10 Makanan Sihat Untuk Diet

By | June 3, 2017

Apakah maksud “Fad Diets“?

Fad Diets” membawa maksud program penurunan berat badan yang dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan melalui kombinasi makanan tertentu. Kini, amalan diet ini semakin popular kerana hasil penurunan berat badan yang cepat dapat dilihat dalam masa yang singkat.

 

Fad Diet

Kerana tergesa untuk langsing dengan cepat, ramai wanita yang ghairah mengamalkan pelan diet yang tidak sihat untuk menurunkan berat badan. Inilah yang mendorong pelbagai fad diet yang popular seperti diet tinggi protein, diet tinggi serat, diet rendah lemak atau diet terlalu rendah kalori.

Sesetengah fad diet tidak berjaya menghilangkan lemak, tetapi hanya menghilangkan lebihan air menerusi pembuangan air kencing. Dengan cara ini badan akan kehilangan air serta vitamin dan mineral yang penting.

Antara kesan yang bakal berlaku kepada pengamal fad diet ialah pengurangan berat badan dalam masa yang singkat. Ini berlaku kerana kesan diuretik akibat pengambilan karbohidrat  yang rendah, kehilangan air dari badan, penggunaan glikogen dan ketosis. Malah mereka juga pasti akan mengalami pertambahan semula berat badan.

Justeru, usah mencuba fad diet tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor. Amalkan gaya pemakanan yang sihat dan berusahalah menurunkan berat badan menerusi senaman dan pemilihan menu yang bijak.

 

 

 

10 Makanan Sihat Untuk Diet

#1 : EPAL kerana ia kaya dengan serat yang mudah dicerna untuk memerangi kolesterol. Ia juga sumber vitamin C yang hebat.

 

#2 : KACANG BADAM kerana  ia kaya dengan serat, protein, zat besi, magnesium dan vitamin E. Tetapi hindari badam yang disalut garam dan gula.

 

#3 : BERI BIRU kerana ia kaya serat, vitamin C dan antioksidan. Boleh dimakan segar atau dicampurkan ke dalam yogurt, bijirin dan salad.

 

#4 : BAYAM merupakan salah satu dari 10 makanan sihat yang penting untuk rambut dan kulit kerana sayuran ini kaya dengan zat besi, kalsium, serat dan vitamin C.

 

#5 : KACANG MERAH kerana memiliki kandungan serat, zat besi, protein, fosforus dan sejumlah vitamin serta mineral. Hanya tambahkan ke dalam salad atau sup yang digemari untuk rasa yang enak.

 

#6 : BROKOLI kerana ia sumber kalsium, potassium serta vitamin A dan C. Elakkan dari memasaknya terlalu lama dan hindari penggunaan sos atau keju berlebihan.

 

#7 : UBI kerana ia amat kaya dengan vitamin. Ubi mengandungi vitamin A, B, C dan E serta rendah kalori.

 

#8 : SALMON merupakan pilihan yang sihat kerana mengandungi protein, asid amino dan omega-3 yang tinggi. Malah ia juga rendah kolesterol.

 

#9 : GANDUM kerana ia kaya vitamin B1, B3, zat besi, serat dan vitamin E. Bijirin gandum juga bagus untuk diet anda.

 

#10 : SUSU yang rendah lemak atau tanpa lemak amat kaya dengan vitamin D serta kalsium yang diperlukan untuk kesihatan tulang anda.

 

TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE

 

 

 

Untuk Belian Atas Talian, Klik Gambar Set Vitamin Weight Loss Management Di Bawah.

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 30 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge