14681875_1328258013861793_3583158684134933922_n

Pernah tak ada orang beritahu yang anda gemuk, padahal masa tu anda tak rasa pun anda gemuk… Malu nak ngaku gemuk.

Kalau ada, ketahuilah, bukan anda seorang. Saya pun pernah. Hehehe.

Masa tu saya baru masuk sekolah menengah. Tahu jelah kan, zaman sekolah yang ala-ala nerd tu, makan memang tak pernah nak berkira. Apa yang ada, tu yang masuk mulut.

Akibatnya, badan pun jadi semakin montel. Montel yang tak ketara, tapi kalau jalan sebelah orang slim, akan nampak beza. Kalau jalan dengan orang berisi, eh.. nampak hampir sama je saiz. Hahhaa.. lebih kurang macam tu lah saya dulu..

Serius cakap, masa tu, orang kutuk macam mana pun ( mostly lelaki lah kot), buat-buat tak dengar je. Dahlah tinggi pun tak seberapa nak tinggi, badan pulak nampak “comel”. Huhu..

Tapi semua ni boleh mempengaruhi emosi k. Rasa keyakinan diri memang tahap bawah. Hehe

Tapi, bila dah masuk matrik dan U, barulah mula nak ambil berat pasal saiz badan.

Masa ni, makan pun, ada juga cari makanan yang lebih sihat. Lepas tu, lebih banyak membuat senaman gitu. Sebenarnya bukanlah senaman yang glamer untuk kurus tu. Ni lebih kepada banyakkan berjalan dan berlari-lari anak. Biasalah kan. Kelas kan jauh dari hostel. Memang berjalan je lah. Setiap hari berjalan.

Masa dah final year kat U, baru betul konfiden dah kurus sikit, sebab bila buat pemeriksaan untuk derma darah, saya tak lulus. Tak lulus sebab berat saya cukup-cukup untuk diri sendiri.

Rasanya berat masa tu, 44 kg dengan tinggi 151″. Hahaha. Yeay! Saya dah boleh pakai seluar saiz XS.

Jangan tanya berapa berat saya masa sekolah menengah, k. Sebab saya tak pernah timbang berat badan. Tapi saya tahu memang saya gemuk sebab adik beradik pun kata saya gemuk. Kalau bonceng motorsikal tu, akan terasa beza bila saya duduk dan bila saya naik. Faham tak? Hehehe..

Jadi, kalau yang nak turunkan berat badan tu, saya nasihatkan amalkan cara pengambilan makanan yang sihat serta banyakkan senaman. Setakat berjalan saja pun ok. Tapi, saya dulu memang setiap hari berjalan. Tu yang cepat je kalori terbakar. Hehe..

 

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 32 times, 1 visits today)
PENGALAMAN BADAN GEMUK TAPI MALU NAK NGAKU
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Click To Folllow My Blog

Get the latest posts delivered to your mailbox: