Ketahui Nutrisi Penting Yang Ada Dalam Susu Ibu Yang Perlu Anda Tahu.

By | July 10, 2017

Assalamualaikum semua..

Ingat tak anda, kalau masa baru bersalin tu kan, mesti mulut nurse akan membebel menyuruh kita menyusukan bayi terus. Kalau boleh, sebaik sahaja selepas di jahit, mereka nak kita terus memangku bayi untuk disusukan. Kadang-kadang, ada ibu yang ambil mudah mengenai penyusuan bayi ni.

Kalau depan nurse, iyer-iyer je suakan susu pada baby, tapi, sebaik sahaja nurse beredar, terus diaorang capai botol susu yang dah disediakan seawal mungkin, sebelum keluar dari rumah lagi. ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.. sedih sangat tengok.. kesian kat anak kita. Diaorang kecik lagi kan.. berilah minuman yang sihat.

 

 

Mungkin diaorang ingat, kalau buat macam tu, nurse tak marah, sebab tak nampak. Tapi, tahu tak anda, sebenarnya perbuatan tersebut tidak merugikan nurse langsung, tetapi ia akan merugikan bayi anda.

Anak anda yang baru lahir itu kerugian kerana tidak mendapat antibodi yang paling baik di dunia ini, yang cuma terdapat dalam susu pertama ibu, iaitu kolostrum. Rugi kan? Kesian baby.. Jadi, sebagai seorang ibu, ilmu penyusuan perlu dititik beratkan, sebaik sahaja anda mula mengandung. Sekurang-kurangnya anda sudah tahu dan bersedia apa yang perlu dilakukan, jika ada masalah semasa penyusuan kelak.

Jadi, hari ni, saya nak kongsi sedikit maklumat, mengenai kebaikan kandungan susu ibu. Agar lepas ni, tak de lagi kita tengok ibu-ibu yang ada bayi umur bawah 2 tahun, membeli susu formula. Insha Allah.. hehee.

Lemak

Terdapat 3.5-4.5% lemak dalam susu ibu. Walaupun kandungan lemak ini tinggi, ia mudah diserap oleh bayi. Bila diperhatikan, kandungan kolesterol dalam susu ibu juga tinggi. Tetapi, dalam banyak kajian mendapati bayi yang tidak diberi susu ibu adalah lebih ramai menghidap penyakit (penyakit kulit dan sistem pencernaan yang menyebabkan kematian).

Vitamin

Terdapat banyak vitamin dalam susu ibu. Antaranya vitamin K yang berfungsi sebagai pemangkin dalam pembentukan darah. Selain itu terdapat juga vitamin D dan E yang terdapat dalam kolostrum. Kesemua vitamin ini terdapat dalam air susu ibu dalam jumlah yang cukup dan mudah diserap.

Dalam air susu ibu juga terdapat komponen yang berfungsi melindungi bayi dari serangan penyakit berjangkit, bakteria, virus, parasit dan kulat. Bayi yang diberi minum ibu secara eksklusif biasanya jarang mendapat penyakit kerana terdapat zat protektif dalam susu ibu.

Lactobacilluc

Ia berfungsi mengubah laktosa kepada asid laktat dan asid asetat. Kepentingan asid ini adalah dapat menghindar pembiakan E.Coli yang boleh menyebabkan cirit-birit dan kulat pada bayi. Lactobacilluc tumbuh cepat kerana kewujudan nitrogen dalam susu ibu . Ia berbeza dengan susu formula yang tidak mempunyai faktor ini.

Laktoferin

Laktoferin merupakan protein yang boleh menghalang pertumbuhan virus staphylococcus dan EColi. Kandungannya sebanyak 100mg/100ml

Antibodi

Air susu ibu juga terdapat antibodi bagi rotrovirus, polio, dan campak. Ia juga terdapat antigen pada Helicobacter Pylori yang merupakan antara penyebab cirit-birit. Kadar ini sangat tinggi pada kolostrum dan akan berkurang apabila bayi berumur 1 bulan, kemudia kadarnya menetap selama tempoh menyusu.

Akhirnya, dalam susu ibu terdapat terlalu banyak formula hebat ciptaan tuhan yang sesuai dengan umur dan tahap perkembangan bayi. Ia sangat berbeza dengan susu formula yang hanya mempunyai formula tetap dan tidak berubah.

 

ADA TAK VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU?

Ada. Untuk ibu menyusu yang ingin kan badan tetap bertenaga, sepanjang tempoh penyusuan, sesuai untuk amalkan vitamin ini. 🙂

 

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN ATAS TALIAN

 

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 18 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge