Awas! Risiko Bila Bayi Anda Jatuh Dari Katil

By | April 22, 2017

 

Menurut pakar pediatrik, kecederaan yang akan dialami oleh bayi jika terjatuh bergantung kepada kekuatan hentakan kepala dan bagaimana cara mereka terjatuh.

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sebaiknya anda tidak sepatutnya meninggalkan bayi keseorangan di atas katil tidak kira berapa umur mereka. Ini kerana, jika bayi terjatuh dan mengalami perdarahan di dalam otak, ia mungkin agak susah dirawat dan mungkin akan menyebabkan komplikasi yang serius dan berpanjangan.

Jika bayi terjatuh, kita harus memastikan tiada pendarahan berlaku. Mereka harus diperhatikan selama lebih kurang 48 jam dan perhatikan beberapa tanda, yang boleh mengundang bahaya kepada kesihatan bayi.

Walaupun paras ketinggian katil cuma sekadar paras lutut anda sebagai ibu bapa, tetapi, ia berbeza pada bayi. Bagi seorang bayi, kadar ketinggian itu ia adalah hampir sama seperti kita terjatuh dari paras ketinggian lebih tinggi dari kita.

 

KETAHUI TANDA-TANDA YANG PERLU ANDA PERHATIKAN DALAM TEMPOH 48 JAM

 

#1 : Muntah-muntah

#2 : Tidak aktif atau lemah

  • jika bayi anda sebelum ini adalah seorang yang aktif bermain, tetapi tiba-tiba dia menjadi tidak aktif atau macam lemah longlai, bawalah jumpa doktor.
  • mungkin ada kecederaan dalaman yang membuatkan anak anda rasa sakit, jika dia menjadi aktif

#3 : Sawan atau kejang

  • ia boleh berlaku terus selepas jatuh atau selepas beberapa jam dia terjatuh.

#4 : Kedudukan mata sudah tidak seimbang seperti mata orang juling, padahal ia normal sebelum jatuh

  • dapatkan segera rawatan di hospital, dan jangan beranggapan yang kedudukan mata itu boleh pulih seperti biasa tanpa sebarang pemeriksaan lanjut.

#5 : Periksa seluruh anggota badannya, perhatikan …

i. jika terdapat sebarang benjolan pada badan bayi, termasuk bahagian kepala dan muka. Doktor akan membuat imbasan, jika ada berlaku sebarang trauma

ii. Jika terdapat lebam, berwarna biru-kehitaman, dapatkan pemeriksaan lanjut di hospital. Di risaukan, jika berlaku pendarahan dalaman. Kalau ia berada di bahagian kepala, kemungkinan bahagian otak ada berlaku pendarahan dalaman.

iii. jika terdapat anggota lengan atau kaki dia ada patah atau tidak. Pergi terus ke hospital, untuk pemeriksaan lanjut.

iv. jika ada luka dan pendarahan di bahagian luar kulit. Jika ia sedikit dan anda sendiri boleh lakukan rawatan untuk menghentikan pendarahan, gunakan antiseptik bagi mencegah jangkitan bakteria.

v. jika ada luka dan pendarahan yang agak teruk, teruslah bawa bayi anda ke hospital.

 

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda, terutamanya bagi mereka yang baru mendapat anak pertama. Jika anda sibuk memasak atau mengemas rumah, lebih baik untuk biarkan bayi anda tidur di atas tilam, di atas lantai. Ia lebih selamat, lebih-lebih lagi jika dia jenis tidur berpusing-pusing dan asyik bergerak dalam tidur.

Kalau nak letak bayi tidur di atas katil, pastikan katil tersebut mempunyai pagar di bahagian sisi. Atau dia tidur di temankan oleh orang dewasa atau anak-anak anda yang dah besar.


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

(Visited 75 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge