Assalamualaikum,

Penggunaan kanta lekap kini sangat popular, bukan sahaja di kalangan mereka yang bekerjaya, bahkan pelajar sekolah juga sudah mula berjinak-jinak dengan kanta lekap. Ada yang menggunakan kanta lekap kerana masalah penglihatan, tidak kurang juga yang memakai sebab ingin kelihatan cantik. 🙂

 

 

Pemakaian kanta lekap kena berhati-hati. Jika tersilap langkah, ia boleh menyebabkan mata boleh menjadi buta.

 

Namun tidak semua individu yang boleh menggunakan kanta lekap. Ada sesetengah individu yang tidak sepatutnya menggunakan kanta lengkap langsung ialah:

  1. individu yang menghadapi masalah dalam mata atau kornea
  2. individu yang menghadapi masalah mata kering
  3. individu yang mempunyai alahan / alergi
  4. individu yang mengalami masalah mata seperti glaukoma
  5. individu yang menghidap penyakit diabetes.

 

Bagi yang ingin menggunakan kanta lekap, jom cuba praktik tip di bawah ini yer. 🙂

 

Tip menggunakan kanta lekap dengan betul:

  • mendapatkan pemeriksaan mata menyeluruh untuk menilai keadaan mata bagi memastikan tiada sebarang masalah patologi atau keabnormalan pada keseluruhan sistem visual. Pemeriksaan ini penting bagi menentukan kesesuaian pemakaian kanta lekap.
  • pemakai kanta lekap perlu melalui proses pemilihan dan pemadanan kanta lekap terlebih dahulu oleh individu yang bertauliah iaitu Pakar Mata, Ahli Optometri dan juru optik yang mempunyai permit kanta lekap sahaja.
  • Pemakai perlu faham serta patuh dengan arahan yang telah diberikan seperti cara pemakaian dan penjagaan kanta lekap yang sebetulnya.
  • pemakai juga perlu patuh pada tempoh pemakaian yang dicadangkan seperti lapan jam sehari
  • pemakai perlu mendapatkan rawatan susulan secara berkala.
  • Pemakai tidak boleh berkongsi kanta lekap
  • Cuci bekas penyimpan kanta lekap sekurang-kurangnya seminggu sekali. Sebaiknya bekas tersebut ditukar tiga kali sebulan
  • tanggalkan kanta lekap dari mata dan berjumpa doktor dengan segera sekiranya terdapat sebarang masalah seperti mata menjadi merah
  • jangan sesekali tidur tanpa menanggalkan kanta lekap terlebih dahulu.
  • jaga kebersihan sebaik mungkin
  • pakai kanta lekap terlebih dahulu sebelum mengenakan sebarang alat solek. Namun begitu, jika anda menggunakan semburan aerosol seperti deodoran atau semburan rambut, gunakannya terlebih dahulu sebelum memakai kanta lekap.

Sumber:

Che Ruhani Che Jaafar, Timbalan pengarah kanan BSKB & profesion pegawai optometri KKM, Majalah I-sihat.

 

 

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 6 times, 1 visits today)
TIPS GUNA KANTA LEKAP DENGAN BETUL
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Click To Folllow My Blog

Get the latest posts delivered to your mailbox: