Kenali Jenis Kulit Muka Anda Sebelum Membuat Pembelian Produk Sembarangan

By | July 4, 2016

Adakah anda kenal jenis kulit muka anda sendiri? Jenis-jenis kulit muka terdiri daripada 4 jenis seperti berikut,

  1. Kulit Normal
  2. Kulit Kering
  3. Kulit Berminyak
  4. Kulit Kombinasi

1. Kulit Normal

  • Jumlah minyak semulajadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit
  • Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil
  • Jenis kulit seperti ini, mempunyai kandungan air yang mencukupi
  • Bagi sesiapa yang memiliki kulit seperti ini, boleh dilihat sama ada liang roma muka anda masih kecil
  • Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis
  • Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau.
  • Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat
  • Pipinya juga tidak selalu kering

Penjagaan :

  • Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan
  • Gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma
  • Gunakan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas

2. Kulit Kering

  • Menghasilkan kurang sebum, jadi muka tidak kelihatan berkilat
  • Kebanyakan mereka yang memiliki kulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan
  • Kulit ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa
  • Perlu memberi perhatian yang lebih terhadap garis-garis halus yang timbul ketika di mamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi

Penjagaan :

  • Gunakan pencuci muka yang berbuih
  • Biarkan ia diatas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut.
  • Cuci dengan air sejuk.
  • Pastikan krim pelembap yang digunakan mempunyai tahap kelembapan yang tinggi

3. Kulit Berminyak

  • Mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang yang itu nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri
  • Liang romanya juga besar
  • Mudah mendapat jerawat

Penjagaan:

  • Bersihkan muka dengan pencuci muka, kemudian gunakan losen penegang kulit
  • Gunakan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.

4. Kulit kombinasi

  • Gabungan dari ketiga-tiga jenis kulit di atas
  • Secara amnya, kulit ini kelihatan normal, tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu terasa kering dan berminyak
  • Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T

Penjagaan:

  • Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi
  • Gunakan krim permbersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering
  • Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering
  • Akhirnya, gunakan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering

Berminat untuk memiliki set kecantikan kulit Shaklee?

Semua vitamin ini sesuai untuk semua jenis kulit. Ia sangat sesuai untuk orang ingin mencantikkan kulit serta membantu mereka yang mempunyai kulit bermasalah.

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 139 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge