AIR KETUBAN: Bahaya Jika Terlalu Banyak Atau Terlalu Sedikit

By | March 18, 2017

Masa tengah sibuk menggoogle, terjumpalah satu tajuk yang menarik dari blog PAMA.. rupa-rupanya air ketuban juga turut mempengaruhi sihat atau cacatnya bayi kita.. huuhuuu.. risau jugak saya..  untuk detail, boleh klik link ini, k. PAMA

_______________________________________________________________________________

Masalah Air Ketuban Berlebihan

 

 

  • Masalah kekurangan air ketuban ini dinamakan Oligohidramnion manakala berlebihan pula dinamakan Polihidramnion atau Hidramnion. Ia boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada kehamilan.
  • Kadar air ketuban berubah seiring dengan usia kehamilan. Pada minggu ke-33, jumlah air ketuban adalah sekitar 1 hingga 1.5 liter dan mulai berkurangan sehingga kandungan mencecah 40 minggu. Bagi kes hidramnion, jumlah air ketuban boleh mencecah sehingga 3 ke 5 liter yang berlaku pada minggu ke-22 kehamilan atau sekitar lima bulan.
  • Air ketuban berlebihan ini boleh mengakibatkan peregangan rahim sekali gus menggalakkan berlakunya kontraksi sebelum waktunya, menekan diafragma ibu sehingga mengganggu pernafasan, tekanan darah tinggi, bersalin secara pembedahan atau kelahiran pramatang, kedudukan janin menjadi tidak normal, komplikasi sewaktu bersalin seperti pendarahan, komplikasi uri lepas atau janin meninggal dalam kandungan.
  • Keadaan air ketuban berlebihan boleh ditandai dengan kandungan membesar dengan pantas, lingkaran perut dan tinggi rahim bertambah dengan cepat. Pada kes-kes Hidramnion ekstrem, perut akan membesar sehingga dinding perut kelihatan nipis dan pembuluh darah di bawah kulit terlihat dengan jelas. Ia juga boleh dilihat pada lapisan kulit yang pecah sehingga menampakkan kesan rekahan yang jelas pada permukaan perut.
  • Wanita hamil juga mengalami sesak nafas dan masalah pernafasan yang tersekat-sekat, pertambahan berat badan yang berlebihan dan tubuh membengkak. Begitu juga dengan suara denyutan janin kedengaran jauh kerana kedudukannya menjadi jauh dari permukaan.

Masalah Kurang Air Ketuban

 

 

  • Manakala wanita hamil yang mempunyai masalah kekurangan air ketuban boleh mengganggu pertumbuhan pada janin. Ia berlaku disebabkan kelainan ginjal pada janin sehingga pemprosesan urin menjadi sedikit.
  • Padahal urin termasuk sebagai sumber utama air ketuban. Hamil pada usia pertengahan juga boleh menyebabkan fungsi uri menurun. Penyakit ibu seperti darah tinggi, kencing manis, gangguan pembekuan darah dan penyakit lupus juga boleh menjadi punca air ketuban menjadi sedikit.
  • Wanita yang berhadapan dengan masalah ini terutama pada trimester pertama berisiko untuk janinnya mengalami kecacatan. Jika dialami pada trimester kedua, ia akan mengganggu perkembangan janin.
  • Jika berlaku di saat kelahiran, ia boleh menyebabkan komplikasi sewaktu kelahiran. Misalnya kontraksi rahim tidak berlaku dengan berkesan akibat tekanan pada rahim yang tidak seragam. Proses bersalin juga menjadi lebih panjang.

Punca Hidramnion (air ketuban berlebihan)

 

  • Penghasilan air kencing janin berlebihan.
  • Ada kelainan pada janin yang menyebabkan cecair ketuban berkumpul. Misalnya hidrosefalus, atresia saluran cerna, kelainan pada ginjal dan saluran kencing kongenital.
  • Berlaku sumbatan pada saluran pencernaan pada janin sehingga ia tidak mampu menelan air ketuban.
  • Kehamilan kembar kerana ada dua janin yang menghasilkan air kencing.
  • Berlaku jangkitan kuman.
  • Pertumbuhan terbantut pada sistem saraf pusat sehingga menyebabkan fungsi menelan tidak dapat berjalan lancar.
  • Wanita hamil menderita kencing manis yang tidak terkawal.
  • Rhesus yang tidak sepadan.

 

 

Antara punca air ketuban kurang, kerap kali berlaku kerana berlakunya kebocoran. Untuk membantu ibu yang ada masalah air ketuban kurang, boleh ambil SR Vita C plus dan ESP, bagi membantu agar kandungan mejadi lebih kuat serta menguatkan rahim.

 

 

Berminat untuk mendapatkan vitamin untuk masalah kurang air ketuban?

 

Untuk belian atas talian vitamin untuk masalah kurang air ketuban, boleh klik butang di bawah.

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 165 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge