12 Cara Hilangkan Mabuk Teruk Semasa Hamil

By | July 29, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ..


Semenjak di sahkan hamil anak ke tiga ni, saya kerap mengalami morning sickness yang sangat teruk. Mungkin sebab sekarang masih awal trimester, jadi alahan semasa hamil memang sesuatu yang tidak boleh dielakkan. 

Yang saya perasan, hamil kali ni, saya langsung tak boleh makan ayam dan lauk ikan yang bergoreng. Kalau degil jugak nak makan, memang akan muntah teruk. hehee.. 

Sampai anak sulung saya yang umur 4 tahun, selalu rasa hairan, sebab dia asyik mendengar saya muntah teruk dalam tandas. Risau dia, kalau-kalau saya sakit. hehe. 

Tapi, alhamdulillah, bila dah kerap sangat muntah teruk, membuatkan saya semakin rajin untuk mencari petua bagi membantu menghilangkan morning sickness yang teruk. heehee. Nanti saya dengan anda, k. 🙂

Sebelum saya share tips untuk hilangkan morning sickness, saya nak berkongsi dengan anda, satu video best sangat ni.

Saya nak ajak ibu-ibu sekalian untuk menonton video 1 minit ini sebagai perkongsian dari seorang mama hebat semasa dia sedang hamil. Serius, kalah orang yang tak mengandung. Terima kasih mama atas pengkongsian ini. 🙂

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Jom kita tengok apa yang lebih berkesan untuk membantu menghilangkan mabuk hamil. 

  • Lemon

Lemon mempunyai kuasa penenang yang semulajadi. Sama ada perah sedikit jus lemon ke dalam secawan air panas atau sejuk dan minum, ataupun memadai dengan menghidu hirisan lemon yang segar. 

  • Halia

Halia dihiris tipis dan masukkan ke dalam segelas air panas dan diminum.

  • Peppermint

Buat teh peppermint dengan menambahkan daun peppermint ke dalam secawan air suam dan biarkan seketika. Barulah diminum. Ataupun boleh ambil Peppermint-Ginger Plus

  • Vitamin B6

Kajian menunjukkan dengan pengambilan Vitamin B6 ini boleh mengurangkan rasa mual dan loya. Cadangan pengambilan adalah sebanyak 10-25miligram tiga kali sehari dan tidak melebihi 75miligram sehari.

  • Makan Kerap Tapi Dengan Kuantiti Yang Sedikit

Jangan biarkan perut kosong. Nanti kita dan baby tak sihat. Makan sikit-sikit dan perlahan-perlahan.

  • Banyakkan Minum Air

Yang penting keep hydrated. Kurang minum air juga boleh menyebabkan rasa morning sickness tu bertambah teruk

  • Selalu Isi Perut Dengan Biskut

Saya memang sentiasa standby biskut, dalam bag dan juga tepi katil. Tak kisah apa jenis biskut asalkan kita lalu nak makan

  • Makan Makanan Yang Kurang Menarik

Masa morning sickness, makanan yang jadi kegemaran kita pon kadang-kadang nak tengok pon tak boleh. Masa nilah kita sepatutnya kurangkan makan makanan pedas, berminyak dan berasid. Cuba makan makanan BRAT Diet

  • Makan Karbohidrat

Ramai berpendapat makan makanan tinggi karbohidrat akan mengurangkan morning sickness tapi jangan berlebihan tau! Nanti gemuk sangat pulak, HEHE.

  • Makan Makanan Tinggi Protein

Cubalah cari makanan yang tinggi protein yang bersesuaian dengan diri kita. Contohnya telur hancur ke, peanut butter ke, ESP ke.

  • Berehat dan tenangkan diri

Bila sedang berehat, ia sangat membantu anda mengatasi rasa mabuk hamil. Kerana, jika anda stress, ia hanya akan memburukkan lagi rasa mual. Cubalah berehat dengan cukup dan santai, sambil mendengar muzik, membaca buku bayi atau majalah kesayangan anda. Hadapilah kehamilan anda dengan kebahagiaan, kerana ini adalah anugerahNya.

  • Jangan bangun pagi terburu-buru

Apabila bangun pagi, elakkan terburu-buru. Cubalah duduk dahulu dan barulah bangun berdiri dengan perlahan.

Mesti ada juga yang tertanya-tanya, kenapalah selalu sangat mabuk teruk, setiap kali hamil. Sebenarnya, rasa loya atau mabuk adalah petanda baik, bahawa paras hormon kehamilan kita adalah tinggi. Ia keluar dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta kita mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan perkembangan bayi dalam kandungan. 

Ada orang kata, jika kita hamil dan mabuk teruk, risiko untuk berlaku keguguran adalah lebih rendah berbanding mereka yang langsung tak ada mabuk semasa hamil. 

Yang penting, jaga kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Kalau masih juga mengalami mabuk teruk sehingga menyukarkan anda untuk makan apa-apa, sila lah dapatkan nasihat dari doktor yer.

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 984 times, 6 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge