Kenali Penyakit Autoimun Idiopathic Thrombocytopenic Purpura

By | October 25, 2016

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua..

Pernah tak dengar penyakit autoimun Idiopathic Thrombocytopenic Purpura atau nama singkatannya ialah ITP?

Kalau dulu, Penyakit SLE yang juga merupakan penyakit autoimun, adalah penyakit yang agak asing pada diri saya. Dan kini pula, penyakit autoimun ITP pulak. hehe.

Tak pe.. meh kita sama-sama belajar dan ketahui tentang penyakit autoimun ITP ini. 🙂

 

darah-manusia

Apakah Penyakit Autoimun Idiopathic Thrombocytopenic Purpura?

  • Idiopathic Thrombocytopenic Purpura atau ITP adalah merupakan penyakit kecelaruan autoimun dalam sistem tubuh. Ia jelas kelihatan pada kekurangan trombosit atau platelet.
  • Penyakit ITP boleh menyebabkan berlakunya pendarahan dan lebam yang melampau.
  • Pendarahan boleh berlaku kerana kerana keadaan platelet yang tersangat-sangat rendah.
  • Platelet merupakan sel yang membantu proses pembekuan darah.
  • Jika sel platelet dimusnahkan oleh sistem imun badan, ia boleh menyebabkan proses pembekuan darah terganggu dan menyebabkan darah tidak dapat membeku dengan sempurna.

Maksud di sebalik perkataan Idiopathic Thrombocytopenic Purpura ialah:

  • Idiopathic = Tidak diketahui punca
  • Thrombocytopenic = Jumlah trombosit di bawah paras normal
  • Purpura = Ruam berwarna merah-ungu (lebam)

Siapakah Berisiko Untuk Mendapat Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura?

Penyakit ITP ini biasanya menyerang kanak-kanak dan golongan dewasa. Terdapat 2 faktor yang boleh meningkatkan risiko untuk terkena ITP.

  • Jantina: Wanita berisiko 2 kali ganda daripada lelaki
  • Jangkitan virus: Ramai kanak-kanak mengidap ITP selepas terkena virus penyakit seperti beguk, campak atau jangkitan pada saluran pernafasan.

 

Biasanya, kanak-kanak yang terkena ITP akibat jangkitan virus, akan pulih tanpa perlu rawatan.

Biasanya, kanak-kanak yang terkena ITP akibat jangkitan virus, akan pulih tanpa perlu rawatan.

Berbanding kanak-kanak, jika orang dewasa terkena penyakit ITP, ia boleh menyebabkan masalah kecelaruan sistem tubuh menjadi lebih kronik.

 

Rawatan Untuk Pesakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura

  • Bergantung kepada jumlah platelet dan usia pesakit
  • Rawatan mungkin tidak perlu ketika tiada tanda pendarahan atau bacaan platelet berada hampir dengan paras normal
  • Untuk keadaan yang serius, ubat-ubatan atau pembedahan mungkin akan perlu, bila ia menjadi terlalu kritikal.

 

Kenali Beberapa Simptom Untuk Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura

 

 

  • Lebam muncul dengan mudah atau berlaku pada banyak bahagian tubuh
  • Pendarahan dari hidung
  • Darah di dalam air kencing
  • Pendarahan pada gusi
  • Pendarahan yang melampau semasa haid
  • Pendarahan yang berpanjangan jika luka
  • Pendarahan di permukaan kulit, kebiasaanya pada bahagian kaki
  • Keletihan yang melampau

Jika anda atau anak-anak anda mengalami simptom seperti ini, cepat-cepatlah buat pemeriksaan di hospital. Rawatan yang segera boleh membantu mengurangkan komplikasi dari penyakit ITP.

 

Punca Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura

Idiopathic adalah merujuk kepada punca yang tidak diketahui. Sistem imun pesakit ITP tidak berfungsi dengan baik dan ia akan menyerang platelet, seolah-olah platelet itu bendasing.

Antibodi yang dihasilkan oleh sistem imun akan menempel pada platelet, memberi tanda yang ia perlu dimusnahkan.

Limpa memainkan peranan untuk bantu tubuh bagi melawan jangkitan. Limpa akan mengiktiraf antibodi dan akan mula membuang platelet dari sistem tubuh badan pesakit.

Kesilapan yang dilakukan oleh limpa dan antibodi akan menyebabkan bilangan platelet yang berada dalam darah menjadi lebih rendah daripada normal.

 

 

Bacaan untuk platelet normal sepatutnya melebihi 150,000 platelet bagi setiap mikroliter darah. Berbanding pesakit ITP, bacaan platelet mereka biasanya mempunyai platelet di bawah 20,000.

Jika bacaan platelet jatuh di bawah 10,000 setiap mikroliter, pendarahan dalaman boleh terjadi walaupun tanpa ada sebarang kecederaan.

 

Komplikasi Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura

♦ Komplikasi yang terbesar, adalah pendarahan berlaku ke dalam otak dan ia boleh membawa maut. Namun, ia adalah jarang berlaku.

♦ Biasanya, komplikasi terjadi berpunca daripada rawatan yang diterima terutamanya bagi ITP kronik.

♦ Rawatan untuk pesakit ITP yang utama ialah ubat Kortikosteroid. Kortikosteroid ini berperanan untuk bantu tingkatkan jumlah platelet dengan cara mengurangkan serangan sistem imunisasi badan. Namun begitu, penggunaan ini akan diberhentikan atas saranan doktor, jika bacaan platelet telah kembali ke paras normal.

  • Sebaiknya, pengambilan ubat kortikosteroid ini tidak diguna untuk jangka masa yang panjang.
  • Ubat ini memberikan kesan sampingan seperti : Berat badan naik, kadar gula bertambah dan boleh mendatangkan risiko penyakit kencing manis, katarak, tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang dan osteoporosis.

♦ Jika ubat-ubatan ini tidak memberi sebarang kesan,  maka pembuangan limpa akan dilakukan bagi membantu mencegah kehilangan platelet. Walaubagaimanapun, pembuangan limpa akan membuatkan pesakit ITP lebih terdedah kepada serangan penyakit berjangkit. Namun risikonya adalah rendah, jika pesakit ITP menjalankan cara hidup yang sihat.

 

Tips Kesihatan Untuk Pesakit ITP

  1. Elakkan mengambil ubat yang boleh menjejaskan fungsi platelet terutamanya ubat yang boleh di beli di farmasi, di mana ubat tersebut tidak memerlukan preskripsi daripada doktor. Antaranya ialah aspirin dan ibuprofen (advil, motrin IB dll).
  2. Pilih aktiviti yang kurang bahaya. Elakkan sukan ekstrem atau aktiviti yang boleh meningkatkan risiko untuk berlakunya kecederaan atau pendarahan.
  3. Perhatikan tanda-tanda jangkitan kuman. Implikasi ia akan lebih teruk, jika pesakit ITP pernah menjalani pembedahan pembuangan limpa. Dapatkan rawatan doktor dengan segera.
  4. Kekalkan sistem pencernaan tubuh yang sihat dan minimakan inflamasi (ia berkaitan dengan ITP) dengan mengamalkan diet yang sihat dan mempunyai ciri-ciri anti-inflamasi.

 

Supplemen Shaklee Untuk Bantu Pesakit ITP

Pengambilan supplemen adalah antara ikhtiar yang boleh pesakit ITP cuba, bagi membantu mengurangkan penggantungan kepada ubat.

Antara vitamin shaklee yang boleh pesakit ITP ambil adalah:

  • Vivix – gabungan resveratrol dan polifenol
  • Omega Guard – kaya dengan asid lemak omega-3
  • GLA Complex – kaya dengan asid lemak omega-6

Resveratrol, asid lemak omega-3 dan asid lemak omega-6, mempunyai ciri-ciri anti-inflamsi yang sangat baik. Ia bantu mengatasi masalah keradangan yang biasa di hadapi oleh pesakit ITP.

Kelebihan Vivix Shaklee : Ia merupakan teknologi terkini dan terhebat daripada Shaklee di mana ia mampu memperbaiki sel tubuh, sehingga ke peringkat DNA. Sebab itu, vivix adalah antara produk shaklee yang pending patent. Tiada supplemen lain yang setara dengannya.

 

Testimoni pesakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura

 

 

Dapatkan set ITP sekarang.. jangan tunggu lama-lama.. 🙂

 

Klik button untuk membuat pembelian Vivix, Omega Guard dan GLA Complex.

Klik button untuk membuat pembelian Vivix, Omega Guard dan GLA Complex.

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 189 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge