KELIRU ANTARA BRAXTON HICKS DENGAN REAL LABOR SIGN? BACA INI

By | February 4, 2017

Kontraksi kerap berlaku sejak kehamilan masuk trimester ketiga? Bagi ibu yang hamil muda, sudah pasti kehadiran rasa sakit sakit kontraksi pasti boleh menimbulkan rasa ragu-ragu.

Is This Braxton Hicks or Real Labor? Find Out.. 🙂

 

Braxton Hicks kerap berlaku pada trimester ketiga

 

 

Braxton Hicks ini juga di kenali sebagai kontraksi palsu. Suatu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

 

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: “Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku.” 

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar. 



PERBEZAAN ANTARA BRAXTON HICKS & KONTRAKSI SEBENAR:

 

KONTRAKSI BRAXTON HICKS KONTRAKSI SEBENAR
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

 


Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan. 

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:

  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
  • Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang. 


Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:

  • pergerakan bayi anda sudah mengurang;
  • anda fikirkan anda sudah pecah ketuban;
  • jika anda mengalami sebarang pendarahan.



Credit: BabyCenter



Kalau anda mengalami kontraksi kelahiran yang benar, beginilah gambaran yang sedang berlaku. Ini tandanya bahawa anda bakal bersalin tak lama lagi. Jangan lupa amalkan surah Maryam, sekurang-kurang sebulan sebelum EDD, mudahan anda berjaya bersalin secara normal dan lebih mudah untuk meneran.


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 36 times, 1 visits today)

One thought on “KELIRU ANTARA BRAXTON HICKS DENGAN REAL LABOR SIGN? BACA INI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge