Kawal Pengambilan Kalori Bantu Ibu Hamil Mendapat Berat Badan Yang Optimum

By | January 22, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Saya pasti, sebagai ibu hamil anda pasti selalu risau dengan pengambilan kalori yang anda ambil setiap hari. Adakah ia mencukupi atau tidak untuk anda dan bayi anda.

 

 

Kawal Jumlah Kalori (Bukan Pengambilan Lemak) untuk mendapatkan zat pemakanan dan berat badan yang optimum semasa hamil

 

Berapa banyak khasiat yang perlu diambil semasa anda mengandung? Adakah semua lemak tidak baik untuk anda? Jom ketahui beberapa persepsi yang salah yang kerap di lalui oleh ibu semasa mengandung.

Kebanyakan para ibu di asia, bimbang dengan penambahan berat yang ketara semasa mengandung. Persoalan ini sering timbul kerana mereka kerap tersalah anggap bahawa susu itu menggemukkan dan pengambilan lemak (tanpa mengambil kira jenis lemak) adalah fakta utama yang menyumbang kepada penambahan berat badan anda.

Hakikatnya, sebagai ibu yang mengandung atau sedang menyusukan bayi, anda perlu mengetahui tentang kalori tambahan yang diperlukan untuk memastikan bayi anda membesar dengan sihat dan cerdas. Kalori boleh diperolehi daripada 3 kumpulan makanan utama seperti karbohidrat, protein dan juga lemak.

Jadi, jika produk makanan mengandungi karbohidrat (atau gula) dan protein yang tinggi, kandungan kalorinya masih tinggi walaupun lemaknya rendah.

 

Berapa banyak kalori tambahan yang diperlukan semasa mengandung?

Ramai yang beranggapan, jika anda mengandung, anda perlu makan untuk ‘dua orang’. Kalau wanita yang hamil kembar, sudah pasti minda anda akan memikirkan yang ‘tiga orang’ perlu makan. Betul kan?

Tetapi, perlulah di ingat, ia bukan bermakna anda perlu dua kali ganda atau tiga kali ganda dari jumlah yang anda biasa makan. Dari bulan ke-3 kehamilan dan seterusnya, ibu-ibu hamil perlu mengambil 300 kalori tambahan sehari di samping diet harian biasa.

Untuk memastikan janin mendapat semua khasiat penting yang diperlukan, diet anda juga perlu terdiri daripada makanan yang kaya dengan zat makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan susu yang diperkayakan dengan kalsium.

 

Jom tengok jadual di bawah, sebagai rujukan pengambilan zat harian semasa sebelum hamil dan semasa hamil. 🙂

Nutrien Penting Keperluan Harian Pra-Kehamilan Keperluan Harian Semasa Hamil
Karbohidrat 130g 175g (tambahan 45g)
Protein 46g 71g (tambahan 25g)
Lemak 20-35g+ 20-35g+
Jumlah Kalori 2200kkal 2500kkal (tambahan 300kkal)

 

+ Julat pengagihan Macronutrien diterima

 

Nutrien Penting Lain Keperluan Harian Pra-Kehamilan Keperluan Harian Semasa Hamil
Folat 400 µg DFE++ 600 µg DFE++
Kalsium 1000 mg 1000 mg
Vitamin D 5.0 µg  5.0 µg

 

++ Asid Folik 400 µg = 680 DFE (Dietary Folat Equivalence)

 

Pengambilan Lemak Baik Semasa Hamil

Walaupun perkataan lemak bunyinya agak negatif, tetapi hakikatnya ibu-ibu yang hamil dan menyusukan bayi perlukan nutrisi lemak dalam diet harian mereka. Tetapi, bukan semua jenis lemak sesuai untuk ibu hamil. Gangliosida dan asid Dokosaheksanoik (DHA), adalah dalam kumpulan “lemak baik” yang harus ibu hamil amalkan.

 

Lebih kurang 2/3 otak manusia terdiri daripada lemak. Gangliosida adalah lemak kompleks yang berkonsentrasi tinggi di dalam otak dan penting untuk pertumbuhan otak di awal usia si manja. Di dalam kajian Fonterra yang dijalankan oleh liggins Institute dan University of Auckland & Pusat Penyelidikan Kebangsaan bagi Pertumbuhan dan Perkembangan, mendapati bahawa Gangliosida yang terkandung di dalam susu boleh disalurkan melalui manusia dan dibekalkan kepada janin yang sedang membesar.

 

Selain Gangliosida, DHA juga di dapati berkepekatan tinggi di dalam otak manusia. DHA adalah penting bagi pertumbuhan otak dan mata yang optimum. Jadi, anda tidak seharusnya mengelak daripada mengambil lemak kerana anda memerlukan Gangliosida dan DHA semasa kehamilan untuk menyokong pertumbuhan bayi.

 

Apakah vitamin Shaklee yang sesuai untuk ibu hamil?

 

 

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 50 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge