Rahsia Kecantikan Kekal Remaja Lisa Surihani

By | February 4, 2017

Assalamualaikum semua, 🙂

Saya yakin anda semua pasti kenal artis Lisa Surihani kan? Ala, isteri Yusri KRU tu.. hehe.. Hari ni saya nak berkongsi sedikit rahsia kecantikan yang membuatkan lisa nampak kekal remaja.. Jom, baca. hehee

 

Lisa Surihani, isteri Yusri KRU yang tetap nampak cantik dan menawan biarpun selepas berkahwin.

 

Temubual ni sebenarnya antara Lisa dengan Rapi. Banyak sebenarnya perbualan diaorang dengan Lisa, tapi saya nak pilih dua sahaja, iaitu rahsia Lisa tetap maintain berbadan langsing dan rahsia kecantikan kulit lisa.. 🙂

 

Rapi : Boleh kongsikan dengan kami corak pemakanan Lisa? Maklumlah.. badan sentiasa langsing, tentu ada rahsia sendiri.

Lisa : Lisa sebenarnya mempunyai masalah muka berisi. Senang betul kalau nak berisi di bahagian ni. Lepas kahwin lebih mudah untuk naik berat badan. Lagi pula Lisa seorang yang suka makan. Untuk itu, Lisa haru lebih bijak mengawalnya. Lisa banyak minum air putih, sayur dan buah. Lisa juga amalkan beras tidak berkanji. Nasi tidak menjadi pantang bagi Lisa. Lisa tetap makan macam biasa. Cuma kalau ada cili padi poting, mungkin nasi Lisa akan bertambah. Lisa memang suka masakan pedas.

 

 

Rapi : Tentu tidak lengkap perbualan ini kalau kita tak kupas rahsia cantik Lisa. Apakah petua Lisa tampak kekal remaja dalam usia ini?

Lisa : Alhamdulillah Lisa tidak mempunyai masalah kulit yang serius. Namun, jerawat itu normal. Kadang-kadang ia tumbuh juga satu dua. Tapi ibu selalu pesan, jangan sesekali menyentuhnya. Jadi Lisa biarkan sahaja sehingga ia kecut sendiri. Lisa juga amalkan tiga rutin utama iaitu mencuci, menyegar dan melembap setiap pagi dan malam. Bila keluar rumah, jangan lupa mengenakan sedikit solekan. Ini penting agar segala debu dan kotoran di luar rumah tidak terus melekat di kulit muka.

 

 

————- Tamat ———————-


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 115 times, 1 visits today)

One thought on “Rahsia Kecantikan Kekal Remaja Lisa Surihani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge