Bersenam Semasa Hamil Dapat Bantu Anda Miliki Kembali Bentuk Badan Asal

By | June 4, 2017

Senaman semasa hamil sebenarnya memberi banyak manfaat kepada kepada si ibu dan si anak yang di kandung. Namun, terdapat beberapa penelitian yang perlu ibu hamil ambil tahu, sebelum memulakan senaman agar ia selamat untuk dan kandungan.

 

 

4 MANFAAT YANG BAKAL ANDA PEROLEHI BILA MELAKUKAN SENAMAN SEMASA HAMIL

1. Atasi tekanan fizikal dan mental

  • ia membantu anda mengatasi tekanan fizikal dan mental yang dialami kesan daripada proses kehamilan
  • secara tidak langsung, masalah-masalah biasa yang di alami ketika hamil seperti keletihan, kekejangan kaki, kesukaran bernafas, gangguan tidur, sakit belakang, sembelit akan lebih mudah untuk ditangani

2. Kurangkan komplikasi kehamilan

  • Bila senaman di lakukan, secara tidak langsung ia dapat mengurangkan komplikasi kehamilan seperti praeklampsia dan kencing manis (GDM)

3. Lebih mudah kawal berat badan

  • Bila ibu hamil kerap bersenam, ia dapat membantu anda lebih mudah mengawal pertambahan berat badan sepanjang kehamilan.
  • Manfaat ia akan berterusan, biarpun selepas melahirkan di mana anda tidak perlu bersusah payah untuk mengembalikan diri kepada bentuk badan asal
  • Malahan, anda juga dapat membantu dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi saat-saat melahirkan bayi memandangkan anda cukup berstamina semasa proses meneran.

4. Memberikan kesan positif kepada kandungan

  • Bila ibu bersenam, secara tidak langsung ia mengeluarkan hormon endorfin.
  • Hormon endorfin yang di keluarkan oleh tubuh ibu akan membuatkan bayi di dalam kandungan akan berasa lebih tenang dan gembira sama seperti si ibu. 

 

 

Antara jenis senaman yang boleh di amalkan oleh setiap ibu hamil kerana diyakini baik dan selamat termasuklah jalan kaki, joging, renang dan aerobik. Senaman ini di galakkan kerana ia tidak memerlukan anda membawa berat tambahan.

 

Jika anda jarang bersenam, tetapi mempertimbangkan untuk melakukannya ketika hamil, anda boleh mulakan dengan senaman berimpak rendah seperti berjalan atau berenang. Lakukannya dalam sesi yang pendek.

Janganlah terlalu asyik bersenam sehingga kerap keletihan. Berhenti jika anda berasa lelah.

Sekiranya sudah melepasi trimester pertama, elakkan apa sahaja jenis senaman yang memerlukan anda berbaring terlentang atau berdiri setempat untuk tempoh jangka masa yang lama. Hal ini berikutan kedua-dua kedudukan ini boleh mengurangkan aliran darah dan oksigen kepada bayi. 

Berhentikan serta merta senaman, jika anda mengalami mana-mana tanda seperti sakit dada, sendi kaki atau perut, pening atau pitam, sesak nafas, penglihatan kabur, pendarahan faraj, sukar berjalan dan mengalami kontraksi.

Untuk buat senaman semasa hamil, penggunaan alat sokongan seperti Maternity Support Belt ketika melakukan senaman.

 

BERHATI-HATI 

Dapatkan pandangan daripada doktor yang memeriksa kehamilan anda terlebih dahulu sebelum bersenam. Perlu berwaspada, ketika melakukan senaman terutamanya, jika anda pernah :

  • melahirkan bayi pramatang atau hampir keguguran
  • bayi yang dikandung lebih kecil berbanding usia kehamilan
  • berat badan berlebihan atau terlalu kurang
  • mengalami anemia yang teruk
  • menghidap tekanan darah tinggi, praeklampsia atau diabetes
  • mempunyai masalah dengan sendi atau otot
  • ada masalah berkaitan jantung atau paru-paru
  • hamil anak kembar dua, tiga atau lebih
  • hamil plasenta previa (uri di bawah)
  • kerap mengalami pendarahan faraj
  • serviks di dapati lemah
  • menghidap penyakit jantung atau paru-paru yang serius
  • menghidap tekanan darah terlalu tinggi

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 12 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge