Penyusuan Membantu Melansingkan Badan …

By | August 8, 2016

Assalamualaikum dan selamat pagi semua…

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua, tentang kebaikan menyusu bayi anda, kerana ia membantu anda kembali langsing seperti dulu.. berita baik bukan?.. Di samping dapat mengerat hubungan kasih sayang antara ibu dan anak, malahan ia membantu anda kembali langsing.. Hebatkan??

Tak sangka, hanya duduk sambil memangku bayi kita untuk menyusukannya, sudah boleh membantu kita untuk membakar sebanyak 600 kalori sehari.. Menurunkan berat badan yang bertambah semasa mengandung, merupakan antara agenda utama bagi wanita yang baru bergelar ibu atau yang sudah bergelar ibu… biasanya berat badan akan bertambah selepas bersalin, jika anda tidak bijak menjaganya. Ada kawan-kawan yang mengusulkan untuk mengawal pemakanan yang di ambil semasa di dalam pantang lagi.. Ada yang  memberi cadangan agar ada mengambil bermacam-macam jenis jamu..

ibu-susu

Walau pelbagai cadangan yang diusulkan oleh saudara dan teman sekeliling, yang pastinya, tujuaan cuma satu ===> kembali langsing seperti dulu..:-) 

Berat badan yang bertambah semasa mengandung adalah sesuatu yang mesti, kerana ia menunjukkan bayi yang dikandung kita turut membesar dengan sihat dan berkembang dengan baik. Namun, sebagai seorang bakal ibu, anda tak perlu risau.

Ada banyak cara yang boleh membantu anda untuk kembali langsing seperti dulu.. 🙂

– Semasa di dalam pantang atau semasa penyusuan anak, anda perlu menjaga corak pemakanan anda. Adalah penting untuk anda mengekalkan diet yang sihat agar bayi anda memperolehi zat makanan yang diperlukan.

1. Jaga Corak Pemakanan

  • Kadang-kadang si ibu akan mengambil supplemen bagi memastikan bahawa bayi mereka mendapat zat yang mencukupi, ini kerana, setiap pemakanan yang kita ambil seharian, mungkin zat belum mencukupi untuk bayi kita. 
  • Antara makanan yang perlu di elakkan semasa penyusuan adalah seperti gula tambahan dan lemak tepu, yang biasanya berada di dalam makanan manisan, masakan goreng, keju, susu penuh krim dan daging lemak.
  • Sebagai alternatif, anda boleh mengambil makanan jenis yang rendah lemak, bebas lemak, kurang manis atau tanpa gula tambahan.
  • Bagi yang ingin mengambil supplemen semasa penyusuan, anda boleh dapatkan nasihat daripada doktor, jenis-jenis supplemen atau vitamin yang sesuai untuk anda ambil.  

 2. Senaman

– Ada jenis senaman yang tertentu yang boleh di amalkan oleh ibu-ibu yang masih dalam pantang. Senaman ini memang sesuai di lakukan semasa pantang kerana ia mudah dan ia juga turut membantu anda kembali langsing seperti sebelum mengandung.. 

3. Diet

  • Pakar laktasi menyarankan anda untuk memulakan rutin berdiet selepas 2 bulan menyusukan bayi.
  • Ini bagi memastikan penghasilan susu sedia ada berada di tahap yang stabil. Selepas tempoh 2 bulan, anda boleh mengurangkan pengambilan kira-kira 100 kalori sehari. 
  • Usah kuatir, pengurangan pengambilan ini, tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda dan bayi anda. 
  • Perlu diingatkan, kekurangan zat makanan tidak akan menjejaskan kualiti dan kuantiti susu ibu, tetapi ia boleh memudaratkan kesihatan anda dan bayi anda. Jadi, elakkan daripada melakukan diet yang melampau kerana ia boleh merbahayakan kesihatan anda dan bayi anda.

4. Buat pertimbangan

  • Ingat, anda perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan kuantiti susu anda. Jadi, diet yang melampau yang boleh menjurus kepada pengurangan berat badan dan secara berpotentsi yang boleh memudaratkan bayi.
  • Ini kerana, toksin dan racun boleh hadir dalam tahap yang rendah menerusi susu ibu.
  • Lebih teruk lagi, ia masuk terus kedalam susu ibu. Jadi, diet yang melampau sememangnya boleh menyingkirkan lemak di tubuh, tetapi dalam masa yang sama ia turut menghapuskan zat makanan yang berharga di dalam susu ibu, yang penting untuk kesihatan bayi anda.

5. Dapatkan Pandangan Pakar

  • Kebanyakan pakar perubatan menasihatkan agar anda tidak perlu bimbang tentang pengurangan berat badan sehingga bayi anda berusia 6 bulan. Memandangkan penyusuan susu ibu akan membantu melenyapkan lemak yang ada pada si ibu.
  • Malahan, penyusuan susu ibu juga turut membantu anda dalam proses mengawal keluarga.
  • Oleh itu, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada pakar, sebelum mengambil keputusan untuk mengambil apa jua jenis program pengurangan berat badan. Selamat mencuba daripada saya… 🙂 

 

set ibu menyusu 2

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 22 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge