Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Siapa yang masih  ada anak-anak kecil mesti tahu kan, tabiat diaorang ni macam mana. Kalau nak bermain, memang semua main redah. Kalau nak buat semak dalam rumah, memang satu kesukaan diaorang.

Semua kanak-kanak suka bermain. Mungkin, sebagai orang tua, kita kadang-kadang mudah je rasa rimas bila anak-anak suka bermain macam tak kira masa. Kalau boleh, diaorang nak bermain 24 jam. hahaha

Bagi mak-mak pulak, mesti mudah stress bila tengok rumah baru je sapu dan mop, alih-alih anak buat kotor. Bukan setakat kotor, bahkan air pun tumpah atas lantai. Kalau anak-anak puan ada perangai seperti, cubalah bawa bertenang dulu. hehe.. biasalah kan budak-budak.

Even anak-anak saya pun sama perangai macam anak-anak puan. Kadang-kadang memang mulut saya bising juga membebel. Bila saya dah penat, saya cuma pandang je lah. Membebel pun, bukan banyak memberi kesan. Sebab anak-anak dah kebal dengar bebelan saya. hahhaa.

Lebih-lebih lagi kalau diaorang main depan tv. Memang habis bersepah depan tv. Siap bawah kabinet tv pun diaorang boleh kotorkan.. Kalau dulu, cuma yang sulung dengan yang kedua je buat semak. Ni, yang bongsu dah pandai merangkak, memang dia pun laju je join kakak-kakak dia main. Sambil gigit mainan kakak dia, sambil tu dia tolong semak kan barang mainan kakak dia. Cuma, saya memang pastikan, tiada barang kecil atau barang tajam yang kakak dia main. Sebab yang bongsu baru setahun lebih. Memang tahu seronok main je dia.

 

 3 KEBAIKAN BERMAIN PADA KANAK-KANAK

 

Kajian mengenai kesan bermain pada perkembangan kanak-kanak mendapati:

Manfaat #1:

Kanak-kanak yang bermain bersama bapanya di dapati mempunyai tahap imaginasi dan kemahiran kognitif yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak bermain dengan bapanya.

 

Manfaat #2:

Kanak-kanak yang bermain bersama ibunya mempunyai hubungan lebih rapat dengan ibu, dan menikmati perkembangan yang lebih positif berbanding kanak-kanak yang ibunya tiada punya masa bermain.

 

Manfaat #3:

Apabila dia membesar, kanak-kanak yang bermain dengan ibu bapanya juga gemar terlibat dalam aktiviti lain, merasa seronok berada di sekolah, mempunyai kesihatan mental yang positif, jalinan persahabatan yang lebih erat dan hubungan keluarga yang lebih rapat.

 

Manfaat #4:

Bermain membantu komunikasi. Kanak-kanak berpeluang belajar kemahiran bercakap dan bahasa serta berlatih mendengar. Tidak kira sama ada dia bermain dengan adik-adiknya, rakan sebaya, ibu bapa atau bersendirian, kanak-kanak akan bercakap dan mendengar ketika bermain.

 

Manfaat #5:

Bermain membantu persahabatan. Menerusi permainan, kanak-kanak digalakkan untuk berinteraksi, belajar kemahiran bersosial dan berdikari. Kanak-kanak yang bermain dengan ibu bapa atau rakan sebayanya, belajar bagaimana hubungan mereka terjalin melalui pengalaman bermain. Berapa banyak jalinan persahabatan dan kualiti persahabatan itu akan bertambah apabila anak lebih kerap bermain.

 

Manfaat #6:

Bermain meningkatkan perkembangan kognitif. Bermain olok-olok dan imaginative membantu otak berkembang dalam cara yang lebih berguna dan positif. Tahap interaksi kanak-kanak yang suka berimaginasi dengan orang dan keadaan di sekelilingnya adalah lebih canggih berbanding kanak-kanak lain (contohnya, kanak-kanak yang hanya suka menonton tv).

 

Banyak kan manfaatnya bermain untuk perkembangan anak-anak. Jadi, sebagai ibu bapa, jangan terlalu mengawal anak-anak, lebih-lebih lagi yang masih kecil. Sebab bermain sangat membantu mereka. Cuma yang penting, pastikan tempat mereka bermain tu selamat dan lebih baik bermain di dalam rumah. Sebab dalam rumah kan lebih selamat dan selesa.

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

(Visited 44 times, 1 visits today)
BERMAIN BANTU PERKEMBANGAN POSITIF UNTUK ANAK
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Click To Folllow My Blog

Get the latest posts delivered to your mailbox: