Ramai yang ingin berjaya dalam bisnes, tapi seringkali tersilap pilih siapa yang ingin di jadikan mentor. Mentor adalah seseorang yang ingin jadikan kejayaan mereka sebagai contoh serta perangsang untuk berjaya. Mana ada orang yang lahir-lahir je terus berjaya. Pasti mereka ada melalui jerih pahit yang telah mereka lalui.

Dalam mencari mentor yang sesuai dengan diri anda, pastikan anda tidak tersilap pilih. Jangan pula pilih mentor yang melakukan bisnes berunsurkan scam, kang tak pasal-pasal anda end-up menjadi scammer dan masuk jel kerana mereka.

 

Seperti di Malaysia, antara orang yang berjaya yang boleh anda jadikan sebagai mentor, macam Irfan Khairi, Puan Ainon ABS atau Azizi Ali. Mereka ini sangat terkenal dalam perniagaan yang masing-masing ceburi. Antara orang yang saya kagumi, sudah pasti Steve Jobs. Siapa yang pernah baca mengenai jerih pahit yang beliau telah lakukan, sehingga berjaya menghasilkan iPhone yang menjadi kegilaan ramai pada masa kini, pasti anda rasa kagum, bukan?

Bukan untuk bangun selepas jatuh, lebih-lebih lagi kalau pernah di tendang keluar dari syarikat sendiri, seperti Steve Jobs. Namun, sebagai orang yang hebat, jatuh bangun bukanlah sesuatu luar biasa pada mereka.

 

Untuk memilih Mentor Yang Terbaik, Pastikan Mereka Ada 5 Ciri Ini

 

 

 

CIRI #1 : Pernah Buat Sendiri 

 

 

 

  • Usah cari mentor bisnes yang dia sendiri tak pernah berniaga. Tak payah berguru kalau dia pun tak pernah buat dulu. Kenapa? Sebab asas seorang mentor mestilah dia berpengalaman dalam bidang yang kita nak usahakan.
  • Kalau anda nak berjaya dalam bidang hartanah, carilah mereka yang pakar mengenai hartanah. Kalau nak buat bisnes taska, carilah mereka yang pernah melakukannya dan berjaya dalam bisnes ini.
  • Kalau nak berjaya dalam perniagaan online, carilah mereka yang pernah buat dan berjaya dalam perniagaan online.
  • Janganlah anda pilih seseorang yang hanya sekadar jual air liur, padahal dia sendiri pun tak pernah merasa peritnya untuk berjaya dalam sebuah perniagaan. Mungkin sahaja, apa yang dia kongsi kan kepada anda adalah sekadar apa yang pernah dia baca melalui buku.

 

CIRI #2 : Pakar Dalam Marketing

 

 

  • Marketing adalah antara elemen penting untuk berjaya. Bukan hanya sekadar anda perlukan modal, pekerja ataupun kedai.
  • Kini, untuk mendapatkan ilmu marketing sangat mudah. Sebab, ramai je yang mengaku mereka hebat dalam marketing dan menganjurkan pelbagai jenis kelas, bagi membantu para usahawan untuk berjaya.
  • Namun, jika ilmu yang di dapati semasa hadir ke kelas tidak di praktikan, bagaimana mungkin anda boleh mendapat hasilnya. Di sinilah pentingnya anda memilih mentor yang betul dan tepat.
  • Mentor bukan sekadar cikgu yang ajar teknik-teknik ninja, tapi dia tetap akan tolong seandainya kita sangkut.
  • Malah, dia sentiasa di sisi untuk jawab segala persoalan Marketing yang kita ada. Lebih menarik, mentor juga tolong ketuk kalau asyik buat & asyik tak siap saja.

 

CIRI #3 : Bijak Susun Strategi

 

  • Membuat bisnes sendiri, tidak sama seperti kita makan gaji. Di mana setiap bulan, kita tahu yang kita pasti akan menerima gaji pada jumlah yang sama, walaupun ada beberapa hari kita buat kerja sambil lewa, kerana semangat tiba-tiba tiada. Ataupun, ada beberapa hari anda telah mengambil cuti tahunan, kerana ada masalah peribadi.
  • Jika anda mengamalkan tabiat seperti ini semasa melakukan bisnes sendiri, jangan harap anda akan mendapat hasil yang sama setiap bulan.
  • Berita baik, kita ada jalan pintas jika ada mentor bijak.
  • Mentor ada pengalaman & ilmu yang kita belum ada. Jadi, mereka cenderung untuk nampak sesuatu yang kita tengok bayang-bayang pun tiada. Semacam bomoh boleh nampak hantu & jin, tapi kita tak nampak apa-apa. Begitu jugalah mentor-mentor kita, sepatutnya.
  • Dengan ilmu & pengalaman mereka, kita boleh sentiasa berjaga-jaga. Apa nak buat kalau sales kurang ligat? Apa kena jaga supaya market kekal naik? Atau, apa persiapan sekarang untuk cabaran masa depan? Semua jawapan ini hanya akan mengukuhkan asas perniagaan kita.
  • Lagi kukuh perniagaan, lagi masyuk sales & income.
  • Nak kukuhkan perniagaan?  Pilih mentor yang bijak merancang.

 

CIRI #4: Jujur Dalam Komunikasi

 

 

  • Pada zaman sekarang sangat sukar untuk mengenali seseorang itu, samaada mereka jujur atau pun tidak. Ramai je sekarang ni, yang sanggup menjual agama. Bahkan ada yang menggelar mereka sebagai penunggang agama.
  • Dengan pemakaian yang bercirikan islamik, ada juga yang sanggup menipu orang ramai dengan menawarkan perniagaan yang menjanjikan hasil yang luar biasa.
  • Ahli perniagaan yang mempunyai keuntungan berjuta-juta pun, tidak pernah menjanjikan wang yang banyak untuk di berikan kepada mereka yang nak join mereka. Inikan pula, perniagaan yang tidak tahu asal usulnya.
  • Bagaimana nak tahu, mereka ni jujur atau tak. Perhatikan budi bicara mereka. Kalau mereka beritahu yang anda akan mendapat untung satu juta dalam setahun, jika melabur sebanyak 100 ribu, tanpa perlu anda melakukan apa-apa, tanpa ada produk yang boleh di niagakan, anda rasa ia logik atau tak. Dengan fikiran waras, anda pasti sedar ia adalah scammer. Mana mungkin boleh dapat untung sebanyak tu. Lagipun perniagaan yang di canangkan tu pun, bukanlah perniagaan yang terkenal di seluruh dunia.
  • Perlulah beringat, sebelum terlanjur. Kalau sudah terjebak, sudah tersontot, duit satu juta tak dapat, duit simpanan 100 ribu kita pula yang melayang.

 

CIRI #5 : Hebat Tapi Humble

 

  • Humble atau rendah hati di sini merujuk kepada sempoi, tapi bukan selekeh tau. Walaupun mereka sudah billionaire, masih ingin selfie dengan kita. Walaupun sales mereka sudah ratusan juta tapi masih tunduk dengar cadangan kita. Walaupun memang income mereka berjuta, masih sudi nasihatkan kita.
  • Menjadi seorang jutawan, tidak bermaksud mereka perlu bergambar di hadapan kereta mewah atau rumah banglo 20 bilik, dan bertujuan untuk memancing anda. Sebab, ramai je scammer buat macam ni, sampai ramai pula yang tertipu.
  • Mentor yang sebenar, yang jujur, yang benar-benar nak bantu anda berjaya dalam bisnes anda, tidak perlukan semua ini untuk memancing anda.
  • Kalau korg dapat mentor yang humble macam ni, pastikan kepit mereka rapat-rapat. Sebab mereka bukan sekadar dah kaya-raya, tapi sangat humble nakkan kita berjaya sama-sama. Bayangkan, Steve Job duduk sebelah kita ajar macam mana nak bangunkan bisnes, apa perasaan kita?
  • Itulah perasaan kami-kami di iReach Family.
  • Bila mentor kami sanggup duduk bersila berkongsi idea & pengalaman mereka. Bila mentor kami buat macam-macam program hanya sebab nak tengok kami berjaya. Apetah lagi bila mentor kami bongkarkan macam-macam rahsia & gosip disebaliknya. Memang terasa betul betapa humble-nya mereka.
  • Mereka tak pernah cerita apa yang dimiliki. Mereka cuma nak tinggalkan legasi lepas mati.

 

BAGAIMANA NAK JOIN BISNES ONLINE SHAKLEE BERSAMA GROUP IREACH?

Daftarkan keahlian anda secara online, dengan hanya klik : www.shaklee.com.my/?joinnow=887938

Boleh juga untuk whatsapp akak terus dengan  KLIK DI SINI

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

 

(Visited 17 times, 1 visits today)
Ingin Berjaya Dalam Bisnes? Pastikan Mentor Anda Ada 5 Ciri Ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Click To Folllow My Blog

Get the latest posts delivered to your mailbox: