkan pemberian ubat atau jangan beri langsung kepada bayi. Susu ibu sudah mencukupi dengan 1001 kebaikan yang ada padanya.
  • Sekiranya bayi EBF tidak berak selama 14 hari tetapi masih buang angin and sendawa seperti biasa, jangan panik! Ianya adalah situasi normal yang akan berlaku. Urutan I love u dapat membantu memberi keselesaan kepada bayi. Sekali lagi, air masak tidak perlu diberikan. Sekiranya bayi anda EBF, bawalah berjumpa doktor.
  • Godaan dan cadangan dari orang keliling yang telah makan garam dahulu mungkin boleh menyebabkan para ibu terpengaruh. Tapi fikirkanlah sedalam-dalamnya tentang kebaikan susu ibu demi masa depan anak yang telah anda kandung dan jaga sebaiknya ketika hamil. Ramai yang telah berjaya menyuskan selama 2tahun.
  • Pengeluaran air liur yang terlalu banyak atau tindakan memasukkan jari bayi ke dalam mulut BUKAN tanda bayi anda kelaparan. Begitu juga pandangan matanya ketika anda sedang makan. Sebaliknya, pengeluaran air liur tersebut membantu bayi untuk pertuturan di masa akan datang dan juga membantu bayi bereksperimentasi dengan anggota badannya yang lain.
  • Para ibu dinasihatkan untuk minum air panas yang disuamkan dalam tempoh 3-5minit sekurang-kurangnya secawan setiap satu jam. Elakkan ais terutamanya untuk 3bulan pertama dan teruskan jika anda yakin ianya tidak mengganggu production susu.
  • Bagi ibu yang telah mula bekerja, pastikan anda konsisten mengepam sekurang-kurangnya 3 kali sepanjang masa bekerja dan konsisten membuat stok susu pada sebelah malamnya sambil tandem nursing bayi anda. Teruskan power pumping selama 2tahun supaya risiko low production dapat dikurangkan.
BERMINAT UNTUK MENCUBA SET IBU MENYUSU SHAKLEE?


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 4 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge