8 TIPS AGAR KULIT KEKAL LEMBAB DAN TIDAK KERING

By | February 7, 2017

Assalamualaikum semua,

Apa khabar semua? Kali ni, saya nak berkongsi beberapa tips untuk dapat kulit yang cantik, yang lembab dan tidak kering. Tips ni sangat penting bagi elak kulit kita dari cepat kering dan terhidrasi. Nak tak? Kalau nak, baca sampai bawah, k. 🙂

 

Ramai kita mengalami masalah kulit kering atas banyak sebab dan punca. Dan antara sebab biasa yang kita dengar adalah banyak aktiviti luar termasuk aktiviti sukan dan perkerjaan di bawah sinaran matahari.

 

 

 

TIPS #1 :

  • Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih daripada itu. Sekiranya badan tidak mendapat cukup air, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi.
  • Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana saja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

 

TIPS #2 :

  • Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.

 

TIPS #3 :

  • Elakkan pengambilan alkohol dan rokok kerana ia punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.

 

TIPS #4 :

  • Elakkan berada di dalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupun suhu persekitaran sejuk.

 

TIPS #5 :

  • Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

 

TIPS #6 :

  • Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka anda, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul.
  • Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.

 

TIPS #7 :

  • Cuba untuk mendapatkan lapan jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih.

 

TIPS #8 :

  • Tekap kulit muka anda menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka.
  • Elakkan menggosok muka kerana ia akan menanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 20 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge