6 Cara Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Morning Sickness

By | June 10, 2016

Apakah mabuk hamil? 

Tiada seorang pun tahu kenapa tanda kehamilan pertama bagi ramai bakal ibu iailah kecenderungan untuk berkejar ke bilik air pada awal pagi. Oleh sebab sekitar lapan daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk, dan separuh daripada mereka muntah-muntah, ramai wanita menghabiskan minggu-minggu awal kehamilan dengan perasaan yang paling dahsyat dan tidaklah kelihatan ceria berseri-seri.

Mabuk hamil adalah kejadian medikal yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan, tetapi betapa teruk ianya dihidapi berbeza antara wanita.

Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila anda mula-mula bangun, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan atau menghidapi rasa loya ini bukan saja pada pagi, malah, tengah hari dan malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan.“Mabuk hamil pagi” adalah nama yang tak sesuai.

Ia mungkin lebih teruk pada waktu pagi, tetapi kebanyakan pesakit akan mengalaminya sepanjang hari sampai ke malam. Mabuk hamil boleh menguasai kehidupan anda untuk satu tempoh masa. Jika anda mengalaminya secara teruk, anda mungkin mendapati diri anda tidak dapat bekerja, menjaga anak kecil atau anak-anak lain, memasak, membeli-belah atau menguruskan rumah anda.

Sepatutnya anda berasa gembira dan teruja dengan kehamilan anda, tetapi, hakikatnya, anda merasa sengsara dan sakit, dan hubungan anda dengan suami, keluarga dan rakan-rakan mungkin menjadi tegang.Wanita yang menghidapi mabuk hamil secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang benar-benar memahami apa yang mereka sedang lalui. Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan.

Bentuk mabuk hamil yang paling teruk dipanggil gravidarum hyperemesis (bermaksud “muntah berlebihan semasa mengandung”). Jika anda muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka, anda mungkin menhidapi hyperemesis.

Tidak seperti penyakit kehamilan biasa, hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera yang boleh.

Mengapa saya berasa mabuk? 

Walaupun kenyataan ini tidak membantu mabuk anda, sebenarnya rasa mabuk merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi. Punca mabuk hamil tidak diketahui, ia difikirkan berkaitan dengan hormon gonadotrofin korion manusia (hCG).

Ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta anda mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi anda pada sekitar 12 hingga 14 minggu. Hormon lain seperti estrogen dan hormon tiroid tiroksina juga dikatakan bertanggungjawab.

Jika anda juga mengalami mabuk perjalanan, simptom anda boleh dikaitkan dengan gangguan dalam mekanisme mengimbang yang bertempat di telinga dalam anda. Punca mabuk hamil lain, yang jarang berlaku, termasuk gangguan kepada salah satu kimia “rasa seronok” otak, serotonin, atau jangkitan penghadaman bergelar helicobacter pylori.

Jika anda berasa letih, lapar, atau tertekan, loya itu mungkin menjadi lebih teruk, dan jika anda mengandung kembar dua atau tiga tahap hormon kehamilan anda adalah lebih tinggi, dan anda boleh mendapat penyakit mabuk yang lebih teruk.

Teori evolusi menyatakan bahawa peningkatan deria bau dan rasa loya wanita hamil adalah satu langkah perlindungan, yang menyebabkan kemungkinan dia dimudharatkan oleh racun atau toksin dalam persekitaran menjadi lebih kurang.

Biar apapun sebabnya, diserang mabuk hamil yang tak terkawal mungkin adalah satu kejutan bagi wanita yang sebelum ini adalah sihat. Tiada seorang pun mengetahui apakah sebabnya sesetengah wanita menghidapnya dan yang lain terselamat, tetapi melihat kawan-kawan yang hamil sihat “berseri-seri”, seakan-akan tidak adil. Mungkin akan membantu jika anda ingatkan diri anda bahawa tiada sebarang perlakuan anda yang menyebabkan simptom ini.

Sesetengah doktor masih percaya bahawa mabuk hamil adalah suatu keadaan psikologi, tetapi satu tinjauan semula kajian-kajian baru-baru ini tidak mendapati bukti bagi tuntutan ini.

6 Cara Mengatasi Rasa Mual Mengandung

  1. Makan roti kering, biskut atau bijirin sebelum anda bangun dari tempat tidur. Bangun secara perlahan-lahan dan elakkan daripada pergerakan pantas, semasa bangun.
  2. Elakkan daripada mengambil makanan berminyak atau kuantiti yang besar, serta makanan pedas
  3. Minum antara makan, berbanding minum semasa makan (Elakkan meneguk air semasa makanan masih di dalam mulut)
  4. Ambil makanan yang masam seperti limau
  5. Cuba untuk mengambil makanan atau minuman yang mengandungi halia
  6. Keluar mencari tempat yang ada udara segar. Pastikan ruang bilik sentiasa segar dan bebas bau

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 164 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge