Ketahui Punca Keguguran Boleh Berlaku Pada Awal Kehamilan

By | July 26, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ..

 

Apakah Keguguran Awal Kehamilan

Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Agak malang kerana perkara ini kerap berlaku, malah tidak mustahil bagi anda mengalami keguguran walaupun sebelum anda tahu bahawa anda hamil. 

Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada semua telur yang disenyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini. 

Selepas ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan kehamilan itu akan gugur. Waktu inilah kebanyakan kes keguguran berlaku. 

Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan boleh jadi amat menyedihkan. Walaupun ia berlaku semasa awal kehamilan, adalah perkara biasa bagi seseorang wanita itu rasa terkejut dan kecewa. Jangan rasa bahawa anda tidak dibenarkan berkabung akibat kehilangan ini. 

Kenali Jenis-Jenis Keguguran

  • ‘Threatened miscarriage’. Diagnosis ini dibuat sekiranya terdapat pendarahan dari faraj, tetapi apabila imbasan scan dibuat, jantung janin dapat dilihat di dalam rahim. Pemeriksaan dalaman akan menunjukkan pangkal rahim masih tertutup. Doktor dapat memberikan ubat bernama Duphaston untuk menguatkan rahim dalam kes ini.
  • ‘Inevitable miscarriage’. Diagnosis ini dibuat sekiranya pendarahan banyak dari faraj dan kesakitan perut berlaku, tetapi apabila pangkal rahim diperiksa menunjukkan ianya sudah terbuka.
  • ‘Complete miscarriage’. Diagnosis ini dibuat sekiranya pendarahan dari faraj dan kesakitan perut berlaku. Di samping itu. terdapat ketulan darah dan daging / tisu yang keluar. Selepas ketulan darah atau tisu itu keluar, kesakitan dan pendarahan berkurangan. Apabila doktor memeriksa pangkal rahim, ianya sudah tertutup.
  • ‘Incomplete miscarriage’. Diagnosis ini dibuat sekiranya pendarahan dari faraj dan kesakitan perut berlaku. Di samping itu. terdapat ketulan darah dan daging / tisu yang keluar. Apabila doktor memeriksa pangkal rahim, ianya masih terbuka dan masih terdapat daging/ tisu janin di dalam rahim.
  • Missed miscarriage‘. Diagnosis ini selalunya akan dibuat semasa imbasan scan dibuat di mana janin dapat dilihat tetapi tiada degupan jantung dapat dikesan. Selalunya degupan jantung janin boleh dikesan pada minggu keenam kehamilan. Kadang-kala size kantung tersebut tidak membesar langsung. Wanita tersebut selalunya samada tidak mengalami sebarang simptom atau mengalami pendarahan faraj yang sedikit sahaja.
  • Blighted ovum’. Diagnosis ini akan dibuat semasa imbasan scan jika hanya kantung sahaja dapat dilihat. Sekiranya kantung bersaiz 20mm, tetapi tiada janin (‘fetal echo’) yang dapat dilihat. Diagnosis blighted ovum akan dibuat oleh doktor. Ini disebabkan oleh pembentukan uri sahaja dan janin tidak pula terbentuk.
  • Septic miscarriage’. Ini berlaku sekiranya terdapat infeksi rahim berlaku pada waktu yang sama dengan keguguran

Punca Keguguran Boleh Berlaku

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan keguguran berlaku dan ini berbeza antara keguguran yang berlaku pada trimester 1 dan 2 kehamilan: 

a) Kromosom yang abnormal pada janin. Ini adalah faktor utama keguguran berlaku pada trimester pertama

b) Implantasi yang tidak elok

c) Penyakit medikal yang kronik yang dihidapi oleh wanita tersebut

d) Infeksi faraj. Keguguran selalunya akan berlaku pada trimester kedua.

e) Trauma yang teruk pada wanita. Contohnya seperti ‘accident’ kereta/ motorsikal

f) Pangkal rahim yang tidak kuat yang dikenali sebagai ‘cervical incompetence’. Ini selalunya hanya akan menyebabkan keguguran pada trimester kedua.

g) Pengambilan makanan seperti buah nanas pada awal kehamilan, boleh merangsang hormon prostaglandin. Hormon prostaglandin ini selalunya digunakan oleh doktor bagi membantu ibu hamil sebagai ubat induce, iaitu untuk merangsang ibu untuk bersalin. Jika di ambil pada awal kehamilan, ia boleh mengundang kepada keguguran.

h) Pengambilan minuman air kopi atau teh pada awal kehamilan boleh menyempitkan salur darah dan menyebabkan fetus sukar untuk melekat. Ia perlu dielakkan terutamanya jika anda pernah mengalami keguguran sebelum ini.

i) Kurang pengambilan protein di awal kehamilan

j) Ibu hamil terlalu aktif semasa awal kehamilan. Ia biasa berlaku, jika ibu tersebut tidak menyedari beliau sedang hamil.

Wanita yang mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi

  • Umur wanita. Semakin berumur wanita tersebut semakin tinggi risiko untuk keguguran
  • Sejarah keguguran.
  • Penyakit medikal kronik seperti kencing manis, polycystic ovarian syndrom dan penyakit autoimmun seperti antiphospholid syndrom.
  • Sejarah keluarga baby abnormal
  • Pangkal rahim yang lemah (‘Cervical incompetence’)
  • Merokok
  • Meminum alkohol

Rawatan untuk keguguran

Ini terpulang kepada jenis keguguran yang berlaku. Antara rawatan yang akan diberikan:

  • Konservatif. Apabila masanya, janin yang tidak terbentuk normal akan jatuh dengan sendirinya. Oleh itu, boleh menunggu dalam anggaran 2 minggu dahulu.
  • D & C. (Dilatation & Curettage) Pembedahan minor di mana pencucian rahim akan dibuat untuk mengeluarkan janin yang tidak terbentuk dengan normal
  • ‘Medical termination’. Sejenis ubat khusus boleh diberikan samaada melalui faraj atau dimakan yang menyebabkan pangkal rahim akan terbuka dan janin tersebut jatuh keluar.

Hendaklah berbincang dengan doktor untuk rawatan yang mana paling sesuai untuk anda. Selepas keguguran, seelok-eloknya hendaklah menunggu selama 3 bulan sebelum mencuba untuk hamil semula.

Supplemen Shaklee Cadangan Untuk Mengelak Keguguran

1. Vita-E Complex

  • vitamin E membantu fetus melekat pada dinding rahim dengan lebih kukuh

2. Energizing Soy Protein

  • ESP mengandungi protein yang membantu mengekalkan paras imun sistem ibu pada tahap imun.
  • protein juga sangat penting dalam menyokong pertumbesaran janin

3. Sustained Release Vita-C Plus

  • Vitamin C membantu meningkatkan paras imunisasi bagi ibu hamil dan bayi yang di kandung
  • jika imun sistem ibu terlalu rendah, sistem pertahanan ibu mudah diserang virus walaupun oleh virus yang lemah.

Saya Nak Order Set Untuk Elak Keguguran

Harga Set Elak Keguguran ini hanya RM400 dan boleh bertahan sehingga 3-4 bulan.


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 552 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge