10 Cara Mengatasi Perasaan Tertekan Ketika Hamil

By | September 2, 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ..

Semasa hamil, perubahan hormon berlaku, menyebabkan ibu hamil mudah menjadi sensitif dan perasaan ini boleh berubah-ubah. Kebiasaannya, ibu yang hamil anak sulung, akan lebih mudah rasa sedih, rasa menangis, rasa kecewa tanpa sebab. Perasaan ini seolah-olah datang secara tiba-tiba.

Bahkan, jika ibu hamil sedang mengidam sesuatu dan keinginan untuk makan benda tersebut begitu kuat sekali. Sehinggakan, kalau si suami tidak bertemu dengan makanan yang dia idamkan, dia akan rasa sedih dan menangis sehingga mudah rasa tertekan. Dia merasakan seolah-olah suaminya dah tak sayangkan dia dan anak yang dia sedang kandung. 

Bahkan, ia juga boleh berlaku kepada mana-mana ibu hamil yang sedang hamil anak kedua, ketiga dan seterusnya.

Tahukah anda, menurut kajian, jika seorang ibu mudah stress semasa hamil, ia mungkin meningkatkan risiko untuk melahirkan anak yang hyperaktif atau dikenali sebagai penyakit ADHD (Attention Deficit Hyperactivitiy Disorder) dan memiliki masalah emosional lain yang membuat sulit bagi untuk memiliki hubungan yang baik dengan teman sebaya.

Bagi membantu para ibu hamil, yang mudah rasa tertekan semasa hamil, jom cuba 10 cara ini. Semoga ia dapat membantu ibu-ibu agar menjadi lebih tenang.


1. Adakan masa untuk berehat
Ambil masa untuk diri sendiri. Ia satu perkara yang baik untuk anda dan bayi anda, jadi jangan merasa bersalah tentang halnya. Di tempat kerja, carilah tempat untuk meletakkan kaki anda ke atas dan berehatlah semasa waktu rehat makan tengah hari anda. Sebaik sahaja anda di rumah, cuba untuk supaya tidak membuat terlalu banyak kerja-kerja rumah.

Jika anda berasa letih, masuklah tidur lebih awal. Badan anda sudah bekerja keras untuk menyuburkan bayi anda yang sedang membesar dan ini memerlukan seberapa banyak tidur yang boleh diperolehi.

Jika anda sudah seorang ibu, memang agak sukar untuk mencari masa untuk berehat. Adalah idea yang baik untuk meminta suami anda, rakan atau ibubapa untuk menjaga anak anda untuk sesuatu petang, sementara anda mendapatkan masa rehat yang harus diambil.


2. Berbincang tentangnya
Jika anda bimbang tentang sama ada bayi anda sihat, sama ada dia akan dilahirkan dengan selamat, atau sama ada anda mampu memikul tugas keibubapaan, anda tidaklah bersendirian. Anda boleh merujuk kepada doktor anda untuk mendapat jaminan yang bayi anda adalah sihat. Tetapi berbincanglah dengan suami anda juga. Membincangkan kebimbangan anda boleh membuat anda berdua merasa lebih baik.

Jangan lupa bahawa rakan-rakan dan ahli keluarga boleh memberi sokongan yang baik. Anda boleh bertemu dengan bakal-bakal ibu lain yang juga berada di peringkat kehamilan yang sama seperti anda, mungkin di kelas antenatal atau kelas keibubapaan. Ada kemungkinan bahawa sekurang-kurangnya setengah daripada mereka juga mengalami apa yang anda rasakan.

Anda boleh mewujudkan rangkaian sokongan dalam talian sendiri, samada melalui group FB atau Whatsapp.


3. Makan dengan baik
Pemakanan yang baik adalah baik untuk minda selain badan anda. Diet sihat yang mempunyai banyak asid lemak omega-3, vitamin dan mineral, boleh mengangkat tahap keceriaan anda.

Anggapan ialah bahawa asid amino tryptophan boleh meningkatkan paras bahan kimia melatonin dan serotonin dalam otak kita. Melatonin dan serotonin membantu kita untuk tidur dengan baik dan meningkatkan perasaan kesejahteraan anda. Tryptophan didapati secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan, termasuk kacang dan bijian, yang mudah untuk dibuat makanan ringan.

Anda tidak perlu berketerlaluan dengan diet anda untuk memastikan anda mendapat segala nutrien yang membantu. Sumber nutrien yang baik termasuk ikan berminyak, buah-buahan, kacang, biji, produk tenusu, daging tanpa lemak dan ayam itik, bijirin serta sayur-sayuran.

Perancang hidangan harian kami juga boleh membantu anda mendapatkan nutrien yang anda perlukan pada setiap trimester. Untuk mengetahui vitamin Shaklee yang boleh di ambil semasa hamil, boleh klik di SINI.


4. Dapatkan senaman
Senaman benar-benar dapat meningkatkan tahap keceriaan anda. Adalah agak selamat untuk bersenam semasa mengandung, selagi aktiviti-aktiviti anda tidak terlalu terlalu kuatBerenang adalah ideal, sebab ia membuat badan anda kencang, dan ianya tidak terlalu keras bagi sendi anda.

Cuba menyertakan senaman dalam kehidupan seharian anda. Di tempat kerja, bangunlah dan berjalanlah selalu, terutama jika anda terikat kepada kerja pejabat. Keluar sebentar pada waktu makan tengahari untuk mendapatkan udara segar, walaupun ia hanya untuk 10 minit.


5. Bersedia untuk kelahiran
Anda mungkin bimbang tentang bagaimana rasanya sakit hendak bersalin itu. Bagaimanakah anda akan menangani sakit itu? Bagaimanakah suami anda menghadapinya? 

Jika anda akan menjalani caesarean terancang, bercakaplah dengan pakar obstetrik tentang apa yang akan berlaku pada hari itu. Merangkakan satu pelan kelahiran caesarean boleh membantu anda merasa lebih yakin dan mampu mengawal situasi.

Anda mungkin boleh melawat wad bersalin dan kelahiran di hospital anda terlebih dahulu. Mengetahui apa yang boleh dijangkakan bermula dari tempat di mana anda akan melahirkan bayi boleh menenangkan pemikiran anda. Ia juga akan membantu anda merangka pelan kelahiran anda.

Jika ketakutan melahirkan begitu sukar untuk dikawal sehinggakan anda lebih suka mendapatkan caesarean daripada melalui kelahiran faraj, berbincanglah dengan doktor anda. Dengan sokongan yang sesuai, anda boleh dibantu untuk mengatasi keraguan anda.


6. Bersedia untuk kehidupan berkeluarga
Adalah perkara biasa jika anda mempunyai kebimbangan tentang bagaimana melahirkan bayi akan membawa kesan terhadap hubungan anda dengan suami atau meragukan keupayaan anda sebagai seorang ibu. Keibubapaan ialah sesuatu yang anda akan belajar semasa menjalaninya.

Jika anda ada mempunyai kawan yang mempunyai bayi muda, anda boleh menghabiskan masa dengan mereka untuk mendapatkan tip-tip berguna.

Mungkin anda merasa tertekan tentang kewangan anda, pekerjaan, hubungan suami-isteri atau perumahan? Lihat senarai organisasi dan kumpulan sokongan yang anda boleh hubungi untuk mendapatkan nasihat. 


7. Strategi berulang-alik ke tempat kerja
Kebanyakan wanita menjalankan kerja sehingga tarikh sebelum melahirkan. Berulang-alik ke tempat kerja boleh menjadi punca utama perasaan tertekan, dan ia menjadi lebih teruk ketika anda lebih sarat mengandung.

Tanya majikan anda jika anda boleh mengelakkan kesesakan jalanraya, mungkin dengan bermula dan selesai lebih awal daripada biasa. Pastikan anda sentiasa berduduk semasa menaiki pengangkutan awam. Jika anda tidak dapat tempat duduk, meminta sesiapa memberi anda tempat duduknya.

Wanita hamil yang menaiki transit aliran ringan atau light rail transit (LRT) Light Rail Transit di Lembah Klang berhak mendapat keutamaan dari segi tempat duduk. Jangan berasa malu. Kebanyakan orang cukup bersedia untuk memberikan kerusi mereka, mereka hanya perlu diingatkan!


8. Hal-hal kewangan
Memang tidak dinafikan, mendapat bayi boleh mengurangkan jumlah kewangan anda. Jika anda bimbang tentang bagaimana anda boleh mampu segala-galanya, buatlah senarai barang-barang yang anda fikir anda perlukan. Tentukan barang-barang yang anda boleh pinjam daripada rakan-rakan atau keluarga.

Anda mungkin tidak akan perlu membeli semua yang ada dalam senarai anda. Beberapa bahan, seperti raga pembawa bayi, hanya boleh digunakan untuk beberapa bulan, jadi bertanya-tanyalah sekiranya ada yang boleh dipinjam. Ada kemungkinan baik barang itu berada dalam keadaan baik sebab pemilik asal hanya menggunakannya untuk dua atau tiga bulan saja! 

Pastikan anda mendapatkan hak penuh bagi cuti bersalin dan gaji. Dapatkan maklumat lanjut tentang apa-apa faedah tambahan yang layak diterima dengan menyemak perjanjian kolektif dengan wakil kesatuan pekerja atau kontrak pekerjaan. Dapatkan nasihat daripada pengurus sumber manusia anda.


9. Cuba terapi tambahan
Urutan adalah cara yang hebat untuk mengurangkan perasaan tertekan. Bacalah mengenai teknik-teknik urut untuk bersalin. Anda dan suami boleh mencubanya sekarang. Ini akan merelakskan anda, dan memberikan suami banyak latihan sebelum hari bersalin sebenar! Jika anda menggunakan minyak pati aromaterapi untuk urutan atau rawatan lain, adalah penting untuk memastikan ianya selamat untuk digunakan semasa hamil.

Teknik meditasi dan visualisasi positif boleh membantu. Visualisasi positif adalah di mana anda membayangkan satu gambaran senario yang damai. Cuba visualisasi kebun bunga dan lihat sama ada ia mujarab untuk anda. Pilih satu-satu masa apabila anda tahu anda tidak akan diganggu dan cuba untuk dapatkan masa sekurang-kurangnya 30 minit. Ini benar-benar boleh memanfaatkan anda, dan ia tidak melibatkan kos sesen pun!


10. Layani diri anda dengan baik
Ketawa adalah salah satu cara terbaik untuk merelakskan badan. Jadi, berjumpalah dengan kawan-kawan, tontonlah DVD lucu dengan suami anda, atau pergilah ke pawagam. Jika anda mampu, pergilah bercuti di hujung minggu dan manfaatkanlah sepenuhnya masa yang ada untuk anda bersama-sama.

Kehamilan juga masa yang paling sesuai untuk melayankan diri anda dengan semua rawatan kecantikan yang biasanya anda enggan membelanjakan wang. Jika bonjol perut menjadi terlalu besar untuk anda memotong kuku jari kaki, dapatkan pedikur. Jika anda mahu menjimatkan wang, adakan spa mini di rumah. Berbaik-baiklah dengan diri sendiri. Sesungguhnya anda berhak untuknya.


Sumber

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 47 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge