Rahsia Sentuhan Emosi Buat Si Manja

By | June 6, 2017

Kelahiran cahayamata pertama membuatkan ibu bapanya teruja untuk memberikan kasih sayang terbaik buat zuriat anda. Dalam tahun pertama usia si manja, pelbagai perkembangan termasuk emosinya.

 

 

Emosi #1 : Sejak Lahir

  • Bayi anda masih kecil
  • Sentuhlah sentiasa bayi anda. Sentuhan adalah kuasa ‘magis’ yang membuatkan emosi bayi dalam keadaan tenang.
  • Walaupun waktu ini, bayi asyik tidur, anda boleh mendukungnya sambil mendodoikannya. Anda juga boleh berkomunikasi dengannya.
  • Walaupun dia tidak memahami percakapan anda, namun suara anda cukup membuatkan bayi berasa selesa dan selamat.
  • Selain bercakap, anda juga boleh menyanyi dan membacakan zikir kepadanya. Biarkan bayi kerap mendengar suara anda
  • Walaupun jika bayi berasa tidak selesa, dia akan menangis, mengejangkan tubuhnya dan menggerakkan tanganya sambil menendang kakinya.

 

Emosi #2 : 1-3 Bulan

  • Pada usia ini anda dalam tempoh berpantang di rumah.
  • Hubungan anda dan bayi begitu rapat kerana setiap hari bersamanya.
  • Pada bulan pertama, bayi mendiamkan diri jika mendengar suara anda dan kalau didukung dia tersenyum.
  • Kalau ia diajak bermain dengan menggerakkan kedua tangannya sambil tersenyum, mengeluarkan suara dan menggapai tangan ke arah anda.
  • Kalau ia diajak bermain dengan menggerakkan kedua tangannya sambil tersenyum, mengeluarkan suara dan menggapai tangan ke arah anda.
  • Ketika ini sentuhan akan membuatkan emosi bayi lebih tenang
  • Anda boleh melakukan sentuhan dengan memegang bayi secara bertentangan dan melakukan hubungan mata dengannya.
  • Dalam tempoh ini anda boleh terus melakukan komunikasi supaya dia dapat mendengar suara anda setiap masa
  • Sentuhan termasuk semasa memakaikannya baju, mandi, menyusu atau semasa bermain dengan permainan lembutnya.
  • Pangku bayi semasa memberinya susu supaya dia sentiasa merasa kehangatan badan anda.
  • Juga selalulah memanggil nama bayi anda dan biarkan bayi menyentuh muka anda
  • Sentuhan tangan kecil bayi akan membuatkan anda merasa tenang dan begitu juga bayi anda.

 

Emosi #3 : 4-6 Bulan

  • Bayi anda semakin membesar
  • Inilah masanya untuk anda ketawa dan bergembira bersamanya
  • Ciumlah bayi anda, pastinya dia akan ketawa dan tersenyum
  • Semasa bercakap, tiru seakan suaranya dan lakukan semasa menyusukan, memandikan, menukar lampin dan apa juga aktiviti bersama dengannya
  • Juga sediakan ruang di lantai (pastikan ia bersih) untuk anda bermain dengannya
  • Jangan lupa membuat muka, suara dan pergerakan yang lucu, menggeletek badannya supaya bayi anda ketawa
  • Seterusnya, kenalkan dengan orang di sekelilingnya termasuk, kakak, abang, datuk dan nenek supaya emosinya stabil apabila mengenali mereka.

 

Emosi #4 : 7-9 Bulan

  • Bayi anda semakin aktif
  • Dia perlukan permainan yang boleh merangsang mindanya
  • Namun masih memerlukan permainan lembut yang tidak mencederakannya.
  • Ketika ini emosinya akan gembira apabila dapat bermain dengan permainan kegemarannya
  • Sediakan barang mainan lembut yang boleh digoncangkan atau dipukul yang mengeluarkan bunyi sesuai untuk bayi anda
  • Anda juga boleh dukung sambil menari bersamanya di hadapan cermin dan panggil namanya. Lihat tindak balasnya. Bayi anda tentu teruja!
  • Permainan ba ca cak! Jangan lupakan permainan ini.
  • Selain itu, tunjukkan kad imbasa dan buku yang mempunyai ilustrasi menarik setiap hari. Juga pada usia ini bayi boleh meniru ekpresi wajah anda sama ada senyum, ketawa, merah atau sedih.
  • Elakkan menunjukkan emosi yang negatif kerana bayi anda mula belajar dengan persekitarannya

 

Emosi #5 : 10-12 Bulan

  • Sentuhan emosi yang paling ‘ajaib’ ialah pelukan.
  • Pelukan akan membuatkan bayi berasa selamat dan menunjukkan anda amat menyayanginya
  • Sambil bersamanya bacalah buku cerita bergambar. Jika anda membaca buku itu berulang kali setiap hari, dia akan dapat menyebut perkataan yang terkandung dalam buku itu
  • Kenalkan bayi anda kepada orang dan objek baru di persekitarannya
  • Malah anda boleh membawanya keluar rumah untuk bersiar-siar di taman sambil meniup buih sabun. Rangsangan emosi sebegini membuatkan bayi sangat gembira sambil dapat meneroka persekitaran di sekelilingnya.

 

Info

Bayi sangat memerlukan susu ibu kerana kadar proteinnya yang cukup tinggi, mudah diserap, dan terdiri dari enzim-enzim yang diperlukan oleh tubuh bayi. Selain memberikan kesihatan yang baik dan kecerdasan otak, penyusuan susu ibu dapat memberikan kestabilan emosi pada bayi.

 

Apa Yang Perlu Ibu Tahu

Menangis Tersenyum Tertawa
  • lapar
  • keletihan
  • kembung perut (kolik)
  • panas
  • hendak tidur
  • semasa bayi sedang tidur (bagi bayi baru lahir)
  • setelah di beri susu
  • tersenyum mendengar suara yang dia kenali
  • bayi mulai tertawa sekitar usia empat bulan
  • apabila badannya di geletek
  • melihat ekpresi wajah lucu

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 15 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge