PUNCA KEGUGURAN

Keguguran adalah satu perkara atau situasi yang sebaik mungkin seorang wanita yang sedang mengandung cuba elakkan.Ini adalah kerana, keguguran boleh berlaku atas pelbagai jenis alasan dan penyebab. Kadang-kala keguguran boleh berlaku jika seseorang wanita itu tergelincir, makan sesuatu yang membuat rahimnya lemah, wanita tersebut melakukan aktiviti lasak dan tidak menyedari bahawa dia sedang mengandung.

Saya ingin berkongsi bersama anda, mengenai punca keguguran yang sering berlaku, menurut pengalaman seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, iaitu Prof. Datuk Dr. Hamid Arshat

Oleh: Prof. Datuk Dr. Hamid Arshat

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan

 

Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, bakal suami atau isteri, akan dikaji.

PUNCA KEGUGURAN

KEGUGURAN merupakan salah satu fenomena yang biasa. Bagaimanapun, keguguran merupakan sesuatu yang amat ditakuti bagi setengah-setengah wanita. Ada yang berpendapat, kalau boleh setiap kali mengandung, biarlah sehingga bayi yang dikandung selamat dilahirkan.

Ada di kalangan wanita mengandung dan mengalami keguguran berulang kali. Ikuti penerangan selanjutnya berdasarkan soal-jawab bersama Datuk Dr. Hamid Arshat.

 

SOALAN: Jika seseorang wanita mengandung dan kemudian mengalami keguguran berulang kali, apakah ini merupakan sesuatu yang normal?

JAWAPAN:

  • Wanita yang mengandung kemudian gugur, ia sebenarnya perkara biasa. Tetapi jika ia berlaku sekurang-kurangnya sehingga tiga kali berturut-turut, wanita ini mempunyai masalah dari segi kesuburan. Khususnya bagi wanita yang masih belum dikurniakan zuriat. Maksudnya setiap kali wanita ini mengandung, dia mengalami keguguran.
  • Keguguran yang berlaku biasanya wanita mengalami pendarahan. Pendarahan ini berlaku lebih banyak dari pendarahan haid. Namun ada juga yang mengalami pendarahan sedikit sahaja. Bagaimanapun, tak semestinya keguguran berlaku mengeluarkan darah.

 

SOALAN: Bagaimana pula yang dikatakan keguguran berlaku tanpa mengakibatkan pendarahan?

JAWAPAN: 

  • Jika pusingan haid seseorang wanita itu teratur, iaitu sebulan sekali, kemudian jika mengalami kelewatan haid seminggu misalnya, dia sudah boleh mengadakan ujian air kencing.
  • Jika ujian air kencing didapati positif, bererti wanita itu mengandung. Selepas dua minggu, doktor boleh melakukan scan ke atas kandungan wanita itu. Melalui scan tersebut, segumpal daging akan kelihatan dan di bahagian tengahnya ada denyutan jantung.
  • Tanda sedemikian akan kelihatan paling lewat sekalipun, dua bulan kandungan ia sudah boleh dilihat melalui scan. Namun, jika denyutan jantung itu tidak dapat dilihat sewaktu scan, biasanya , kandungan itu tidak dapat diteruskan.
  • Biasanya doktor akan memberi tempoh sehingga tempoh dua minggu lagi. Khususnya untuk wanita yang mempunyai pusingan haid tidak teratur.
  • Bukan semua orang mengalami pendarahan sewaktu keguguran. Ada kalangan wanita tidak mengalami pendarahan sebagai tanda dia mengalami keguguran. Contohnya, jika doktor melakukan scan, kandungan tidak membesar atau janin didapati tiada, walaupun tiada turun darah. Perkara ini menyebabkan orang percaya kandungan dimakan bunian.

 

SOALAN: Apakah tanda-tanda tertentu yang boleh menjadi petunjuk bahawa kandungan seseorang wanita itu kuat, atau tidak mudah mengalami keguguran?

JAWAPAN:

  • Sebenarnya menilai kandungan kuat atau tidak, kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif.

 

SOALAN: Apakah faktor yang menjadi penyebab kepada keguguran?

JAWAPAN: 

  • Sebenarnya kalau mengikut kajian, sebahagian besar wanita menganduang mengalami keguguran mungkin bakanya, iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.
  • Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan, tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan. Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.
  • Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom mereka abnormal. Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki.
  • Pasangan sedemikian tiada jalan lain selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam.

Faktor kedua:

Mungkin juga penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis (rahimnya jatuh ke belakang), dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang. Wanita yang mengalami penyakit endometriasis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah mencecah antara 4 hingga 5 bulan.

Faktor ketiga:

  • Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung. Wanita yang mengandung kadang tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, kemudian mengalami keguguran.
  • Apabila darahnya diperiksa, darahnya dijangkiti kuman. Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti kesan beberapa jenis virus CMG, herpes simpleks dan rubela.
  • Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-bati.
  • Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.

 

SOALAN: Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari keguguran berulangkali ini?

JAWAPAN:

  • Selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian mengesan virus dilakukan dan ia menjadi faktor keguguran, wanita itu perlu mengambil inisiatif untuk memperkuatkan ketahanan diri. Doktor boleh menasihatkannya untuk mengambil vitamin C dalam dos tinggi, dan multi- vitamin E.
  • Apabila seseorang mengandung sejak dari peringkat awal lagi, amalkan pemakanan berkhasiat, ambil juga asid folik dan vitamin yang disebutkan sehingga kandungan berusia tiga bulan.
  • Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung diberi rehat tiga bulan, dari bekerja. Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stress dari segi fizikal dan mental. Ada baiknya jika wanita ini berehat sehingga tiga bulan.
  • Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Di samping itu, jauhkan persetubuhan kerana adakalanya persetubuhan pada peringkat mengandung boleh menyebabkan rahim kuncup dan mengakibatkan keguguran.

 

SOALAN: Apakah ada kaedah lain untuk mengatasi masalah ataupun kaedah yang boleh dilakukan bersama rawatan yang diberikan secara moden bagi mengatasi keguguran secara berulangkali ini?

JAWAPAN:

  • Ada setengah cara rawatan pesakit dimasukkan ke hospital, rawatan secara gantian darah protein untuk memperkukuhkan darahnya. Ada juga yang percaya bahawa peranan makhluk halus menjadi penyebab kepada keguguran dan kecacatan. Bagi wanita yang sedang haid memang tidak boleh melakukan solat dan membaca quran, ketika itu gangguan boleh berlaku, khususnya jin. Oleh itu ada baiknya wanita yang sedang haid digalakkan membanyakkan membaca selawat ke atas nabi.
  • Bagi wanita mengandung dan mudah gugur, sewajarnya memperkuatkan rohani dengan mengamalkan bacaan ayat Kursyi sambil memegang rahim hingga tertidur.

 

Bagi wanita yang pernah mengalami masalah keguguran, Shaklee menawarkan beberapa supplemen yang boleh membantu mengembalikan kesihatan dalaman rahim anda, antaranya ialah :

1. Family wellness set (ESP, Vita-Lea, Vitamin C & B-Complex)

Kebaikan Family wellness set :

  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Membantu anda berasa lebih bertenaga
  • Menguatkan sistem imun anda
  • Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat

2. Vivix 

3. GLA Complex

gla complex

Fungsi GLA Complex :

  • Menurunkan kolesterol
  • Membantu melegakan sindrom pra-haid (PMS) seperti senggugut
  • Membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan
  • Membantu melegakan kesakitan & kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagladin E1

4. Vitamin E

vita-e

Fungsi Vitamin E :-

  • Menghalang Keguguran
  • Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush
  • Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran

 

TESTIMONI

 

 

BAGAIMANA NAK MEMBELI SET KUATKAN RAHIM SEMULA SELEPAS KEGUGURAN SHAKLEE?

1. Untuk Belian Atas Talian, Boleh KLIK DI SINI. Penghantaran akan di buat oleh Shaklee melalui Citylink atau Gdex.

2. Boleh juga untuk whatsapp akak terus dengan  KLIK DI SINI jika mempunyai masalah yang memerlukan konsultasi. InshaAllah, akak akan bantu sedaya mungkin.

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 947 times, 1 visits today)
Ketahui Punca Berlakunya Keguguran Yang Ramai Wanita Hamil Tidak Sedari
Tagged on:     

2 thoughts on “Ketahui Punca Berlakunya Keguguran Yang Ramai Wanita Hamil Tidak Sedari

  • October 19, 2016 at 4:22 pm
    Permalink

    Salam. Saya sedang pregnent anak ke-2. Masa pregnent anak pertama saya memang kawal pemakanan, lebih lagi makanan yang orang tua2 kata tak boleh makan seperti buah nenas, tapai, durian dll. Pernah saya teringin untuk makan pajeri nenas tapi tak berani makan sebab risaukan kandungan. Untuk kandungan ke-2 ni sekali lagi teringin untuk makan pajeri nenas, boleh ke saya makan? Teima kasih.

    Reply
    • October 19, 2016 at 11:28 pm
      Permalink

      Mengenai pengambilan makan semasa hamil, saya pernah terbaca perkongsian salah seorang doktor o&g, dia beritahu, bahawa pengambilan nanas tidak merbahaya untuk ibu hamil. Namun begitu, makan berpada-padalah. Jangan makan terlalu banyak macam orang biasa. Memadai makan untuk hilangkan rasa mengidam.

      Apa-apapun, jaga diri dan kandungan baik-baik yang puan. 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Click To Folllow My Blog

Get the latest posts delivered to your mailbox: