Resepi Ayam Goreng KFC (Hot Spicy)

By | June 26, 2016

Assalamualaikum,

Mungkin resepi ni tak lah menghasilkan 100 peratus rasa sama macam ayam KFC, tapi boleh tahan jugak sedapnya.

Bila ada yang tengok resepi ni, mungkin ada yang terfikir bahawa harga semua bahan ini mungkin dah boleh mencecah RM50. Tapi, kalau di bandingkan dengan beli ayam KFC dengan harga RM50, berapa ketul boleh tuan puan dapat?

Saya belum cuba lagi resepi ni, sebab masih banyak lagi bahan yang saya tak jumpa. Lagipun anak-anak saya memang suka sangat makan ayam goreng macam ni.

Dahlah sekarang bulan puasa. Haha.. telan air liurlah bila tengok gambar sedap ni. haha..

Gambar dari pakcik google

Resepi Ayam Goreng KFC (Hot Spicy)

Bahan-Bahan: Perap untuk 1-2 jam

  • 1 ekor ayam potong
  • 7 ulas bawang putih tumbuk
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu serbuk kari ayam
  • 3 sudu serbuk pasti sedap
  • sedikit soda bikarbonat
  • sedikit garam
  • sedikit air

Bahan-Bahan: (Tepung Salut)

  • 2 cawan tepung jagung
  • 3 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk lada putih
  • sedikit serbuk bawang putih
  • sedikit serbuk five spice
  • sedikit serbuk oregano
  • sedikit serbuk thyme
  • sedikit soda bikarbonat
  • 1 biji telur

Cara-Cara

  • Perap ayam 1-2 jam dengan bahan-bahan perapan tadi
  • Gaul ayam selama 3 minit bersama bahan-bahan tepung salut
  • Selepas itu pukul telur, golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam
  • Selepas itu gaul selama 3 minit bersama tepung salut. Pastikan gaul sehingga terdapat keringtingan pada kulit ayam tersebut.
  • Goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas dalam 15 minit sehingga masak.

Note: Pastikan api dapur tidaklah terlalu besar untuk mengelakkan minyak masak tersebut hitam.

Selamat mencuba. 🙂

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 3,981 times, 1 visits today)

One thought on “Resepi Ayam Goreng KFC (Hot Spicy)

  1. baker

    Pengalaman saya kerja sbg tukang masak kat kfc, tepung ayam original yg kami terima dah siap dicampur dengan rempah2 rahsia yg kami sendiri tak tahu,xde perap2.Kami cuma ambil ayam dan gaulkan kedalam tepung selepas tu goreng dgn pressure cooker. Penah bawak balik tepung ayam original kat rumah,masak kat rumah dengan dapur biasa..masih lg tak sama..mungkin sebab faktor suhu sebab tak guna pressure cooker atau juga sebab minyak..kat kfc kami guna minyak sayuran dlm tin yg pekat mcm minyak sapi tu..tu rahsia ayam tak berminyak sgt. Ayam spicy ade proses perapan dengan chilli powder..perap at least 2 jam dan lepas tu gaul dlm tepung mcm biasa, tepung ayam spicy sgt halus dan soft..boleh dikatakan mcm bedak..sebab tu kerak ayam spicy cantik

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge