3 Gaya Mendidik Anak-Anak Masa Kini. Mana Satukah Pilihan Anda?

By | May 24, 2017

Setiap ibu bapa ada cara yang tersendiri dalam mendidik anak-anak. Bak kata orang, ibu bapalah acuan kepada anak-anak. Jika baik acuannya, maka baiklah hasilnya. 🙂

Ada orang yang memilih untuk sentiasa tegas kepada anak-anak, dan tidak kurang juga ada yang memilih untuk sentiasa berlembut dalam mendidik anak-anak.

Orang kata, kalau didik dengan cara bertegas, maka anak akan lebih berdisplin. Tapi, kalau di didik dengan lembut, anak akan menjadi semakin manja dan boleh naik tocang. Betul ke?

Jika diperhatikan dengan isu semasa kini, kebanyakkan kita mendengar bagaimana ibu bapa mendidik anak-anak, dengan kaedah, sentiasa menurut apa sahaja yang anak-anak minta. Bahkan, kerap juga kita dengar, bagaimana anak-anak akan mendesak ibu bapa, untuk membelikan sesuatu barang, yang tidak perlu untuk anak-anak yang masih lagi bergelar pelajar. Apa tah lagi, jika mereka masih bersekolah menengah, dan ibu bapa mereka pula bukanlah orang yang kaya.

 

 

3 Gaya Mendidik Anak-Anak Masa Kini. Mana Satukah Pilihan Anda?

Gaya #1 : Ibu bapa autoritarian

  • membuat semua keputusan untuk anaknya
  • menggunakan ganjaran dan hukuman untuk mengawal kelakuan anak
  • melihat dirinya lebih bagus daripada anak
  • menguruskan rumah secara kuku besi; memberi sedikit kebebasan kepada anak

 

Gaya #2 : Ibu bapa autoritif

  • memberi pilihan kepada anak dan merangka garis panduan bersama anak
  • memberi peluang untuk anak membuat keputusan
  • mewujudkan disiplin yang konsisten dan penyayang
  • menjadikan anak bertanggungjawab atas kelakuannya
  • membiarkan realiti sebagai pendidik

 

Gaya #3 : Ibu bapa permisif

  • menjadi hamba kepada anaknya
  • meletakkan keutamaan pada anak, bukannya kepada pasangannya
  • merampas rasa hormat dan keyakinan diri anak dengan melakukan perkara yang boleh dilakukan sendiri oleh anak itu
  • memberikan pengalaman yang memudahkan si anak – melakukan kerja rumah, memberi jawapan dan sebagainya
  • menggalakkan anak memberontak dengan gaya keibubapaan yang tidak konsisten

 

Mana satukah gaya anda? Setiap gaya, boleh memberikan kesan yang pelbagai kepada tumbesaran anak-anak. Buat pasangan yang bakal menimang cahaya mata tu, rancanglah kaedah parenting yang anda inginkan. Cubalah mendapatkan ilmu mengenainya. Semoga anda dan pasangan, berjaya mendidik anak dan berhasil seperti apa yang anda dan pasangan bayangkan. 🙂

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 4 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge