Jadual Pam Susu Ibu Untuk Wanita Berkerjaya

By | June 17, 2017

Ramai ibu-ibu yang berkerjaya rasa susah hati, setiap kali selepas habis cuti berpantang. Lebih-lebih lagi, ibu yang merancang untuk memastikan bayi mereka kekal untuk minum susu ibu. kalau boleh, tak nak dah campur-campur dengan susu formula. Apabila ibu dah mula masuk kerja kembali, aktiviti ibu menjadi kurang untuk menyusu bayi. keadaan seperti ini, boleh menjadi antara penyebab susu merundum, kerana kurangnya stimulate dari bayi.

 

 

Kadang-kadang, aktiviti untuk mengepam susu di pejabat, juga membuat keadaan menjadi bertambah sukar, ye tak? Kalau dah mengepam, mestilah nak buat di surau atau di dalam bilik khas.

Jadi, untuk membantu ibu-ibu yang bermasalah, saya nak kongsi jadual mengepam susu badan, agar dapat membantu ibu untuk track kuantiti susu yang dah di minum bayi serta baki stok yang ada.

 

 

” Kalau terlalu sibuk, macam mana?”

Bagi ibu-ibu yang terlalu sibuk, saya cadangkan puan untuk menggunakan pam jenis freestyle breastpump seperti madela atau spectra.

 

Medela Freestyle

 

Breastpump jenis freestyle sangat bagus kerana anda boleh melakukan aktiviti pumping di meja sambil membuat kerja ofis. Tak perlu pegang. Tak bising. Sangat portable.

 

Tips Penting!

1. Fahami Konsep Supply = Demand

  • Lagi banyak demand susu dari payudara, lagi banyak tubuh kita akan menghasilkan (supply) susu. Kalau di rumah, baby akan demand secara semulajadi.
  • Jadi kalau di tempat kerja, kita yang perlu merangsang sendiri penghasilan susu mengikut waktu yang kita rasa sesuai. Pastikan selang masa untuk setiap aktiviti pumping adalah sekitar 2-3 jam, dan setiap sesi selama 15 ke 20 minit atau sehingga payudara betul-betul kosong.

 

2. Pastikan Emosi Tenang 

  • Bila fikiran tenang dan relax, barulah susu boleh mengalir dengan lancar. Kalau susah sangat susu nak keluar, cuba tatap gambar anak anda atau record & dengar suara anak anda sewaktu mengepam susu.
  • Perkara-perkara seperti ini boleh membantu merangsang tubuh kita untuk menghasilkan susu.

 

3. Pam Ikut Rutin Harian Anak Anda

  • Seboleh mungkin, cuba adjust jadual pam susu anda untuk mengikut rutin anak anda semasa dalam pantang.
  • Kalau dalam pantang baby minta susu jam 730 pagi, jadi seeloknya di tempat kerja pun, kita pam jam 730 pagi. Sebabnya payudara dah ‘dijadualkan’ untuk menghasilkan susu ikut jadual baby. Kalau tak ikut, lama- lama susu boleh berkurang.
  • Apapun, jangan risau. Bila dah masuk tempat kerja, kita boleh reset jadual untuk payudara hasilkan susu. Ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri.

 

Pada waktu malam, andai digalakkan untuk pam sambil melakukan direct feeding (sebelah pam, sebelah breastfeed). Waktu ini adalah waktu anda paling tenang, jadi susu boleh flow dengan banyak.

Semoga tips & panduan ringkas ini berguna untuk anda!

Happy Breastfeeding 🙂

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 319 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge