4 Tips Terhebat Untuk Tingkatkan Kesuburan Bagi Pasangan Yang Inginkan Anak

By | June 15, 2016

Mempunyai cahaya mata sendiri, adalah impian setiap pasangan.. Tiada pasangan yang dah berkahwin, akan mengatakan, bahawa mereka lebih suka tinggal berdua.. Betul tak?

Jadi, saya ingin berkongsi 4 tips hebat untuk memperhebatkan lagi kesuburan anda dan pasangan anda.

 

1) Kesuburan Wanita + Kesuburan Lelaki

Kedua-dua isteri dan suami memainkan peranan penting bagi menjayakan usaha untuk hamil ini. Oleh itu, secara menyeluruhnya kesuburan wanita dan kesuburan lelaki amat penting dalam usaha mendapatkan cahayamata. Di bawah ini saya ringkaskan apa yang diperlukan untuk kesuburan wanita dan kesuburan lelaki sekurang-kurang untuk 1 hingga 6 bulan sebelum perancangan untuk hamil:-

Kesuburan Wanita 

Anda hendaklah peka dengan mengenalpasti hari subur anda setiap bulan. Pastikan kitaran haid anda dalam keadaan normal iaitu 28-30 hari dalam satu kitaran setiap bulan. Ini untuk memudahkan anda tahu hari subur anda akan jatuh pada hari ke-13 dan ke-14. Jika kitaran haid anda tidak menentu, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organic serta mengawal berat badan dengan bersenam secara teratur.

Makanan yang perlu anda elakkan jika ingin hamil adalah kafein, alcohol, coklat, tuna, daging @ telur separuh mentah dan makanan segera yang mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan, lemak trans (trans fat), perisa tiruan, dan MSG seperti KFC, McDonald, burger, Kentang goreng (French Fries) dan sebagainya.

Banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan serta kekacang yang kaya protin. Anda juga digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas air kosong sehari serta penting sekali lagi mengamalkan pemakanan yang seimbang. ·

Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin seperti alat-alat bercucuk-tanam (gardening products). ·

Pastikan anda mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari (Set Kesuburan Wanita) bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.

Bagi wanita yang mengalami tiub fallopio tersumbat atau berumur 30 tahun ke atas, anda digalakkan mengambil GLA Complex untuk meningkatkan bendalir mukus subur yang melindungi sperma ketika bersama.

Kesuburan Lelaki

Untuk memastikan penghasilan sperma yang sihat, anda digalakkan mengurangkan @ berhenti merokok, tidak memakai seluar yang ketat, elakkan mandi air panas dan sauna serta amalkan senaman yang teratur.

Pastikan anda juga merancang masa untuk bersama isteri selari dengan hari subur isteri untuk bercuti agar tidak tertekan dan anda akan lebih gembira bersama isteri anda.  Anda digalakkan minum kopi dan mengambil bawang putih serta mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organik. ·

Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin racun serangga perosak, lead dan larutan organik.

Pastikan anda juga mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari (Set Kesuburan Lelaki) bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.

 

2) Posisi Hubungan Seksual Untuk Hamil

Walaupun belum terdapat bukti yang kukuh bahawa posisi seksual tertentu lebih baik dari posisi seks yang lain dapat meningkatkan potensi kehamilan, karana kehamilan selalunya mungkin terjadi selama penis berada dalam vagina sewaktu ejakulasi.

Tetapi bagi anda yang mengidamkan kehadiran cahayamata, tidak ada salahnya mencuba tips posisi seks terbaik untuk hamil seperti dibawah ini 🙂

a- Yang pertama, posisi suami diatas adalah yang terbaik untuk ingin hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga panggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 menit atau lebih. Dan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar akan menyebabkan sperma tergenang dibelakang rahim saja dan sukar untuk berenang untuk mendapatkan sel telur. Sehingga menjadikan usaha anda sia-sia saja.

b- Yang kedua, posisi suami dibelakang dan berlutut, sementara isteri dalam keadaan seperti bersujud kerana dengan posisi seks ini, sperma akan terus ke rahim wanita untuk bertemu dengan sel telur. Walaubagaimanapun, kebanyakkan isteri tidak berasa selesa dengan dengan posisi ini.

Posisi seksual yang sebaiknya di HINDARI 

bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya saki-baki sperma yang sedikit saja yang mencuba berenang kearah sel telur.

Setakat ini, tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Ini kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi berlaku.

Namun anda digalakkan memberi masa untuk sperma berenang ke servik rahim. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksik untuk sperma yang menyebabkan sperma mati.

Posisi seksual hanyalah salah satu dari banyak perkara yang dapat anda cuba dalam berusaha untuk mendapatkan zuriat atau ingin hamil.

 

3) Tiga Rahsia Kehamilan

Bayi yang sihat tidak terjadi dengan hanya sperma bertemu sel telur. Terdapat 3 rahsia penting kehamilan untuk membolehkan kita menghasilkan fetus yang sihat dan agar ianya bertahan sehingga cukup bulan selama tempoh kehamilan.

Rahsia Pertama – Elakkan penghasilan telur dan sperma lama

Dalam kajian saya, penghasilan fetus yang sihat dan kuat, kedua-dua suami dan isteri hendaklah mengeluarkan telur dan sperma yang segar. Ini bermaksud elakkan hubungan seks beberapa hari sebelum hari subur isteri anda, kerana sperma boleh bertahan selama 3 hari. Selepas 3 hari sperma ini akan lama dan rosak.

Jika hari subur isteri jatuh pada hari ke-13 dan-14, maka anda digalakkan bersama setiap hari atau selang sehari pada hari ke-11, ke-12, ke-13 dan ke-14. Elakkan bersama selepas hari ke-14.

Contohnya hari pertama haid anda adalah 2/7/2009, maka hari subur anda adalah 14/7/2009 dan 15/7/2009. Anda digalakkan bersama suami sekerap yang mungkin atau selang sehari pada 12/7/2009, 13/7/2009, 14/7/2009 dan 15/7/2009 dan berhenti bersama pada hari yang berikutnya,iaitu 16/7/2009 untuk mengelakkan telur dan sperma sudah tamat tempoh bagi mengurangkan risiko keguguran.

Rahsia Kedua – Tingkatkan bilangan sperma sehingga hari subur

Bagi si suami pula, anda dinasihat tidak melakukan ejakulasi langsung 3 hari sebelum hari subur isteri anda bagi meningkatkan bilangan sperma dan menjamin kualiti sperma yang dihasilkan sehingga hari subur isteri anda

Rahsia Ketiga – Jangan cuba berkonsepsi jika hari subur (ovulasi) anda jatuh pada hari ke-17 atau lewat

Saya dapati masa optima untuk hari subur (ovulasi) adalah hari-14 atau awal, apabila peluang untuk menghasilkan fetus yang sihat adalah 90%. Jika hari subur anda jatuh pada hari ke-15 atau lewat peluang tersebut jatuh kepada 43%.

Hari subur yang lewat juga meningkatkan risiko keguguran kerana sel telur yang dihasil telah lama dan rosak, dimana ia akan mengurang penghasilan hormone progesterone, iaitu hormone yang menyiapkan uterus atau rahim anda untuk proses kehamilan dan menghalang kedatangan haid anda.

Kelewatan hari subur anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Oleh itu, saya nasihatkan anda semak balik pemakanan seimbang anda, mengawal berat badan anda dengan senaman yang teratur, pengambilan vitamin dan mineral yang secukupnya dan tidak tertekan(stress).

 

4) Sentiasa Berdoa & Bertawakal

Bagi yang beragama Islam kita digalakkan berdoa dan bertawakal. Mudah-mudahan dikurniakan apa yang kita idamkan. Di bawah saya sertakan doa untuk mendapat anak yang amat digalakkan baca setiap kali selepas solat:-

Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang amat ingin memiliki anak. Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan lahirnya seorang anak, Nabi Yahya as. Di sanalah Zakaria mendo’a kepada Tuhannya seraya berkata:

Dah bersedia untuk mengamalkan tips hebat ini? Saya doakan anda dan pasangan anda agar berjaya mendapat anak secepat mungkin, dengan izin-Nya jua. 🙂

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 370 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge