10 Langkah Pencegahan Kuman Yang Boleh Ibu Lakukan Di Rumah

By | May 24, 2017

Adalah perkara normal, jika seorang wanita yang bergelar ibu, akan ada sikap paranoid terhadap kehadiran kuman, terutamanya, jika ada anak-anak yang masih kecil. Tahu tak anda, sebagai ibu, anda boleh sahaja mendidik anak-anak, langkah mudah bagi mengelak penyebaran kuman berlaku. 🙂

Bila ingat kuman, saya terus teringat mengenai cerita penyiasatan Monk, di mana watak utama dalam cerita tu, memaparkan detektif Monk, adalah seorang yang sangat-sangat mencegah dari terkena kuman.

Jika ada yang layan cerita Monk, mungkin tahu kot, apa yang saya maksudkan. hehehe

 

Langkah #1 : Basuh Tangan

  • membasuh tangan adalah perkara asas yang paling penting
  • Bila anda perlu basuh tangan? ; ketika membuka pintu, basuhlah tangan.
  • Anak-anak mestilah membasuh tangan terlebih dahulu sebelum makan, selepas masuk tandas dan sebelum mereka menyentuh wajah ataupun mata.
  • Boleh didik anak-anak sambil menyanyi lagu selamat hari jadi, ketika anak-anak membasuh tangan.

 

Langkah #2 : Elakkan menggunakan Sabun Anti-Bakteria

  • Mesti anda sudah biasakan, pasal kalau cuci tangan, kenalah guna sabun anti-bakteria. Betul tak?
  • Tahu tak anda, penggunaan sabun biasa adalah lebih selamat, berbanding menggunakan sabun anti-bakteria.
  • Sabun anti-bakteria, tidak boleh menyingkirkan kuman lebih baik, berbanding sabun biasa
  • Tambahan pula, penggunaan sabun anti-bakteria yang berlebihan, boleh membuatkan anda membiakkan kuman yang lebih kuat dan kebal.
  • Ambil vaksin, sebagai langkah pencegahan. Sebab, vaksin bukan sahaja mencegah penyakit yang jarang berlaku, bahkan penyakit yang dasyat seperti polio dan meningitis, tetapi vaksin juga dapat melindungi kita dari berhadapan dengan virus-virus yang biasa dan bakteria yang banyak menyerang kanak-kanak pada masa kini.
  • Pastikan anda memvaksin anak-anak anda, agar mereka lebih sihat dan cergas.

 

Langkah #3 : Berhentikan Virus Demam Dalam Keluarga

  • Jika ada salah seorang ahli keluarga yang tidak sihat, adalah penting untuk anda ingat bahawa ia adalah mudah menjangkiti anak-anak kecil, walaupun mereka kelihatan sihat.
  • Pastikan setiap ahli keluarga membasuh tangan dengan lebih kerap berbanding biasa dan elakkan berkongsi makanan, minuman atau pinggan.
  • Dengan menjaga kebersihan, anda pasti boleh berhentikan virus demam dari merebak.

 

Langkah # 4: Gunalah “hand sanitizer”

  • Jika anda tidak dapat membersihkan tangan menggunakan sabun dan air, anda gunalah ‘hand sanitizer’ sebagai pengganti.
  • Pastikan anda menggunakan ‘hand sanitizer’ dengan cara yang betul. Bukan hanya sekadar guna sedikit, memadai ia membasahkan tangan.
  • Anda perlukan menggosok tangan dengan ‘hand sanitizer’, sehingga ia kering.
  • Pastikan anak-anak mendapat tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi, dapat membantu anak-anak mempunyai sistem imunisasi badan yang kuat.

 

Langkah #5: Makanan tambahan dan nutrisi yang baik.

  • terdapat beberapa bukti,  di mana makanan tambahan seperti zinc dan vitamin C, dapat membantu anak-anak lebih sihat.
  • Pastikan anak-anak memakan makanan yang sihat dan sayur.
  • Cubalah memasak menggunakan bawang putih yang banyak, akar halia dan kayu manis. Di katakan, bahan-bahan ini dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

 

Langkah # 6 : Cegah Kuman Di Tempat Awam

  • ambillah langkah berhati-hati bila anak-anak berada di tempat awam.
  • cubalah bawa sebotol hand sanitizer, dan gunakan ia secara kerap, terutamanya sebelum anak-anak menyentuh makanan.
  • jika berjalan-jalan, cuba berhentikan anak-anak daripada menyentuh mata dengan jari ataupun memasukkan ia ke dalam mulut

 

Langkah # 7: Jangan Berkongsi

  • ajar anak-anak untuk tidak berkongsi topi, sikat atau berus gigi, bersama kawan-kawan.
  • ia adalah langkah mudah, bagi mencegah berlakunya penyebaran kuman
  • berkongsi alat permainan sukan, yang kotor dan terkena peluh, boleh membuatkan anak-anak tidak sihat.
  • latih anak-anak, untuk membersihkan alat suka yang kotor, sebelum menggunakannya. Kalau mampu, apa salahnya anda membeli sendiri alat sukan tersebut dan ianya khas untuk anak anda sahaja. 🙂

 

Langkah # 8 : Ajar Anak Untuk Batuk Atau Bersin Cara Betul

  • ajarlah anak-anak untuk menutup mulut ketika mereka batuk ataupun bersin.
  • Ia adalah penting, bagi membentikan demam dan mencegah ia dari tersebar
  • berikan mereka tisu atau latih untuk guna lengan baju, jika mereka batuk atau bersih.
  • jika anak-anak batuk dan menutup mulut menggunakan tangan kosong, ia berisiko untuk berlakunya penyebaran kuman, jika tangan anak anda menyentuh tombol pintu dengan tangan yang kotor tadi.

 

Langkah # 9 : Jangan abaikan kuman mulut

  • kaviti berlaku disebabkan oleh kuman di dalam mulut.
  • ia membentuk asid yang boleh merosakkan enamel gigi
  • latih anak-anak untuk menggunakan floss dan menggosok gigi setiap hari, sekurang-kurangnya, 2 kali sehari.
  • anak-anak perlu mula berjumpa doktor gigi, ketika usia mereka masuk 1 tahun.

 

Langkah # 10: Jangan takut dengan kuman

  • setiap hari kita sering kali diperdengarkan bagaimana kuman-kuman berjalan pada berus gigi, menu makanan di kedai=kedai makan dan pada badan anda sendiri, di mana ia kadang-kadang boleh mengundang rasa paranoid
  • perlulah di ingatkan, tidak semua kuman akan membuatkan anda sakit. bahkan terdapat juga bakteria yang baik dan membantu kesihatan untuk lebih sihat.
  • jadikan langkah pencegahan dengan kerap membasuh tangan, agar hidup lebih sihat.

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 1 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge