8 Rahsia Kecilkan Paha, Perut, Lengan Dan Pipi Paling Berkesan

By | March 30, 2017

Anda masih kekal gemuk, walaupun dah mencuba pelbagai tips untuk melangsingkan badan?

Ramai yang cakap nak kurus, tapi, tak semuanya serius. Malahan, terdapat juga sesetengahnya, lebih suka mengambil cara mudah. Beli produk nak kuruskan badan di pasaran, tetapi, senaman atau aktiviti fizikal, langsung tak nak buat. Macam mana tu?

 

Hari ini, saya nak berkongsi rahsia dengan anda, 8 cara mudah untuk kurus & langsing. Jangan harap anda akan berjaya, jika anda tak tahu 8 cara asas untuk kuruskan badan ini.

Nak tahu? Baca sampai habis.

8 Cara mudah Untuk Kecil Paha, Perut, Lengan Dan Pipi Yang Paling Berkesan

1. Kawal pemakanan anda

  • Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang
  • Tahukan anda, setiap lebihan makanan / kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK, jika tidak dibakar melalui aktiviti harian anda.
  • Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1Kg.

 

2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein

  • Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak, boleh menggemukkan badan anda.
  • Malahan, karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula.
  • Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu dapat bertahan lebih lama.
  • Namun, anda perlu pastikan, protein yang anda ambil pada waktu siang adalah protein yang tinggin BV (Biological Value), berbanding protein yang anda ambil pada waktu malam. Jika tidak, protein yang berlebihan itu juga boleh ditukar menjadi lemak.

 

3. Jangan Berlapar! (Makan Pada Masa Yang Betul)

  • Bersarapan adalah WAJIB. Orang yang sentiasa mengambil sarapan pada waktu pagi, mereka lebih  berpeluang untuk mendapat bentuk badan yang lebih langsing dan sentiasa kekal kurus.
  • Bahkan, pengambilan sarapan juga dapat membantu meningkatkan kadar metabolisma badan anda.
  • Jadi, kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat.
  • Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan seperti buah-buahan, supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
  • Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas jam 7.00 malam.  Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.

 

4. Elakkan / Kurangkan Minuman Bergula Dan Berkafein

 

  • Antara air bergula yang kerap di minum, adalah air berkarbonat.
  • Tahukah anda, kandungan gula dalam air berkarbonat ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!
  • Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan, bahkan ia juga boleh mengundang kepada masalah sakit kencing manis.
  • Manakala, kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun, bahkan ia juga turut menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda. Jadi, kalau anda ada mengambil vitamin tambahan, ia akan menjadi sia-sia, kerana tidak mampu diserap oleh tubuh anda.

 

5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari

  • Air kosong sangat bagus untuk badan anda, kerana hampir 75 peratus kandungan badan adalah air.
  • Maka, pengambilan air kosong sebanyak 8 gelas sehari (2-3 liter) setiap hari, sangat membantu untuk kurus dengan jimat.
  • Bahkan, air yang mencukupi, dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda.
  • Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan peluh
  • Jumlah air yang sesuai untuk di ambil oleh lelaki ialah 2.6 L manakala wanita adalah 2.1. Cara mudah nak tahu jumlah air yang cukup, guna formula ini

 

 

Berat Badan Anda (kg) x 42 (ml)Kuantiti air putih yang perlu anda ambil

 

 

 

6. Lakukan senaman ringan

  • Anda digalakkan untuk melakukan senaman ringan, sekurang-kurangnya 30 minit sehari, bagi membakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.
  • Tahukah anda, berjalan kaki juga di kira sebagai satu senaman! Jadi, jangan tunggu lagi. Tanpa perlu menukar pakaian untuk bersenam, anda juga boleh melakukannya di dalam rumah atau dalam ruang pejabat.
  • Bahkan, aktiviti window shopping juga turut membantu menguruskan badan. Sambil bershopping, dapatlah kuruskan badan. 🙂

 

7. Pilih Program Diet / Kuruskan Badan Yang Terbaik

  • Perhatian: Jangan sesekali membuang duit anda di slimming center. Kenapa? Sebab program ini, tidak perlu. Bahkan, anda boleh membuat sendiri di rumah.
  • Jika anda fikir mesin-mesin mereka boleh menguruskan badan anda, anda silap! Akhirnya, anda akan diberikan suatu jadual pemakanan yang sangat ketat, sehinggakan salah satu menu anda adalah satu batang lobak untuk waktu petang.

 

8. Positifkan Diri Anda

  • Akhir sekali, anda perlu buatkan satu target yang anda ingin capai seperti berapa berat yang ingin dicapai dalam jangka masa tertentu.
  • Kemudian, anda perlu disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.
  • Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan berlaku.
  • Iyalah, takkan anda boleh nampak kesannya dalam sehari!

 

Ada tak Supplemen Shaklee Yang Boleh Membantu Untuk Kurus?

Ada. Untuk menurunkan berat badan, di samping mendapatkan hasil yang melangsingkan, anda boleh pilih untuk ambil set kurus shaklee. Set kurus bukan sahaja membantu menurunkan berat badan, bahkan ia juga membantu untuk menyingkirkan lemak-lemak yang menggeleber pada badan. 🙂

 

 

 

TESTIMONI

 

 

 

 

 

Berminat untuk mendapatkan set kurus shaklee?

 

Untuk Belian Atas Talian set kurus shaklee, klik butang di bawah

 

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 82 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge