Kurangkan Sakit Dan Luka Semasa Bersalin Dengan Teknik Hypnobirthing

By | July 25, 2016

Assalamualaikum,

Setiap wanita yang hamil, tidak akan terlepas dari rasa gusar serta gundah bila memikirkan saat-saat bersalin yang bakal di lalui tidak lama lagi. Bagi ibu muda yang hamil anak sulung, sudah pastilah tiada pengalaman. Bila tiada pengalaman, perasaan takut serta panik akan mudah berlaku.

Tidak kurang juga bagi ibu-ibu yang ada pengalaman bersalin. Jika sebelum ini, asyik bersalin cara czer je, memang akan mudah rasa risau sebab takut-takut, kelahiran yang terbaru pun kena czer juga. 

Jadi, untuk membantu ibu-ibu yang sedang risau sekarang ni, saya nak berkongsi satu berita gembira. Berita gembira ini adalah salah satu cara bersalin yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan luka akibat bersalin. Cara ini dikenali sebagai Hypnobirthing.

Pernah dengar perkataan hypnobirthing?

Apakah Hypnobirthing?


Hypnobirthing ini merujuk kepada kaedah hipotesis yang dilakukan oleh pakar semasa ibu ingin bersalin, agar terhindar dari rasa stress dan sakit semasa bersalin. Dalam erti kata lain, hypnobirthing ini adalah bertujuan untuk membantu agar ibu hamil lebih tenang dan sentiasa berfikir positif agar ia dapat bersalin dengan mudah dan lancar.

Apakah Kelebihan Hypnobirthing?

  1. Teknik pernafasan hypnobirthing membuatkan anda lebih tenang, sekaligus mengelakkan sindrom takut-tegang-sakit, sebelum, semasa dan selepas kelahiran.
  2. Mengurangkan penggunaan ubat penahan sakit. Malah, dalam kebanyakan kes, ia langsung tidak diperlukan.
  3. Ia memendekkan fasa pertama proses bersalin.
  4. Ia mengelakkan rasa letih sepanjang proses bersalin. Anda akan sentiasa segar, tidak mengantuk dan kekal bertenaga apabila tiba waktu bayi di lahirkan.
  5. Mengurangkan risiko masalah pernafasan agar anda mampu mengekalkan bekalan oksigen berpanjang kepada bayi.
  6. Mengurangkan keperluan episiotomi
  7. Membantu proses pemulihan di dalam masa yang singkat.

Perkongsian mereka yang pernah mengamalkan hypnobirthing – KLIK SINI

Cara Latihan Hypnobirthting

Teknik ini boleh dimulakan dari awal kehamilan lagi sehingga akhir kehamilan agar ia lebih mudah berkesan. Berikut adalah cara mudah teknik hypnobirthing.

  • Duduk bersila dalam keadaan rehat.
  • Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali.
  • Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali. Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali.
  • Kemudian berbaring dengan santai.
  • Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas.
  • Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula.
  • Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan.
  • Tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan dalam kiraan 8 dan lepaskan melalui mulut. Lakukan 8 kali.
  • Tutup mata dalam kiraan 8 dan buka perlahan-lahan.
  • Perhatikan pada satu titik sehingga mata terasa ingin tertutup, tutup mata perlahan-lahan.
  • Masukkan fikiran positif. Contohnya, “Semoga bayi dalam kandunganku membesar dengan sihat. Aku akan melahirkan dengan cara yang tenang, tidak menyakitkan diriku dan anakku”.
  • Ketika sudah selesai memasukkan fikiran positif, tarik nafas dalam melalui hidung dan hembus semula melalui hidung. Kembali semula kepada keadaan normal.

Semoga latihan teknik ini dapat membantu puan-puan agar bersalin dengan lancar dan kurang rasa sakit. 

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 509 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge