Rasa Sakit Dan Lenguh Semasa Hamil, Boleh Ke Nak Berurut?

By | June 23, 2016

Salam Ramadhan semua.. 🙂

Bagaimana keadaan ibu-ibu hamil hari ini? Sejak akhir-akhir ni, saya kerap terbaca pertanyaan dari rakan-rakan yang sedang hamil, terutamanya ibu muda, mengadu masalah sakit belakang, sakit pinggang, sakit lutut. Bahkan ada juga yang bertanya, boleh tak kalau mereka berurut, bagi membantu memberi kelegaan kepada tubuh mereka.

Suka untuk saya ingatkan rakan-rakan yang sedang hamil, bahawa berurut semasa hamil dan semasa tidak hamil adalah sesuatu yang sangat berbeza. Risiko untuk ibu hamil berurut lebih tinggi berbanding mereka yang tidak hamil.

Bagi mereka yang merancang hendak berurut, usia kandungan mestilah dah mencapai usia trimester kedua. kerana, pada trimester kedua, risiko untuk keguguran lebih rendah berbanding trimester pertama. Bahkan, kebanyakkan ibu hamil, pada trimester kedua, morning sicknes mula berkurangan.

Tetapi, jika anda tanya pada doktor, mereka tetap tidak menggalakkan anda untuk berurut. Ini kerana, jika tukang urut tersebut tersilap bahagian urut, ia boleh mengundang bahaya kepada anda serta bayi di dalam kandungan. Silap hari bulan, rahim anda akan mengecut dan boleh menyebabkan keguguran.

Jadi, Boleh Ke Wanita Hamil Berurut?

Tidak di nafikan, bila berurut, ibu hamil akan meningkatkan kepekatan hormon serotonin dan hormon dopomin, iaitu hormon gembira. Sebab itu, bila berurut, tubuh badan akan menjadi lebih tenang dan kurang stress. Peningkatan hormon ini juga membantu agar ibu hamil lebih bertenaga dan bersemangat. Di mana hormon-hormon ini sangat penting kerana ia membantu mengurangkan komplikasi dan rasa sakit semasa bersalin.

Manakala, hormon cotrisol dan norepinehprine iaitu hormon yang menyebabkan emosi mudah tertekan akan berkurangan, sekaligus membantu ibu hamil berasa lebih tenang. Ini kerana hormon cotrisol dan norepinehprine ini akan menyebabkan ibu cepat marah dan mudah putus asa.

Berurut bukan sahaja dapat mengurangkan kesakitan pada tulang dan sendi, bahkan ia boleh membantu ibu-ibu yang berada di trimester akhir mendapat tidur yang lebih lena.

Kalau Saya Berurut, Adakah Bahagian Yang Perlu Di Elakkan?

Ya! Bagi ibu hamil, terdapat beberapa bahagian tubuh yang perlu dielakkan semasa berurut. Antaranya ialah, urutan pada bahagian abdomen perlu di elakkan. Ini kerana, urutan pada bahagian abdomen akan merangsang rahim ibu untuk mengecut dan boleh mengundang keguguran.

Pengurut yang pandai mengurut ibu hamil, tidak akan mengurut dengan terlalu kuat pada bahagian otot paha dan betis, kerana bimbang darah beku yang telah terbentuk di situ akan tertanggal dan memasuki saluran darah.

Serpihan darah beku ini akan membentuk thrombus dan membolehkan stroke berlaku. Kesilapan oleh pengurut yang tidak bertauliah adalah dengan menggunakan hujung kuku untuk menekan ke dalam otot, menyebabkan rasa sakit dan meninggalkan bekas pada badan orang yang di urut. Cara ini boleh mengundang kemudaratan kepada orang yang di urut.

Selain bahagian abdomen, bahagian pergelangan kaki dan pergelangan tangan juga adalah bahagian yang paling sensitif dan perlu diberikan urutan yang perlahan sahaja. Memadailah urutan tersebut untuk memberi keselesaan dan kelegaan kepada ibu hamil.

Jika anda berasa sakit ketika sedang berurut, seolah-olah rasa hendak bersalin, cepat-cepat beritahu pada tukang urut untuk memberhentikan urutan dan dapatkan konsultasi dari doktor gynae secepat mungkin.

Siapakah Wanita Hamil Yang Tidak Di Galakkan Untuk Berurut?

Tidak semua ibu hamil boleh berurut. Antara mereka yang tidak di galakkan untuk berurut adalah,

  • Kehamilan bersama penyakit hypertension & pre-eclampsia
  • Pernah mengalami kelahiran pra-matang
  • Pernah keguguran
  • Usia kandungan kurang dari 12 minggu

Ingin Tahu Salah Satu Cara Yang Paling Selamat Tanpa Perlu Berurut?

Ramai ibu hamil yang sudah mencuba Ostematrix dan B Complex. Mereka sangat mengagumi keberkesanan kedua-dua vitamin ini. Ostematrix sangat membantu ibu hamil dalam mengurangkan masalah sakit sendi, kebas kaki, kejang otot, lenguh pinggang serta masalah sukar tidur.

Manakala B Complex, membantu dalam meningkatkan kepekatan hormon serotonin sekaligus membantu mengurangkan rasa tertekan dan stress pada ibu hamil.

Testimoni Mereka Yang Mengambil Set Ibu Hamil Terbaik Shaklee


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 1,045 times, 2 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge