7 Tips Untuk Kulit Lebih Berseri Dan Lebih Sihat

By | November 5, 2017

 

Apa khabar hari ini? Masih risau dengan masalah kulit yang tak seberapa nak sihat? hehehee.. Tak pe, hari ni saya nak share beberapa tip yang petik daripada majalah Rapi, semoga ia boleh menjadi panduan untuk anda kembali cantik berseri dan menawan gitu.. 🙂

Antara masalah kulit wajah yang kerap dihadapi oleh seorang wanita ialah:

1. Kulit Kusam Dan Gelap 

Penyebab:

  • Tompokan sel kulit mati kesan daripada metabolisme kulit yang kurang baik, proses penuaan serta pendedahan pada sinar matahari yang berlebihan.

CARA MUDAH:

  • Gunakan krim yang mengandungi vitamin A seperti retinol, isotretinon, tretinoin yang ditambah dengan krim pemutih. Walaupun di kebanyakan negara bahan pemutih ini tidak boleh digunakan namun hydroquinon memberikan hasil yang terbaik untuk mengatasi masalah pigmentasi selain memutihkan kulit wajah tetapi jumlahnya tidak boleh lebih dari empat peratus.
  • Antara produk pemutih lain ialah arbutin, kojic acid, ekstrak mulberry mahu pun vitamin C. Sebulan sekali lakukan chemical peeling dan glycolic acid. Penggunaan krim vitamin A mahu pun chemical peeling pada kulit sememangnya akan menimbulkan iritasi pada kulit tetapi ia merangsang pembentukan darah yang lebih baik, membuang sel-sel kulit mati dan memperbaharui sel-sel kulit. Namun perlu dilakukan secara berhati-hati pada kulit yang sensitif.

Peringatan:

  • Pemakaian hydroquinon harus dilakukan di bawah pengawasan pakar kulit untuk mengelakkan kesan sampingan.

2. Parut 

Penyebab:

  • Bekas jerawat, bekas luka dan genetik

CARA MUDAH:

  • Penggunaan produk pengelupasan dan chemical peeling dengan glycolic acid dapat membantu memperbaiki keadaan parut sehingga ia tidak kelihatan terlalu dalam. Walau bagaimana pun rawatan chemical peeling perlu digabungkan bersama dengan rawatan mesin seperti mikrodermabrasi dan dermaroller.
  • Chemical peeling berfungsi untuk membuang dan memulihkan sel-sel  kulit mati. Selain itu mikrodermabrasi dengan sistem vakum dan kristalaluminium oxide mempunyai daya sedutan yang tinggi sehingga mampu mengangkat sel-sel kulit mati di permukaan kulit selain meratakan kontur kulit.
  • Manakala dermaroller pula merupakan roll yang berisi jarum-jarum halus. Ia bertujuan untuk menimbulkan luka  pada kulit sehinggga kulit bertindak balas bagi  memperbaiki luka tersebut dengan meningkatkan nutrisi dan peredaran darah pada kulit. Langkah ini juga turut merangsang terjadinya natural collagen induction iaitu proses secara natural yang merangsang penghasilan kolagen dan keanjalan pada kulit tanpa merosakkannya.

3. Kulit Kendur

Penyebab:

  • Rosaknya kolagen dan elastin yang merupakan dua zat yang membuatkan kulit tegang dan anjal. Kerosakan ini boleh berlaku akibat dehidrasi, menipisnya dermis kerana proses penuaan mahu pun paparan yang berlebihan pada sinar cahaya matahari.

CARA MUDAH:

  • Sapukan krim yang mengandungi centella asiatica, urosolic acid dan tetrahydrocurcumin. Krim ini berfungsi untuk ‘menghapuskan’ enzim yang menjadi  penyebab menurunnya kualiti kulit seperti collagenase dan elastase.

4. Pigmentasi

CARA MUDAH:

  • Rawat masalah pigmentasi dengan krim hydroquinon dengan kadar kurang dari empat peratus atau whitening agent yang lain. Penggunaan hydroquinon perlu dibantu dengan krim yang mempercepatkan regenerasi sel kulit seperti retinol, AHA dan BHA agar rawatan menggunakan hydroquinon ini menjadi lebih berkesan.

5. Pori-Pori Besar

CARA MUDAH:

  • Produk homecare. Lakukan perawatan wajah dengan menggunakan produk dan krim yang mempercepatkan regenerasi sel kulit seperti retinol, AHA dan BHA.

6. Dagu Berlapis/Chubby

Penyebab:

  • Ada banyak penyebab yang berbeza sehingga wajah kelihatan tembam. Antara penyebabnya ialah lemak di bahagian pipi, otot yang kendur, stres, kurang rehat  dan genetik.

CARA MUDAH:

  • Facial Massage ialah facial yang dilakukan dengan urutan pada wajah yang bertujuan membantu meningkatkan metabolisme kulit dan perjalanan darah. Hasilnya selain wajah  menjadi lebih tirus ia juga mampu meningkatkan kualiti kulit wajah.

7. Lingkaran Gelap Bawah Mata

Penyebab:

  • Timbunan lemak di bahagian bawah mata yang menyebabkan rongga mata (septum) menjadi lemah sehingga menyebabkan septum bahagian lapisan atas lemak menurun.

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge