SEMBELIT SEMASA HAMIL PENGARUHI CEPATNYA BUKAAN RAHIM KETIKA BERSALIN

By | August 3, 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Bila teringat pengalaman pertama melahirkan anak, memang sampai sekarang saya jadi ngilu sendiri. Sakitnya, mashaAllah.. memang benar kata ustaz-ustazah, jangan sekali-kali menderhaka kepada ibu bapa. Sebab sakitnya semasa nak bersalin tu memang terlalu luar biasa sakitnya.

Pengalaman Semasa Hamil

Sepanjang kehamilan, saya ni memang jenis jarang minum air putih. Jadi, tidak hairanlah, kalau sepanjang kehamilan, saya mengalami sembelit yang teruk. Keadaan menjadi lebih teruk, apabila saya mengalami morning sickness dari awal kehamilan sehinggalah saat saya nak bersalin.

Setiap hari saya muntah teruk. Makan sikit pun muntah. Selera makan kurang, minum air pun kurang. hehee.. 

Pengalaman Hampir Nak Bersalin

Saya mulai merasa sakit awal jam 3 pagi. Masa tu, bila tengok darah kat panty, saya terus gelabah. Kalau di ikutkan, pada tarik 25. Mac tu, saya sepatutnya pergi ke klinik untuk appointment. Tapi, sebab saya dah mula rasa sakit, saya terus minta suami hantarkan ke hospital bintulu. Risau sangat masa tu. Sakit kontraksi satu hal. Bila darah kerap keluar pun satu hal. 

Saya memang kalut sangat pagi tu. Apabila dah sampai hospital, nurse membuat pemeriksaan, dan mendapati bukaan saya baru je 1 cm. Maksudnya, bukaan tu masih terlalu kecil. Jadi saya pun di hantar ke wad ibu-ibu bersalin. 

Kesakitan kontraksi saya terlalu kerap sehingga saya betul-betul tak dapat tahan. Mak dan kakak yang menemani saya masa tu, risau sangat tengok saya. 

Bila jam dah hampir pukul 6 petang, datang seorang nurse nak cek bukaan. Terus dia cakap, “awak ni sembelit, sebab tu bukaan jadi terlalu lambat nak buka besar”. Huhu.. masa tu, punyalah menyesal. Kalau tahu sembelit boleh mempengaruhi cepat atau lambat bukaan, memang saya tak nak sembelit. 

Lepas tu, dia pun tolong letakkan ubat ke dalam lubang dubur, untuk memastikan saya tidak sembelit lagi. Masa tu dia pesan, tunggu untuk 30 minit, barulah pergi ke toilet. Masalahnya, ubat tu membuatkan saya langsung tak dapat tahan. Baru je masuk ubat tu, terus nak rasa nak masuk tandas. Sorry lah yer nurse, sebab ingkar arahan. hehe.

Sakit kontraksi terus berlangsung sampai jam 1.00 pagi, 26 Mac. Semasa kontraksi dah terlalu kerap tu, saya dah memang tak larat nak berjalan. Kaki dah rasa macam tak dapat jejak tanah dah.

Bila mak dan kakak saya tengok keadaan saya macam tu, terus diaorang beritahu nurse. Bila nurse cek bukaan, alhamdulillah, bukaan dah 6 cm. Cepat-cepat diaorang suruh saya duduk atas wheel chair, untuk di tolak ke bilik bersalin.

Bila dah masuk bilik bersalin, mereka terpaksa memecahkan air ketuban, sebab air ketuban saya langsung tak pecah, dari pagi sampai tengah malam. Cuma darah je banyak mengalir dan meleleh.

Untuk memecahkan air ketuban, mereka terpaksa memasukkan sesuatu ke dalam alat sulit, dan meminta saya menunggu beberapa minit. Saya cuma boleh baring mengiring ke kiri je. Tak boleh pusing-pusing. Dalam menahan sakitnya kontraksi semasa baring tu dan betapa sejuknya bila bersalin tu. Memang rasa nak menangis je. SubhanAllah, sakit sangat. huhu.

Sesungguhnya penantian itu memang terasa terlalu lama. Sehingga lah mereka membuat pemeriksaan selepas setengah jam kemudian kot, barulah mereka suruh saya bersedia untuk meneran. 

Bayangkan saya langsung tak ada selera nak makan dari pagi sampai malam. Memang tenaga dah sampai level 0. Tapi, larat tak larat, memang kena push jugak. 

Alhamdulillah, seorang bayi perempuan dengan berat 3.1 kg, berjaya di lahirkan jam 1.50 pagi, pada 26. Mac tu. Ingatkan dapat lahirkan anak hari jumaat, tapi rezeki anak saya untuk lahir hari sabtu jugak. hehee.

Alhamdulillah, anak saya bebas dari penyakit kuning. Ada orang cakap, mungkin sebab saya amalkan minum jus delima, sepanjang kehamilan. hehe.

Pengalaman Berpantang

Bila berpantang dalam keadaan masih sembelit, huhu.. memang rasa serik dah nak mengandung. Setiap kali nak ‘melabur’, terasa jahitan tu hampir terbuka. huhu.

Saya berpantang 44 hari, tetapi jahitan saya belum sembuh betul-betul walaupun saya dah habis berpantang. 

Tapi, semasa saya mengandung anak ke-2, pengalaman hamil, bersalin dan berpantang memang jauh berbeza daripada anak yang sulung. Ingin tahu, pengalaman saya mengandung anak ke-2? Tunggu perkongsian saya untuk next post, k. 🙂

p/s: maaflah, sebab saya tak attach gambar anak sulung saya. Sebab gambar tu dalam laptop lama dan laptop tu pun dah rosak. huhu. Sedih sebab tak sempat nak back-up gambar penting dalam tu.

Saya belum kenal Shaklee lagi semasa saya hamil anak sulung ni. Saya baru kenal Shaklee, semasa hamil anak yang ke-2. 🙂

Pesan saya pada ibu-ibu yang sedang hamil:

  • Amalkan minum air masak, sekurang-kurang 3L setiap hari.
  • Kalau rasa sembelit semasa hamil, cuba usahakan untuk kembali lawas. Jangan tunggu sehingga nak bersalin baru nak ikhtiar.
  • Jangan tinggalkan solat, walaupun dah keluar darah. Pastikan pad di pakai, pakaian bersih, dan solat lah seperti biasa.
  • Banyakkan berzikir dan berselawat. Berdoa semoga Allah mempermudahkan urusan anda untuk bersalin.
  • Tenangkan fikiran, jangan biarkan sebarang fikiran negatif ada dalam minda. Sebab itu semua boleh mempengaruhi emosi anda. Semakin anda takut nak bersalin, semakin lambat untuk bukaan membesar.
  • Semasa hamil, banyakkan buat solat tahajut, solat hajat, berdoa agar Allah mempermudahkan urusan kehamilan dan bersalin secara normal tanpa banyak masalah. 

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 702 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge