Bismillah.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar yer hari ni? Dah merancang untuk masak apa malam ni? Ke merancang nak makan kat luar?

Jadi, sebelum anda merancang untuk makan apa, jom semak dahulu, jenis makanan yang boleh merosakkan diet anda. Kan anda nak kurus dengan sihat. 😉

 

 

Ini saya petik dari blog KevinZahri. Nak baca lebih lanjut? KLIK SINI.

1. Nasi Lemak.

 

  • Kegemaran setiap rakyat Malaysia. 
  • Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. 
  • Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. 
  • Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.

 

  • Paling senang, paling cepat. 
  • Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. 
  • Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? 
  • Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.

  • Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. 
  • Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. 
  • Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.

Makan masa musim panas ni memang sedap.. Tapi, kalau kerap sangat makan, nanti demam pulak.

  • Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. 
  • Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.

 

  • Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. 
  • Burger memang tinggi kalori. 
  • Daging kisar tinggi nilai lemak. 
  • Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. 
  • Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.

 

  • Hidangan mee dengan sup kari, santan. 
  • Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. 
  • Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.

 

  • Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. 
  • Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. 
  • Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama.
  •  Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.

  • Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! 
  • Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. 
  • Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.

 

  • Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. 
  • Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. 
  • Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.

  • Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). 
  • Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

p.s: Semua 10 jenis makanan ni adalah yang paling saya suka. Sebab tu, saya akan sentiasa pastikan saya akan telan lecithin Shaklee atau omega guard Shaklee, setiap kali selepas makan. Biar makan banyak benda berlemak, tapi kena sediakan vitamin pembakar dia jugak. hehee..

p.s: Hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian vitamin


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 61 times, 1 visits today)
ELAK 9 + 1 JENIS MAKANAN INI JIKA ANDA INGIN KURUS
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Click To Folllow My Blog

Get the latest posts delivered to your mailbox: