Posisi Tidur Yang Perlu Di Elakkan Semasa Hamil

By | August 30, 2016

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua …

posisi tidur semasa hamil

Mengalami kesukaran untuk tidur semasa hamil, lebih-lebih lagi ketika kandungan dah semakin membesar adalah dilema yang kerap di alami oleh ibu hamil.

Namun, posisi tidur semasa hamil, boleh mempengaruhi kesihatan ibu dan janin di dalam kandungan.

Posisi Tidur Yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil

1. Posisi Tidur Meniarap

  • Posisi yang mesti dielakkan semasa hamil adalah tidur secara meniarap. 
  • Ketika ibu hamil tidur secara meniarap, secara tidak langsung ia boleh menyebabkan darah yang membawa oksigen dan nutrien tidak sampai kepada janin. 
  • Ini boleh meningkatkan risiko kematian kepada janin di dalam rahim.


2. Posisi Tidur Terlentang

  • Tidur secara terlentang sangat tidak di galakkan lebih-lebih lagi jika kehamilan sudah semakin besar
  • Berat rahim yang membesar akan menekan tulang belakang dan otot belakang ibu hamil dan menyebabkan mereka mengalami masalah sakit belakang.
  • Berat rahim juga akan menekan usus wanita hamil dan menyebabkan masalah penghadaman dan buasir.
  • Ini kerana, berat rahim juga akan menekankan salur darah yang besar seperti aorta dan inferior vena cava dan menyebabkan aliran darah dan oksigen berkurangan kepada jantung dan seterusnya menurunkan tekanan darah ibu hamil.
  • Menurut Dr. Zubaidi, keadaan tidur secara terlentang juga boleh meningkatkan risiko kematian kepada janin di dalam rahim, akibat darah yang membawa oksigen dan nutrien tidak sampai kepada janin.

Posisi Tidur Yang Di Galakkan Semasa Hamil

3. Posisi Tidur Mengiring

  • Ramai pakar perubatan sangat menggalakkan ibu hamil untuk tidur secara mengiring. 
  • Ibu yang mengandung boleh baring mengiring ke kanan atau pun ke kiri. 
  • Jika wanita yang hamil itu baring mengiring ke kiri, maka aliran darah dan zat makanan kepada bayi melalui plasenta akan lebih lancar.
  • Begitu juga dengan buah pinggang. Ia akan berfungsi dengan lebih berkesan dalam proses penyingkiran bahan kumuhan dan cecair dari badan. Jika buah pinggang berfungsi dengan lebih baik, maka masalah bengkak kaki, buku lali dan tangan dapat di atasi.

Apa pandangan anda?

Jika artikel di atas ini membantu, harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini. Terima kasih. 🙂


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 362 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge