Penyusuan Jadi Tidak Seronok, Bila Sakit Belakang Akibat Salah Posisi

By | May 25, 2017

Saya suka sangat nak share dengan pembaca blog saya tentang ibu menyusu, sebab sekarang ni, saya sedang mendidik diri untuk fully bf bayi saya yang kedua.. Masa anak sulung dulu, saya agak sedikit jahil tentang kepentingan susu ibu.. Alhamdulillah, semakin banyak yang saya baca mengenai kepentingan susu ibu, membuatkan saya bertekad untuk fully bf bayi saya, sehingga dia nak berhenti sendiri nanti.. hehee..

Saya ada terbaca dalam majalah PAMA, di mana seorang ibu mengadu masalah yang beliau hadapi.. Jadi, saya nak share dengan pembaca di sini yer.. diharap perkongsian ini, dapat memberi manfaat kepada anda semua.. hehee.. credit untuk PAMA.. 🙂

S : Anak saya gemar menyusu sebelah kanan sahaja. Puas saya memujuknya namun tidak berhasil. Mengapa dia hanya suka sebelah payu dara. Adakah boleh susu yang tidak dihisap kering. Benarkah susu payu dara kanan ibarat nasi dan kiri, air. Kini anak saya cukup dua tahun. Bagaimana untuk saya bercerai susu kerana saya sering mengalami sakit belakang di bahagian kiri?

Suri
Kuala Kangsar, Perak

 

J : Saya telah membahagikan soalan-soalan puan kepada bentuk poin untuk memudahkan pemahaman :

1. Mengapa dia hanya suka sebelah payu dara? Adakah boleh susu yang tidak dihisap kering?

  • Ada kalanya bayi akan menolak atau meragam ketika menyusu daripada salah satu payu dara atas beberapa sebab. Antaranya refleks pancutan susu terlalu perlahan, terlalu laju ataupun bekalan susu berkurangan. Oleh kerana itulah, bayi lebih suka menyusu daripada payu dara yang mana aliran susunya lebih baik dan banyak. Keadaan ini juga menjadi penyebab mengapa saiz payu dara berbeza (satu besar, satu kecil). Kadang kala, ini boleh menyebabkan ibu berasa tidak selesa. Antara punca mengapa berlakunya perbezaan bekalan dan aliran susu di antara payu dara ialah :

 

  • Keadaan fizikal payu dara. Semua wanita mengalami keadaan sebelah payu dara mempunyai lebih duktus atau alveoli berbanding sebelah lagi. Keadaan ini normal. Perbezaan keadaan areola/puting agak biasa berlaku (puting tenggelam/leper). Keadaan ini menyebabkan bayi lebih mudah dan gemar melekap pada payu dara yang berkeadaan normal.

 

  • Bayi menggemari salah satu payu dara sahaja. Kebiasaannya, bayi akan lebih menggemari satu belah payu dara. Oleh itu, dia akan menyusu dengan lebih efisyen dan kerap dan menerusi payu dara yang disukai.

 

  • Ibu menggemari salah satu belah payu dara. Antara sedar atau tidak, puan mungkin lebih suka menawarkan sebelah payu dara lebih kerap berbanding yang sebelah lagi. Atau puan berasa kekok. Biasanya perkara ini akan berlaku pada waktu malam apabila tidak perasan kerana terlalu letih atau mengantuk.

 

  • Pembedahan atau kecederaan. Jika salah satu belah payu dara pernah cedera atau dibedah, ia mungkin mempengaruhi bekalan atau aliran susu.
  • Kesabaran dan kegigihan adalah kunci kejayaan. Oleh itu, teruskan usaha puan. Bayi mungkin akan menerima kembali payu dara sebelah kiri sedikit masa lagi. Perlu diingat! Bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa! Jika dia masih meragam atau enggan, puan harus teruskan rangsangan di payu dara kiri dengan memerah sekerap mungkin kerana ini penting untuk memastikan bekalan susu berkekalan pada payu dara tersebut.

 

2. Benarkah susu payu dara kanan ibarat nasi dan kiri, air?

J : Tidak benar. Kedua-dua payu dara menghasilkan susu yang sama.

 

3. Kini anak saya cukup dua tahun. Bagaimana untuk saya bercerai susu?

J: WHO dan UNICEF di dalam kenyataan masing-masing menyarankan penyusuan susu ibu diteruskan lebih daripada dua tahun di samping pemberian makanan pelengkap. Bagi kanak-kanak yang diberi peluang untuk menyusu selama yang diingini, biasanya dia bercerai susu secara semula jadi pada usia tiga atau empat tahun.

 

4. Saya sering mengalami sakit belakang di bahagian kiri.

J : Adakalanya sakit belakang ini mungkin berpunca daripada posisi penyusuan yang tidak betul atau selesa. Oleh itu, pastikan puan tidak membongkok ketika menyusukan bayi. Sokongan dengan menggunakan bantal ketika menyusu sambil baring atau duduk mungkin dapat membantu.


 

Ada tak mana-mana ibu diluar sana yang mengalami masalah yang sama seperti Pn Suri ni? Di harap dapat membantu yer, di atas perkongsian ini.. 🙂

Ibu-ibu di luar sana tu, dah mencuba supplemen Shaklee? Supplemen Shaklee merupakan sumber makanan tambahan yang berbentuk tablet, di mana ia sangat membantu bagi mengisi ruang-ruang kosong nutrisi di dalam badan kita..

Penting tau, kalau ibu tak ambil makanan tambahan, nanti semua zat penting disedut oleh bayi kita, kang nanti kita jadi nampak tua sebelum usia.. cepat pelupa lah.. cepat gigi goyah dan gugurlah.. nak ke? Kalau saya, memang tak sanggup nampak macam nenek pada usia 40.. hehee..

 

SAYA NAK CUBA VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU SHAKLEE. BAGAIMANA YER NAK MEMBELINYA?

 

klik gambar ini untuk buat pesanan atas talian

 

 

1. Untuk Belian Atas Talian, Boleh  KLIK SINI  Penghantaran akan di buat oleh Shaklee melalui Citylink atau Gdex.

2. Hubungi saya selepas pembelian, untuk mengetahui cara pengambilan vitamin yang betul dan layak untuk mendapatkan konsultasi yang percuma secara berterusan, sepanjang pengambilan vitamin shaklee.

3. Boleh juga untuk whatsapp akak terus dengan  KLIK DI SINI jika mempunyai masalah yang memerlukan konsultasi. InshaAllah, akak akan bantu sedaya mungkin.

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 29 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge