KENANGAN MANIS SEMASA BERSEKOLAH

By | December 8, 2016

14955773_1341027002584894_1545054401708266370_n

Kalau fikirkan zaman sekolah, pasti banyak kenangan yang melucukan. Betul kan? Hehee

Masa saya sekolah rendah, saya dah tinggal asrama masa tu, walaupun baru darjah 2. Bukan sebab sekolah tu wajibkan tinggal kat asrama pun, tapi sebab eksited tengok orang lain serta ada jugak saudara mara yang dah tinggal asrama. Mengada-ngadakan. Hehe..

Masa kat asrama, saya memang rapat dengan makcik saya yang dah darjah 6 masa tu. Sepupu saya pun dah darjah 6 jugak. Kalau buat apa-apa, saya memang suka ikut diaorang berbanding ikut kawan-kawan sebaya.

Masa ni, makcik saya dengan kawan-kawan dia memang jenis rajin bersenam pagi. Lebih-lebih lagi kalau pagi sabtu ke atau pagi ahad.

Dalam saya seronok berlari, entah bagaimana, kaki saya boleh tersilap langkah dan terguling kat tepi jalan. Bila dah terguling, adalah sedikit cedera pada bahagian muka saya dan meninggalkan luka kecil. Sakit tu tak payah ceritalah kan. Huhu..

Lepas tu, kan, part yang paling lucu, adalah semasa saya ikut sembahyang maghrib. Masa tu saya mana ada reti solat, cuma ikut-ikut je orang buat. Hehehe.

Masa solat tu, kepala saya asyik tersondol je punggung orang kat depan tiap kali rukuk. Bayangkan solat 3 rakaat tu, orang kat depan saya terpaksa menahan sabar, sebab asyik kena sondol. Hehe.

Bila habis je solat dan beri salam, orang tu terus pusing kepala. Korang tau siapa yang jadi mangsa sondolan saya? Cikgu BI kami.. hahaha.. kesian cikgu tu. Saya dah lupa nama dia.

Tapi kan, bila dia macam nak marah kat saya, tapi dia tak jadi nak marah sebab tengok muka saya ada cedera sebab joging sebelah pagi tadi.. Dia kesian kot.. hehe.

Fuh.. nasib baiklah. Mungkin ada hikmah muka saya cedera. Kalau tak, mahu tak masak saya kena marah. Hehe..

Sorry cikgu.. hehehe.

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 23 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge