Anda pengguna tegar dan ingin berjimat dengan pembelian produk pada harga ahli sejurus selepas jadi ahli Shaklee? Selain penjimatan setelah daftar ahli Shaklee, anda juga inginkan cashback yang terus dimasukkan ke akaun bank anda? Nak tak kalau saya ceritakan bagaimana orang biasa-biasa tanpa darah keturunan raja pun boleh gandakan wang yang Shaklee berikan, SETIAP BULAN?

Jika anda juga salah seorang pengguna bijak, teruskan membaca…

3 Kelebihan Utama Jadi Ahli Shaklee

Sebelum pergi lebih jauh, ingin saya kongsikan faedah utama jika daftar ahli Shaklee sekarang:

red-number-1 jadi ahli shaklee Kelebihan Jadi Ahli Shaklee Dengan Group Yg Bukan Haram Jadah red number 1Jadi Ahli Shaklee untuk Pembelian dengan Harga Ahli.

Jika anda membeli mana-mana produk Shaklee hari ini, anda tidak layak mendapatkan harga ahli yang 20% lebih jimat daripada harga runcit. Hanya dengan jadi ahli Shaklee saja anda boleh jimat 20%, mudah bukan? Jika purata pembelian produk Shaklee oleh setiap pengguna sekitar RM1,000 setahun, anda sudah jimat RM200! Anda tidak perlu lagi pening kepala berkira-kira untuk membeli mana-mana vitamin terbaik Shaklee sama ada untuk diri sendiri mahupun orang tersayang seperti suami, mak/ayah & anak-anak.

jadi ahli shaklee jadi ahli shaklee Kelebihan Jadi Ahli Shaklee Dengan Group Yg Bukan Haram Jadah 57189Jadi Ahli Shaklee kerana Keahlian Seumur Hidup.

Kad AEON MEMBER; atau lebih dikenali sebagai kad ahli Jusco, pun mengenakan yuran tahunan sebanyak RM12 jika ingin kekal sebagai ahli. Itupun, bukan dapat diskaun produk Jusco sangat pun, cuma setakat 3-5% atau kumpul mata ganjaran yang 95% daripada kita tidak pernah tebus sampai keahlian tamat. Langsung berbeza dengan keahlian Shaklee, bukan sekadar jimat 20% tetapi juga tiada sebarang yuran tahunan sama sekali seumur hidup! Bayangkan jika umur anda 30 tahun dan purata jangka hayat kita sekitar 70 tahun, anda tidak perlu bayar satu sen sekalipun sepanjang 40 tahun jadi ahli Shaklee. Kalau diambil kira RM12 yuran tahunan Jusco sebagai kayu pengukur, anda dah jimat RM480!

jadi ahli shaklee jadi ahli shaklee Kelebihan Jadi Ahli Shaklee Dengan Group Yg Bukan Haram Jadah 1609047333 1396672178Jadi Ahli Shaklee untuk Loyal Cash Rebate.

Dah lah anda dapat membeli dengan harga ahli yang jimat hingga 20%, Shaklee juga membayar anda bonus sehingga 21%. Secara kasarnya, jimat hingga 41%! Apa lagi yang lebih menarik daripada membeli produk yang kita cintai untuk diberikan bonus kemudiannya, kan? Lebih menarik, Shaklee tidak pernah gagal atau lewat dalam membayar bonus setiap ahli-ahlinya sejak 1995 ditubuhkan di Malaysia. Justeru, anda tidak perlu risau “bila la nak masuk bonus Shaklee nie…”.

Jadi Ahli Shaklee jadi ahli shaklee Kelebihan Jadi Ahli Shaklee Dengan Group Yg Bukan Haram Jadah 10151415 10152139665269370 3243881604569555544 n
Sumber: http://healthierlife4uandme.blogspot.com

Ada 1001 lagi faedah lain yang bakal anda perolehi selepas jadi ahli Shaklee sekarang. Antaranya ialah faedah bonus kereta setiap bulan dan Umrah atau percutian luar negara untuk seisi keluarga setiap tahun; di samping ganjaran tunai setiap kali dinaikkan ke mana-mana Rank atau Pangkat Shaklee.

Sebelum teruja tak tentu pasal sampai nak daftar dengan kawan sebelah, adik beradik atau sanak-saudara, suka saya ingatkan bahawa kebolehan mendapatkan mana-mana 1001 ganjaran di atas banyak bergantung kepada dengan siapa anda daftar ahli Shaklee. Jadi ahli Shaklee secara semberono bukan saja merugikan, malah PASTI menjadi mimpi paling ngeri dalam hidup anda.

5 Punca & Kesan Buruk Jika Anda Mendaftar Secara Semberono 

1. Daftar ahli Shaklee dengan orang terdekat semata-mata

Ini merupakan punca yang paling kerap dan sering terjadi. Atas dasar konon-kononya nak menyokong kawan-kawan atau saudara-mara, mereka mengambil keputusan untuk daftar ahli Shaklee dengan orang terdekat. Jangan salah faham, langsung tidak menyalahi mana-mana etika atau undang-undang untuk kita daftar sebagai ahli Shaklee dengan sesiapa pun yang kita suka/mahu; lebih-lebih lagi kawan-kawan atau saudara-mara.

Cuma pastikan yang anda sedar akan risiko yang diambil; jika orang yang anda pilih tu tak tahu bagaimana nak mengusahakan perniagaan Shaklee, anda pasti takkan di ajar bagaimana cara paling selamat dan menguntungkan untuk memulakannya.

Apa yang nak diajar/dikongsikan kalau dia sendiri pun tak tahu apa-apa? Betul kan? Justeru kalau nak daftar dengan ahli keluarga sebagai penaja Shaklee sekalipun, pastikan sedikit sebanyak dia juga faham tentang konsep perniagaan sebegini.

2. Daftar ahli Shaklee dengan Penaja yang tak cukup aktif

Susulan daripada kisah di atas, majoriti orang terdekat tidak cukup aktif dalam perniagaan Shaklee. Aktif di sini bukan bermaksud perlu Pangkat yang tinggi-tinggi dalam Shaklee semata-mata; seperti Master CoordinatorKey Coordinator & sebagainya, tetapi seseorang yang aktif menjual produk Shaklee sama ada secara online mahupun offline. 

Akibat daftar dengan penaja yang tidak cukup aktif ialah, kita tidak up-to-date dengan sebarang pengumuman pihak Shaklee. Memandangkan Shaklee sentiasa memperbaiki peraturan mengerjakan perniagaan Shaklee bagi menjamin kelangsungannya dalam jangka-panjang, tidak up-to-date boleh membawa padah jika kita ter-buat salah sebab tidak diberitahu. Sama ada keahlian digantung ataupun dibatalkan sama sekali!

3. Daftar ahli Shaklee dengan Penaja yang tak tahu promosi

Penaja yang tidak cukup aktif biasanya tidak menyediakan sebarang sesi bimbingan dan sokongan yang berterusan. Akhirnya, anda terkial-kial keseorangan mengusahakan perniagaan ini dalam gelap. Secara jujurnya, anda pasti banyak menghabiskan banyak masa tercari-cari maklumat yang sepatutnya disediakan dari hari pertama anda daftar menjadi ahli Shaklee.

jadi ahli shaklee daftar ahli shaklee Daftar Ahli Shaklee Mimpi Paling Mengerikan. Ini Sebabnya confused womanKalau ada satu perkara terpenting; selain kaedah penggunaan produk Shaklee, yang penaja anda perlu tahu ialah cara membuat promosi yang tepat, efektif dan berkesan.

Bagaimana nak lakukan promosi secara online/offline? Langkah demi langkah bagaimana nak mula?

Dan memandangkan kebanyakan pengedar baru mengerjakan perniagaan Shaklee ni secara sambilan, anda perlu diajar teknik pemasaran terbaik untuk menghasilkan jualan supaya tidak menjejaskan kualiti kerja di pejabat.

Akibat tidak mendapat bimbingan daripada penaja yang baik ialah kalau orang lain boleh mewujudkan blog sendiri dalam masa satu-dua jam, anda memerlukan seminggu-dua. Kalau blog orang lain boleh mendatangkan 50-1000 pelawat setiap hari, blog anda hanya mampu menarik 1-5 orang saja. Lebih penting, kalau blog orang lain mampu menghasilkan jualan hingga berpuluh hingga ratusan ribu sebulan, blog anda paling tinggi pun cuma seribu dua saja. Begitulah pentingnya memiliki penaja yang tahu promosi.

4. Daftar ahli Shaklee dengan Penaja yang suruh jual murah

Akibat tidak tahu teknik pemasaran yang tepat; tapi begitu terdesak nak naik pangkat, ada penaja yang sanggup melanggar etika dengan merendah-rendahkan harga jualan. Tindakan tidak profesional sebegini bukan saja menindas pengedar Shaklee yang lain secara terang-terangan, malah boleh menyebabkan keahlian Shaklee dibatalkan serta-merta.

daftar ahli shaklee daftar ahli shaklee Daftar Ahli Shaklee Mimpi Paling Mengerikan. Ini Sebabnya iStock price cutPerlu diingat, ini bukan soal dengki. Akan tetapi, tindakan proaktif Shaklee bagi memastikan setiap pengedarnya yangdaftar ahli Shaklee tidak berlumba-lumba menjatuh-jatuhkan harga semata-mata untuk masing-masing naik pangkat hingga boleh merosakkan pasaran sedia ada. Budaya rakyat Malaysia berniaga, langsung tidak kreatif dalam perniagaan hingga terdesak menjadikan harga produk sebagai satu-satunya faktor jualan.

Saya tidak mencadangkan anda daftar ahli shaklee dengan penaja sebegini kerana hak keuntungan anda dinafikan dengan diskaun yang tidak berpatutan. Peniaga yang bijak sepatutnya memberikan nilai, bukan diskaun semata. Justeru, penting untuk daftar dengan penaja yang memiliki kepakaran dalam bidang pemasaran dan promosi. Sekurang-kurangnya, penaja tersebut mesti tahu teknik pemasaran dan promosi yang membolehkan jualan tetap memberangsangkan tak kira berapa pun harga.

5. Daftar ahli Shaklee dengan Penaja Haram Jadah

Walaupun agak bosan untuk diceritakan, saya masih terpaksa mengulas sedikit tentang sifat-sifat penaja haram jadah ni memandangkan ia sesuatu yang sangat serius. Model perniagaan MLM ni sebenarnya bagus, menggalakkan kerjasama berkumpulan serta sistem sokongan daripada penaja yang berkebolehan dan berpengalaman secara berterusan, PERCUMA.

Namun, sebagus mana sekalipun sesuatu itu, kalau jatuh ke tangan orang yang berniat kurang baik pasti akan disalahgunakan. Contohnya penaja jenis haram jadah ni. Sepatutnya prestasi setiap pengedar adalah berasaskan jumlah jualan produk yang sampai ke tangan pengguna. Namun ada pengedar yang mengambil kesempatan memaksa anak buah mereka untuk membeli stok hingga puluhan ribuan ringgit sebelum diajar teknik pemasaran yang benar bagaimana menjual produk-produk tersebut.

Ini yang banyak kita dengar kawan-kawan atau saudara-mara kita daftar MLM dengan kos puluhan ribuan ringgit (hingga menuntut membuat pinjaman bank kononnya “modal perniagaan”) tapi sampai ke sudah stok-stok tersebut tersorok di bawah katil.

Tidak salah untuk membuat stok agar tidak terlalu kerap ulang-alik ke pejabat MLM setiap kali pelanggan membuat pembelian, tetapi komitmen hingga puluhan ribuan ringgit sebelum diajar teknik pemasaran untuk menghabiskannya sangat berisiko tinggi.

Apa yang terjadi ialah, mangsa-mangsa pengedar yang daftar dengan penaja haram jadah sebegini terpaksa menjual semua stok-stok tersebut dibawah harga kos semata-mata untuk membayar semula pinjaman bank tadi. Dalam Shaklee, keahlian anda PASTI ditamatkan serta-merta! Elok-elok Shaklee boleh mengubah kualiti hidup anda, diakhiri dengan masa depan yang sangat suram. Sangat merugikan, bukan?

Oleh kerana penaja-penaja haram jadah sebegini tiada kepakaran sewajarnya dalam bidang pemasaran produk, mereka terpaksa menjual cara hidup yang mewah bagi meyakinkan bakal prospek yang “mereka sudah berjaya”. Ini yang kadang-kadang suka bergambar di depan kereta-kereta mewah, barang-barang berjenama serta pakaian-pakaian fesyen terkini seorang DIVA. Perkara ini sangat subjektif. Tapi bagi kami; jika anda benar-benar bagus, anda tak perlu pengesahan sesiapa mahupun apa-apa hingga memaksa untuk berlakon dan menunjuk-nunjuk apa yang kita ada. Kredibiliti terbit daripada kebolehan diri, bukan harga yang kita ada mahupun fesyen yang kita ikuti.

Berminat untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya hari ini.


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 139 times, 1 visits today)
Kelebihan Memilih Upline Yang Betul Jika Ingin Serius Buat Bisnes Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Click To Folllow My Blog

Get the latest posts delivered to your mailbox: