Cara Mengira Waktu Kesuburan Yang Betul Bagi Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

By | June 14, 2016

Rasa yang inginkan anak bagi pasangan yang sudah berkahwin adalah perkara lumrah. Namun, tidak semua pasangan yang bertuah, yang akan terus mendapat anak, tidak lama selepas berkahwin. Malahan, ada yang terpaksa melakuan beberapa kaedah untuk yang diperlukan demi mendapatkan anak. Ada yang melakukan anak tabung uji, pengovulan, malahan, ada yang masih mencuba dengan cara tradisional iaitu, dengan berurut. Apa-apa pun yang di lakukan, matlamat cuma satu, inginkan anak.

Sebagai seorang wanita, anda perlu mengetahui bila tempoh kesuburan anda. Ini adalah pengetahuan asas, yang anda perlu ketahui kerana, ia adalah tempoh yang paling sesuai untuk berlakunya ovulasi.

Bagaimana ingin mengetahui waktu subur anda?

Setiap wanita mempunyai kitaran haid, antara 28 atau 30 hari. Jadi, waktu kesuburan anda, adalah antara hari ke 10 dan hari ke 15.

Namun begitu, ia adalah bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur.. Bagaimana pula dengan wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur?

Ambil kalendar anda dan cuba tandakan pada kalendar tersebut, dengan menandakannya berdasarkan kitaran haid anda yang lepas, bagi mengagak masa kesuburannya.

Mulakan dengan menyimpan rekod bertulis kitaran haid selama 8-12 bulan berturut-turut. Tandakan hari pertama pendarahan haids sebagai hari pertama bagi kitaran haid itu.

Pilih kitaran haids yang paling panjang dan yang paling pendek. Tolakkan 18 daripada kitaran haid yang terpendek, dan ia adalah hari pertama bagi hari pertama kesuburan. Tolakka 11 daripada kitaran haid yang terpanjang dan tandakannya sebagai hari terakhir kesuburan.

Contoh:

Mac 29 hari
April 26 hari (Kitar haid terpendek)
May 30 hari
Jun 31 hari (Kitar haid terpanjang)
Julai 30 hari

 

Dalam contoh ini, kitar haid yang terpendek ialah kitaran haid yang mempunyai 26 hari manakala kitaran haid yang terpanjang ialah yang mempunyai 31 hari.. Tolakkan 18 dari 26 hari iaitu hari ke 8 sebagai hari subur yang pertama dan tolakkan 11 dari 31 iaitu hari ke 20 sebagai hari subur yang terakhir. Maka waktu subur antara hari ke 8 hingga hari ke 20.

26 hari – 18 hari = 8 (Hari ke-8, adalah hari subur pertama)

31 hari – 11 hari = 20 (Hari ke-20, adalah hari subur terakhir)

Jadi, peluang untuk hamil adalah lebih tinggi, jika melakukan hubungan suami isteri dalam tempoh kesuburan.

Mengagak dengan lebih tepat

newborn-baby-in-funny-hat

Kehamilan hanya akan berlaku jika ada kehadiran ovum iaitu pada pertengahan kitaran haid (bagi kitaran  haid yang tetap).

Setelah ovulasi, ovum akan hidup di luar ovari selama 24 jam manakala sperma yang telah dikeluarkan oleh suami pula boleh hidup selama lima hari di dalam badan wanita.

Maka dalam keadaan yang sempurna, waktu kesuburan hanya berlansung selama 6 hari, iaitu 5 hari sebelum ovum dikeluarkan dan 24 jam selepas ovum dikeluarkan (ovulasi).

Namun, semuanya bergantung kepada kehadiran mukus serviks yang baik, metabolisma sperma, daya tahan sperma itu, tahap pH pada vagina dan banyak lagi faktor yang tidak dikawal oleh manusia.

Maka saat yang benar-benar subur adalah sehari sebelum ovulasi dan sehari selepasnya. Peratusan kehamilan adalah lebih tinggi, lebih kurang 60%.

Jika kaedah menandakan kalendar ini menjadi sukar bagi sesetengah pasangan, terutama bagi si isteri yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur, ada beberapa cara lain untuk menentukan waktu subur.

Antaranya menggunakan alat untuk ujian air kencing. Ia boleh mengesan kenaikan hormon LH secara tiba-tiba yang berlaku 24 hingga 36 jam sebelum ovulasi. Apabilanya positif, lakukanlah hubungan badan pada malam tersebut kerana ia adalah waktu kesuburan anda.

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 807 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge