Risaunya Bila Kaki Bengkak Semasa Hamil Sampai Kasut Pun Tak Muat

By | August 25, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ..

Masalah kaki bengkak atau perkataan glamernya edema semasa hamil adalah perkara normal. Tetapi, ia tidak normal jika anda tidak hamil. Yang ni, saya akan kongsikan dalam post lain yer. 🙂

Bercerita mengenai bengkak kaki semasa hamil, tidak semua wanita hamil akan mengalaminya. Alhamdulillah, saya sendiri dah 2 kali hamil dan kedua-dua kalinya juga saya tak pernah mengalami edema. Pada mulanya, saya menganggap edema sesuatu perkara yang wajib ada, tetapi rupanya, kalau tak ada edema, itu lagi bagus. Jadi, kalau anda sedang hamil sekarang, dan tidak mengalami sebarang bengkak pada kaki, itu adalah petanda yang baik. 🙂

Mengapa Bengkak Pada Kaki Ini Boleh Berlaku Semasa Hamil?

Bengkak pada buku lali dan tapak kaki (dikenali sebagai oedema) berlaku dalam kehamilan kerana badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. 

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan. 

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. 

Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat. 




Bagaimana Cara Nak Mengurangkan Masalah Bengkak Kaki?

Posisi semasa tidur turut mempengaruhi bengkak kaki anda.

Pastikan kaki anda lebih tinggi untuk lancarkan peredaran darah. Bila baring, lapik dengan bantal. Kalau di tempat kerja letak bangku kecil atau kotak bawah meja anda.

  1. Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat.
  2. Pakai tights sokongan sebelum bangun pada waktu pagi. Kalau tak berjaya juga, boleh dapatkan stokin tekanan.
  3. Bersenam, terutama berjalan, berenang atau menggunakan basikal senaman.
  4. Kalau buat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  5. Boleh urut buku lali dan tapak kaki hingga ke lutut jika anda rasa terlalu tegang. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
  6. Kurangkan pengambilan garam dalam diet harian
  7. Tingkatkan pengambilan kalium seperti makan buah pisang
  8. Banyakkan minum air putih pada waktu siang
  9. Ambil makanan yang kaya dengan vitamin C dan vitamin E

Bagaimana Jika Tangan, Muka Bengkak Semasa Hamil? Adakah Ia Tidak Bahaya?

Ingat yer, jika anda ada mengalami bengkak di muka atau di tangan, cepat-cepatlah jumpa doktor anda. Ini kerana, ia mungkin sahaja tanda pra-eklampsia. Pra-eklamspia ini jika tidak di rawat, ia boleh membawa maut kepada ibu dan juga janin di dalam kandungan.

Saya Nak Elakkan Bengkak Kaki Semasa Hamil

Seperti yang saya kongsikan pada awal artikel tadi, saya tidak pernah mengalami masalah edema sepanjang kehamilan saya. Bukan itu sahaja, bahkan saya juga tidak mengalami masalah bacaan HB rendah dan kurang masalah morning sickness. Semasa berpuasa dalam bulan ramadhan, saya mampu berpuasa penuh tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. 🙂 Yang paling best, masa nak bersalin pun sangat mudah. Alhamdulillah.

Seperti yang di rasai oleh saya sepanjang kehamilan dulu, samalah seperti pengalaman seorang rakan saya di dalam video di bawah ni. InshaAllah, walaupun ramadhan bakal tiba hanya dalam masa 60 hari je lagi, saya yakin, ibu-ibu hamil juga boleh berpuasa penuh tanpa masalah, inshaALLAH.

Jom tonton video best ni. 🙂

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni… from iReach HD on Vimeo.

Nak tahu apa rahsianya? 🙂

Sepanjang kehamilan, saya telah mengambil set ibu hamil lengkap, seperti yang ada dalam gambar di bawah.

 vitamin ibu hamil

Dalam set ibu hamil ini, terdapat 6 jenis vitamin yang sangat penting, bukan sahaja untuk ibu, bahkan ia juga penting untuk bayi yang ada di dalam kandungan.


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

u

(Visited 175 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge