Awas! Tidur Berdengkur Boleh Buah Nafas Berhenti Seketika

By | March 13, 2017

Jika anda tidur berdengkur sehingga teman yang lalu depan bilik anda pun boleh dengar, itu bukanlah petanda yang baik. 

Dapatkan rawatan segera, bagi mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit bahaya lain seperti serangan jantung serta strok.

Biasa orang tua-tua kata, kalau anak-anak atau si ayah tidur berdengkur, mereka akan mengaitkan ia sebagai perkara biasa. Dan mereka tidur berdengkur adalah kerana anak-anak penat bermain pada waktu siang. Manakala, si ayah pula tidur berdengkur, kerana kepenatan.

Tetapi, hakikatnya, masalah berdengkur yang terlalu kuat adalah kerana berlakunya masalah kesihatan. Dan masalah ini boleh menimbulkan penyakit bahaya yang lain.

ADAKAH TIDUR BERDENGKUR BAHAYA?

Bunyi dengkuran yang terlalu kuat dan membingitkan telinga, bukan sahaja memberi kesan kepada orang yang berdengkur tadi. Bahkan, ia juga turut mempengaruhi ahli keluarga terdekat. Mereka turut mengalami kesukaran untuk tidur, akibat bunyi bising dengkuran tadi.

Antara beberapa kesan yang boleh berlaku akibat tidur berdengkur adalah:

  • mengalami gejala mengantuk pada waktu siang
  • sakit kepala pada waktu pagi
  • kelesuan
  • mudah marah
  • kerap bangun pada waktu malam
  • hilang tumpuan
  • keletihan
  • tekanan perasaan
  • paling teruk, jika tertidur semasa memandu, sehingga boleh mengundang bahaya untuk keselamatan diri sendiri dan orang lain.

Jika anda mengalami masalah seperti ini, kemungkinan anda mengalami Obstructive Sleep Apnea (OSA).

Berdasarkan kajian, hampir 80 peratus individu yang ada masalah ini, tidak menyedari mereka ada penyakit ini dan menyebabkan mereka tidak melakukan apa-apa tidakan untuk merawatnya.

APAKAH OBSTRUCTIVE SLEEP APNEA (OSA)

OSA berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur beberapa saat. OSA boleh di ketahui, dengan kehadiran bunyi dengkuran.

Bunyi dengkuran dihasilkan oleh struktur saluran pernafasan atas yang bergetar. Apabila tidur, ruang di belakang tekak kadang-kadang menjadi sempit (rujuk gambar sebelah kanan di atas). Udara yang melalui ruang sempit ini menyebabkan tisu di sekitar ruang yang sempit ini bergetar dan menghasilkan bunyi dengkur

Pernafasan terhenti ini, boleh berlaku hampir 100 kali, untuk satu malam. Menakutkan, bukan?

Orang yang ada masalah OSA ini, mudah terdedah kepada risiko penyakit:

  • kegagalan jantung
  • stroke
  • tekanan darah tinggi
  • sakit jantung
  • kemurungan

 

SIAPAKAH YANG BERISIKO UNTUK MENDAPAT OSA INI?

Jika seseorang itu mempunyai ahli keluarga yang mengidap OSA, maka dia juga berisiko untuk mendapatkannya. Untuk mengetahui, jika anda ada masalah OSA, dapatkan pemeriksaan di hospital dengan segera.

 

 

 

 

APAKAH PUNCA YANG MENYEBABKAN TIDUR BERDENGKUR

 

  1. Alahan
  2. Tulang hidung yang bengkok
  3. Masalah tisu berlebihan di anak tekak
  4. Obesiti
  5. Alkohol
  6. Merokok
  7. Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan tertidur
  8. Masalah lidah tebal atau saluran pernafasan yang sempit (semulajadi atau disebabkan penyakit)
  9. Menghidap penyakit kencing manis atau tekanan darah tinggi

 

CARA MENCEGAH ATAU MENGURANGKAN MASALAH DENGKURAN

  • Turunkan berat badan : Jika punca dengkuran itu kerana masalah berat badan, cubalah untuk menurunkan berat badan. Dengan penurunan berat badan, bukan hanya masalah dengkuran hilang, bahkan tubuh badan akan jadi lebih sihat.
  • Ubah Posisi Tidur : Jika tidur mengiring dapat mengurangkan masalah dengkuran, berbanding tidur dengan terlentang, lebih baik amalkan tidur mengiring. Kerap mengubah posisi semasa tidur juga, boleh membantu mengurangkan dengkuran.
  • Berhenti merokok : Berhenti merokok bukan sahaja membantu masalah dengkuran, bahkan ia membuatkan anda hidup lebih sihat. Ingin mencuba untuk berhenti merokok tetapi tidak tahu bagaimana, anda boleh baca artikel ini.
  • Dapatkan rawatan jika ia berpunca kerana masalah saluran pernafasan yang sempit.

PETUA UNTUK KURANGKAN DENGKURAN

Akak nak share beberapa petua tradisional bagi membantu mengurangkan masalah dengkuran ini. Cubalah, mana tahu ia dapat membantu. 🙂

1. Susu campur badam

  • Sediakan tujuh biji badam. Basuh, keringkan dan tumbuk sehingga lumut. Kemudian, campurkan kedalam segelas susu panas. Amalkan minum campuran badam dan susu panas ini, sebelum tidur setiap malam.

 

2. Air kunyit campur madu

  • Ambil 2 ruas kunyit hidup. Buangkan kulitnya, bersihkan dan hiris halus. Masukkan hirisan kunyit ke dalam segelas air suam. Tambahkan sedikit madu di dalamnya. Amalkan minum minuman ini, sebelum tidur setiap malam.

 

3. Amalkan vitamin Shaklee, dapat membantu mengurangkan masalah dengkuran

TESTIMONI

Berminat untuk mendapatkan set berdengkur shaklee?

Untuk Belian Atas Talian Vitamin Set Berdengkur Shaklee, Klik Butang Di Bawah.


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 110 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge