10 Tips Untuk Langsing Dengan Madu

By | November 7, 2017

 

 

Bismillah..

Anda penggemar madu? Hari ni saya nak share beberapa tips yang dapat membantu mendapatkan tubuh yang langsing dengan madu.

Mesti anda suka kan? Hehe.. Jom baca tips di bawah. Semoga bermanfaat. 🙂

1. Madu & Lemon di waktu pagi

Mulakan sarapan pagi anda dengan minum segelas air lemon dengan madu. Minuman sihat ini dapat membantu agar metabolisme tubuh badan kita tetap aktif dan baik sentiasa. Selain itu, ia juga mampu menjadi minuman detoks untuk tubuh kita.

2. Madu & badam

Salah satu sarapan yang dapat membantu kurus dengan cepat adalah mengambil 1 sudu madu bersama 4 biji kacang badam. Kacang badam ni memang penuh dengan khasiat dan kaya dengan tenaga dan vitamin E. Manakala madu pula memberikan kita nutrisi seperti magnesium dan mineral penting yang diperlukan.

3. Teh madu

Jika anda seorang penggemar teh, apa kata anda gantikan gula dengan madu. Ia bukan sahaja membantu anda untuk kurus dengan cepat, bahkan anda boleh rasa lebih tenang dan rileks.

4. Minuman air madu selepas makan

Anda juga boleh amalkan pengambilan minuman air madu selepas anda selesai makan. Ini kerana, air madu boleh membantu melancarkan sistem penghadaman tubuh kita.

5. Madu & kulit kayu manis

Kombinasi madu dan kulit kayu manis adalah salah satu minuman yang menyihatkan dan menyegarkan. Bahkan ia juga membantu melancarkan sistem metabolisme tubuh badan kita.

6. Madu dalam salad

Kalau anda seorang penggemar salad, apa kata kalau anda ambil madu sebagai pengganti mayonis ataupun minyak zaitun sebagai kuah dalam hidangan salad anda. Ia bukan sahaja lazat dan enak, bahkan ia sangat bagus untuk badan.

7. Susu madu

Bagi anda yang gemar minum susu, bolehlah campur sedikit madu bersama-sama susu yang anda minum. Ia sedap dan berkhasiat tau. hehee

8. Yogurt madu

Yogurt ni sangat bagus untuk sistem penghadaman. Apa kata, kalau anda tambahkan madu sebagai pemanis dalam yogurt yang anda ambil. Sebaik-baiknya pilihlah yogurt yang tanpa gula atau tanpa perasa, k. Barulah rasanya lebih sedap.

9. Madu dan halia

Kombinasi madu dan halia dapat membantu sistem tubuh badan kita lebih sihat dan kurus dengan cepat. Bukan itu sahaja, kedua-dua bahan ini adalah merupakan bahan anti-bakteria dan dapat membantu menghalang jangkitan virus daripada merebak di dalam badan.

10.  Madu sebagai topping

Pilihlah madu sebagai topping untuk hidangan penkek, puding atau pisang serta hidangan pemanis mulut yang lain. Madu ini sangat sesuai sebagai pengganti gula biasa dan boleh menjadi pemanis semulajadi.

 

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 2 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge