Kawal Kencing Manis Sebelum Ia Rosakkan Buah Pinggang Anda!

By | May 19, 2017

 

 

Penyakit buah pinggang bukanlah suatu penyakit baru yang dialami oleh masyarakat dunia. Baik di Malaysia mahupun negara lain, penyakit buah pinggang tidak pernah meunjukkan pengurangan. Kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati, namun di Malaysia, rawat sudah, cegah pun sudah. Tetapi masih juga mempamerkan peningkatan pesakit setiap tahun.

Orang Yang Berisiko Mengidap Penyakit Buah Pinggang

  • Di mata dunia, Malaysia memegang tangga pertama penyakit buah pinggang yang disebabkan oleh obesiti dan diabetes. Selain penghidap kencing manis, golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit buah pinggang ini juga adalah penghidap darah tinggi, sejarah keluarga iaitu ibu bapa yang juga merupakan salah seorang pesakit buah pinggang seperti penyakit “Polycystic Kidney Disease“. Malah mereka yang mempunyai masalah batu karang juga terdedah dengan risiko kerosakan buah pinggang.

 

 

  • Tidak ketinggalan juga mereka yang mengidap penyakit Systemic Lupus Erythromatous merupakan satu penyakit yang melibatkan kaum wanita kebanyakannya. Penyakit ini melibatkan kulit dan sendi tetapi 50 peratus pesakit penyakit ini boleh melibatkan kerosakan buah pinggang.

 

 

  • Selain itu, faktor usia juga boleh menjurus kepada peningkatan pesakit buah pinggang. Mereka yang berusia 55 tahun ke atas perlu mendapatkan rawatan kesihatan secara berkala bagi mengelakkan penyakit tersebut. Mereka antara kumpulan berisiko tinggi menghidap penyakit buah pinggang.
  • Diabetes bukan sahaja merosakkan buah pinggang, malah juga anggota lain seperti mata, jantung, saraf dan saluran darah. Sebaliknya jaga pemakanan untuk mengelakkan kencing manis dan tekanan darah tinggi. Kurangkan makanan manis, lemak dan garam, tetapi banyakkan serat. Dengan cara tersebut, buah pinggang boleh berfungsi dengan sebaiknya.

Faktor Lain Yang Juga Boleh Menyumbang Kepada Penyakit Buah Pinggang

  • Kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik juga disebabkan oleh pembentukkan batu karang di dalam buah pinggang atau saluran pundi kencing. Ia berlaku kerana ketidakseimbangan bahan kimia di dalam badan seseorang. Ini termasuklah mineral kalsium, urik asid dan oxalate.

 

  • Kadang-kadang terdapat kekurangan atau lebihan hormon dan enzim tertentu di dalam badan sehingga terjadinya batu karang. Pembentukan batu karang tersebut boleh menjejaskan dan merosakkan buah pinggang kerana ia mungkin merosakkan isi buah pinggang, saluran pundi kencing tersumbat sehingga menyebabkan tekanan terhadap buah pinggang yang dikenali sebagai ‘back pressure’

Tanda-Tanda Dan Gejala Penyakit Buah Pinggang

 

  • Berat badan menurun tanpa sebab
  • Rasa loya atau muntah
  • Letih lesu atau sakit belakang
  • Penukaran kekerapan atau corak kencing
  • Urin yang mengandungi darah
  • Rasa pedih ketika membuang air
  • Bengkak pada muka, kaki dan abdomen
  • Kesukaran tidur malam

 

  • Malangnya, kesemua tanda dan gejala ini kebiasaannya tidak akan kelihatan sehinggalah buah pinggang anda telah mengalami kerosakan yang teruk. Ada juga kemungkinan anda langsung tidak akan mengalami sebarang tanda atau simptom tersebut walaupun buah pinggang anda sudah tidak berfungsi lagi.
  • Oleh sebab itu, anda tidak boleh bergantung  kepada kesemua tanda dan gejala tersebut untuk mengesan penyakit buah pinggang dan sebaliknya menganggap yang anda tidak mempunyai penyakit tersebut jika anda langsung tidak mengalami sebarang tanda-tanda tersebut.
  • Langkah pertama penjagaan penyakit buah pinggang yang lebih berkesan ialah dengan mengesan penyakit ini pada peringkat awal-awal lagi. Pengesanan awal adalah penting terutama sekali jika anda seorang penghidap diabetes kerana penyakit ini akan menyebabkan anda berisiko tinggi bagi menghidap penyakit buah pinggang.

 

Vitamin Untuk Kawal Gula Dalam Darah Bagi Pesakit Kencing Manis

 

 

 

TESTIMONI

 

 

 

 

 

 

 

BAGAIMANA NAK MEMBELI VITAMIN UNTUK KAWAL GULA DALAM DALAM DARAH BAGI PESAKIT KENCING MANIS SHAKLEE? 

1. Untuk Belian Atas Talian, Boleh KLIK SINI  Penghantaran akan di buat oleh Shaklee melalui Citylink atau Gdex.

2. Hubungi saya selepas pembelian, untuk mengetahui cara pengambilan vitamin yang betul dan layak untuk mendapatkan konsultasi yang percuma secara berterusan, sepanjang pengambilan vitamin shaklee.

3. Boleh juga untuk whatsapp akak terus dengan  KLIK DI SINI,  jika mempunyai masalah yang memerlukan konsultasi. InshaAllah, akak akan bantu sedaya mungkin.

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 93 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge