Assalamualaikum,

Memandangkan biskut Almond London ni adalah antara biskut kegemaran saya, all the time punya favourite tau.. saya cari punya cari, sebab nak cuba sendiri suatu hari nanti. InshaAllah, kalau saya dah ada oven sendiri di rumah. hehe..

Sedap sangat biskut ni tau, sampaikan masa saya sedang menulis ni pun, terasa rangup dan sedapnya coklat almond ni. Padahal tengah berpuasa. hahaa..

Saya risau sangat, saya akan terhilangkan resepi ni, walaupun dah print out. Sebab anak-anak saya jenis memang pantang nampak kertas. Sekelip mata je kertas ni boleh hilang, kalau mereka terjumpa. Lepas tu, diaorang akan koyak kecil-kecil. haha..

Sebab tu lebih selamat, kalau simpan dalam blog. Betul tak? haha

Resepi Biskut Almond London

Bahan-Bahannya: 

Anggaran dalam 120 – 150 biji

  • 250 gm butter
  • 450 gm tepung gandum
  • 2 sudu kecil emplex
  • 140 gm gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 150 biji badam – di panggang

Untuk menyalut biskut

  • Cawan kertas secukupnya
  • Coklat masakan secukupnya
  • Badam cincang – yang di panggang

Cara-Caranya:

  1. Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 – 20 minit atau sehingga badam masak sempurna
  2. Ayak tepung dan emplex ketepikan
  3. Pukul butter, gula icing dan esen vanila hingga lembut
  4. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna
  5. Masukkan tepung dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut
  6. Bulatkan doh seberat 6 gm. Letakkan sebiji badam di dalamnya dan bulatkan membujur
  7. Buat hingga adunan habis dan susur dalam loyang
  8. Panaskan oven 150 C dan bakar biskut masak sempurna.
  9. Keluarkan biskut setelah masak dan susun atas reda sehingga ia sejuk.
  10. Cairkan coklat secara double boiler. Ambil biskut tadi dan celup dalam coklat. Letakkan dalam cup kertas. Taburkan badam dan biarkan ia mengeras. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
  11. Boleh juga hiaskan ikut citarasa masing.

selamat mencuba untuk raya ni.. 🙂


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 175 times, 1 visits today)
Resepi Raya – Biskut Almond London

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Click To Folllow My Blog

Get the latest posts delivered to your mailbox: